Raya dah habis tapi rumah terbuka Aidilfitri, belum...

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Minggu lepas kami dapat jemputan ke rumah terbuka Aidilfitri daripada jiran 'sebumbung' kami yakni (sebuah) poliklinik. mulanya rasa macam kelakar sebab raya kan dah habis... tapi you ols faham faham je laa kannn... orang Malaysia ni kalau beraya mana cukup sebulan!😂

jamuan bermula jam 11.00 pagi dan anies sampai dalam pukul 11.30 macam tu... tapi terpaksa datang seorang sebab kawan seorang tu ada client dan dia suruh anies pergi dulu.

well... i is okey je sebab bila datang pakai lanyard company, confirm tuan rumah kenal punyalah😁 dannn sangkaan anies tu memang tepat. 

tiba je depan poliklinik, tuan rumah dah menyapa dan tanya kenapa datang seorang. so anies beritahu laa sebabnya dan lepas tu disuruh 'layan diri' untuk pilih juadah.


siap ada deko raya uuu... and as usual jadi port bergambar laa...



👆👇antara juadah yang disediakan tuan rumah adalah: nasi kerabu, nasi tomato, laksam, sate, roti jala + kari ayam, kek marble, buah-buahan, minuman panas - kopi & teh serta 5 jenis minuman sejuk. selain tu ada pelbagai jenis kuih raya yang diletakkan atas meja tetamu. rambang mata nak pilih tau!



1st round anies makan nasi kerabu, laksam, air soda herbs dan teh tarik. serunding ikan ni sedap yakmat!

2nd round, datang nak dekat pukul 3.00, anies ambil sate, buah potong dan teh tarik.. semua hidangan yang disediakan sedap-sedap belaka. kami kenyang sampai ke malam😂😂 well terima kasih kepada pihak poliklinik atas jemputan ni. tahun depan jangan serik jemput kami lagi yaa😁


tu je laa cerita makan makan untuk hari ni. thanks for reading
daa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆