Jamuan raya office 2026

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Ingatkan tahun ni tak ada jamuan raya (you know whyyy...). tup tup 2 minggu sebelum, kami dapat emel daripada admin untuk sahkan kehadiran. apa lagi? lajuuu je tangan ni klik 'Yes'😂

jamuan berlangsung Isnin lepas dan bermula pukul 1.00PM a.k.a lunch hour kami. walaupun masa tu ada hidangan yang tak sampai lagi. tapi bos suruh proceed je. nanti dah sampai boleh tambah (makan) lagi...

antara foto yang sempat anies snap...


dekorasi raya... team marketing yang buat ni...

antara menu yang disediakan: air teh tarik panas, air soda herbs, bihun sup Utara, nasi impit, lemang, sambal sotong, rendang daging, rendang ayam, kuah lodeh, jambu asam boi, kek pisang coklat, kek coklat, begedil, tauhu begedil, cucur udang dan beberapa jenis kuih raya. yang sampai lambat tu, sate. so tak ada laa dalam foto ni😁

anies makan ni dulu. nasi impit + sup + sambal sotong. lain macam je 'campurannya' 😁tapi sedap👍 yang dalam piring tu begedil + tauhu begedil + cucur udang. anies siramkan terus dengan sambal kicap😂then bila sate dah sampai, barulah ambil yang tu...

antara aktiviti yang dilangsungkan sepanjang jamuan ni adalah pemilihan Best Dress dan lucky draw. Alhamdulillah, ada rezeki anies dalam lucky draw duit raya tahun ni. lucky draw yang lain (total 15 cabutan kalau tak silap) dapat TnG e-wallet bernilai antara RM20 - RM50. yang menang Best Dress pun dapat TnG e-wallet RM50.


Alhamdulillah majlis berakhir jam 2.30PM. terima kasih kepada semua yang terlibat. tapi yang kelakarnya lepas habis majlis, ada yang dah rancang tahun depan nak buat menu apa. hahaha... korang ni... jangan menekan-nekan sangat boleh tak?😂

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆