Nasi Lemak Burung Hantu @ Wisma Yakin, KL
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Ingatkan pergi dalam sekitar pukul 10.00 pagi, restoran ni baru nak set up. rupanya...! makanan pun dah nak habis. tinggal telur mata je. ayam goreng ke, paru berlado ke... semuanya khalas! baru berangan nak makan paru berlado. nampaknya lepas ni, kalau nak makan lagi, kena datang awal.
Nasi Lemak Burung Hantu (NLBH) ni antara nasi lemak yang agak famous jugalah selain Nasi Lemak Village Park. sebabnya, tourist kalau share content kat socmed, 2 nama ni selalunya jadi perhatian.
sejujurnya anies belum pernah rasa lagi nasi lemak dari kedai ni. sebabnya... agak skeptikal dengan sambal. dah banyak kali makan nasi lemak yang viral ke, yang tak viral ke... sudahnya... biasa-biasa je nyah! kecewa... padahal sambal nilah 'ibu' kepada nasi lemak. kalau sedap sambal tu, maka sedaplah 'keseluruhan' nasi tu... betul tak? haha... ni pandangan anies je...
back to the title... masa anies sampai sini, customer agak ramai jugalah. sampai penuh meja dalam restoran. mahu tak mahu terpaksa cari meja kosong kat luar.
kat sini, kita kena pergi kaunter untuk order makanan. nanti diorang akan bagi plak bernombor dan lepas tu barulah makanan dihantar ke meja. walaupun katanya tadi makanan banyak dah habis, tapi lama jugalah anies tunggu untuk dapatkan menu yang dipesan.
rasanya 2 kali kot anies tanya staf, "menu saya tak siap lagi ke?" hmm... lepas tu barulah sampai teh tarik dan diikuti nasi lemak telur mata.
dan... macam biasa, benda pertama yang akan anies try adalah... rasa sambal dulu. once dah rasa... eh, eh! betul ke ni? then try gaulkan dengan nasi. eh, eh!
suasana depan restoran. lokasi pun senang nak cari sebab ia betul-betul dekat dengan entrance Wisma Yakin, Jalan Masjid India, KL...
masa ni dah masuk pukul 11.00 pagi dan customer masih ramai...
apalah erti jadi rakyat Malaysia kalau tak reti minum teh tarik😂😂😂 sedap teh tarik panasnya. tak manis sangat.
sambung balik ayat yang tergantung kat atas tu... sedaplah! siyes! sambal NLBH ni kena sangat dengan taste anies! tak pedas tak manis. cili pun well blend. ada rasa sikit belacan. yang penting, sambalnya tak cair dan tak pekat. sedang-sedang. NLBH guna beras basmathi dan of coz laa... sedap! rasa berlemak tu ada terasa sikit. kacang pun rangup, ikan bilis tak terlalu masin and overall... yes! sangat sedap dan puas hati! tak percaya?!! acu tengok foto 👇👇

see? kalau boleh nak telan pinggan tu😂😂😂 kacang tu tak habis makan sebab banyak sangat. sengal rahang dibuatnya hahaha...
O'Reilly cakap,“(Malaysian) can’t afford to buy a small hat without starving.” wei atok! apa jadah aku nak beli topi bagai? baik aku makan nasi lemak lagi sedap! kemain mengata negara orang. negara sendiri pun _________ (isi ikut ayat sendiri) birah betul!😂😂😂
korang dah pernah try NLBH ni?
acu komen👇👇
30 Words of Lo♥e
LM tak pandai minum teh tarik.hehe..suka tapi lebih suka teh panas sebab kalau tarik cepat sejuk airnya
ReplyDeletekena minum cpt2 supaya tak sejuk hehe
DeleteKena try ni
ReplyDeleteya wajib try! hehe
Deletenasi lemak yg sedap mmg terletak pada keenakan sambalnya.. ehhh dah mcm iklan pulak hahaha
ReplyDeletekannn apa laa ertinya nasi lemak tanpa sambal yg sedap
DeleteNasi lemak ni kalau sambal sedap memang sedap la jadinya. Kalau sambal tak sedap terus potong feel nak makan tu.
ReplyDeletebetul. nasi kurang santan boleh terima lg. sambal tak sedap mmg hmmm je laaa
DeleteIngatkan lauk burung hantu tadi. 😱
ReplyDeleteSampai licin pinggan. Nasib baik tak makan daun pisang tu. 😂
hampir nak kunyah..
DeleteSalam kenal Kak Anies, senang sangat saya baca tulisan orang Malaysia.. apalagi beberapa bulan ini saya pun suka tengok Upin dan Ipin di televisi. Menariknya mempelajari budaya negeri jiran
ReplyDeleteterima kasih singgah sini... ;-)
DeleteI really like your blog and the content in it. I'd love to stay here for longer as it's a wonderful blog. welcome to follow along.
ReplyDelete;)
thank you so much for visiting my blog! i’m excited to share my thoughts, reviews, and experiences with you...
DeleteLa comida se ve rica. te mando un beso.
ReplyDeletePara tu información, este es nuestro plato nacional...
DeleteIsssh kak nasi lemak burung hantu Ama yg village park itu saya blm coba lah. Penasaran sangat. Memang katanya sedaaaap.
ReplyDeleteNah saya setuju, nasi lemak itu tergantung dengan sambal. Sambal hrs sedaaap.
NL village park pun sy belum try lagi... sebab lokasinya agak jauh...
Deleteya sambal sedap confirm yg lain pun sedap juga haha
Dan saya suka kalo sambalnya pedas juga. Tapj okelah kalo tak pedas sangat pun apa, asal jgn manis.
ReplyDeleteMakanya saya tak suka nasi lemak wanjo, sebab maniiis sambal dia 😅😅
ya betul NL wanjo sambalnya manis... tapi ramai je yang pergi ke sana...
DeleteKalo teh tarik Malaysia, saya harus akui, tersedaaaap!!! 😍😍😍😍. Racikannya betul2 pas. Saya belum ketemu teh tarik yg enak di jakarta ini 🤣🤣🤣. Ntah macam mana mereka buat. Kalo di Medan okelah banyak, sebab ada banyak India juga di sana kan. Tp jakarta teh tariknya failed lah . Tak usah coba
ReplyDeletemungkin mereka tak campurkan dengan susu evaporasi. tu yang rasanya kurang sedap...
DeleteItu orang bule Krn tak kuat panas kan makanya selalu pakai topi 🤣🤣. Kita di sini dah kuat lah dengan panas. Ngapain pula beli topi 😅. Saya better pakai payung drpd topi 😄
ReplyDeletebiar dia seorang je yang beli dan makan topi tu hahahahahha
Deletethank you very much!
ReplyDeleteyou're welcome
DeleteTerbukti sambalnya sedap, pinggannya pun nak dimakan pulak...
ReplyDeletetapi masih waras sebelum makan pinggan hahahaha
Deletemasih berbaloi juga nie...yang penting puas hati makan
ReplyDeleteSaya kalau setiap kali nak pergi outlet kat TTDI tu, setiap kali itulah tutup huhuhu
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆