Cerita itu cerita ini @ Syawal 1446H
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Selamat hari raya korang!
hari ni anies dah start kerja macam biasa. tak ambil cuti pun (baca: sayang cuti sebab nak pergi jalan-jalan😂).
korang pula macam mana? confirm ada yang masih bercuti dan pergi beraya. dan pasti ada yang dah kembali bekerja as usual.
well... Aidilfitri tahun ni of coz lebih baik bagi anies berbanding tahun lepas. disebabkan sakit mata, jadinya beraya pun serupa macam tak beraya. duduk bertapa je dalam bilik.
tahun ni, all out habis dari pagi sampai malam layan tetamu yang hadir. penat tu, biasalah. tapi seronok dapat jumpa sanak-saudara lebih-lebih lagi family yang baru terima menantu atau dapat cucu.
tapi... sehari sebelum 1 Syawal atau lebih tepat lagi hari terakhir kita berpuasa, pada jam 2.00PM kami terima khabar duka. mak cik anies (adik bongsu arwah abah) meninggal dunia kat rumahnya.
allahyarhamah yang anies panggil Ucu Yam menghembuskan nafas terakhir akibat sakit angin ahmar yang dihidapinya sekian lama. sebenarnya sejak 2-3 tahun lepas pun, kesihatan allahyarhamah on off.
jadi, kalau korang baca entry ni, anies mohon sedekahkan al-Fatihah buat allahyarhamah Mariam Binti Abdul Rahman.
sambung balik cerita raya...
dapat solat sunat Aidilfitri tahun ni. tapi anies rasa macam tak ramai je jemaah yang hadir... masih banyak ruang kosong...
lepas solat ziarah kubur ahli keluarga...
p/s jangan tanya mana gambar OOTD raya. tak ada! mem besar dah serupa orang balik kebun dengan baju merah dia tuuu😂
1st raya, macam anies cakap tadi, busy layan tetamu yang datang. sebelah malam, family ajak beraya ke rumah arwah mak cik, tapi anies tak larat dah. kaki dah sakit, mengantuk pun ya.
2nd raya. lepas sarapan, kemas rumah sekejap. then, after zohor barulah kami beraya ke rumah saudara-mara sampai malam.
3rd raya, kami berhimpun untuk buat aktiviti memasak. masak apa tu? yang tu nanti anies share dalam next entry.
raya korang macam mana? best ke, tak best? jom share!
20 Words of Lo♥e
Al fatihah....buat arwah Ucu Yam
ReplyDeleteselamat hari raya Anies, maaf zahir batin..
sama la..MA pun dah start keja but esok & isnin cuti balik.. he he
terima kasih MA
Deletesyok arr cuti lama ;-)
Cie cuti seminggu. Takde mood kerja kalau time raya. Hihi
ReplyDeletewah lama tuuu
DeleteAl fatihah...
ReplyDeleteMaaf zahir dan batin ye...
samalah kita
Deletemaaf zahir barin
Sini raya pertama yang paling meriah. Hari berikutnya banyak buat aktiviti dalam rumah.
ReplyDeletetu yg best tuuu
Deletesethn sekali kannn
fuhhh padat jadual hehehe
ReplyDeletebila cuti sekejap je
Deletesemua kena sumbat sekaligus hehe
Te mando un beso y te deseo un buen fin de semana.
ReplyDeletegracias ;-)
DeleteSelamat hari raya buat sis Anies dan keluarga besar.. Mohon maaf lahir dan batin🙏🙏🙏, maaf terlambat mengucapkan, di sini kalau cuti bersama pemerintah baru mulai lagi tgl 8 April, tapi ada juga yg sudah mulai balik mudik dan kerja.
ReplyDeleteمِنَ الْعَائِدِيْن وَالْفَائِزِيْن utk mreneyoo sekeluarga... that's ok...sy faham..
Deleteraya tahun ni pun all out juga beraya dari pagi sampai malam sebab tak dapat cuti lama. raya ketiga dah balik ke subang. salam takziah kak anies sekeluarga
ReplyDeletetu diaaaa
Deleteterima kasih farhana
Oh very good celebration
ReplyDeleteabsolutely
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Anies..
ReplyDeleteMohon Maaf Zahir Dan Batin..
Kita raya dua hari je di kampung..rabu dah balik rumah buat kerja huhuu...
sama laa kita
Deleterabu dah beransur blk
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆