Phetchabun, Thailand: Namaste Restaurant
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas 'sawan sekejap' dek membeli asam jawa manis😂, kami menyambung perjalanan ke tempat lain tapi masih dalam provinsi yang sama.
yang menarik tentang perjalanan ni adalah, bas melewati laluan bergunung yang cantik. jalan rayanya tak payah cakaplah. 'kona' sana sini. yang jenis cepat mabuk tu confirm boleh muntah.
lebih kurang 1/2 jam kemudian, bas pun berhenti tepi jalan. kata tour guide (TG), pada mulanya diorang cadang nak bungkus je makanan tu sebab restoran ni, pukul 10.00 pagi baru buka. tapi owner restoran tak sampai hati nak biarkan kami makan 'tak proper', jadinya dia buka restoran awal sikit. so dapatlah kami menjamu selera kat restoran Namaste ni; satu-satunya restoran halal yang ada kat kawasan berbukit dalam provinsi Phetchabun.
mana laa tahu kan... andai kata korang jalan-jalan sampai ke Phetchabun dan ternampak signage ni, boleh laa singgah makan...

ni laa restorannya... sama macam restoran-restoran yang kami singgah sebelum ni, kebanyakan pemiliknya adalah Muslim Thai yang berasal dari selatan...
suasana dalam restoran👆👇

sarapan kami pagi tu: Pad Kra Pao. ni Pad Kra Pao daging. dia punya level kepedasan tu, ya Allah... berdesing telinga dibuatnya! pedas yakmat! tapi dalam pada tu, habis juga. lapar beb... makan asam jawa manis bukan kenyang pun😂
lepas makan, anies merayau sekejap kat kawasan luar restoran ni. ternampak banyak pokok mulberi tepi lorong sebelah restoran. apa lagi! laju je tangan ni memetik! at least dapat laa hilangkan lidah yang pijar sebab makan Pad Kra Pao yang maha pedas tu... besar kan saiz buah mulberi ni?
sekadar selingan 👇👇keadaan jalan raya dan persekitarannya; laluan sebelum kami sampai di restoran... kata TG, atas gunung / bukit tu ada resort dan ramai pelancong ke sini untuk menikmati suasana sejuk terutama pada hujung tahun...
short video laluan berbukit @ Phetchabun...
terima kasih korang kerana sudi tinggalkan jejak walaupun anies tak dapat nak BW sepenuhnya. insya Allah weekend ni kalau diberi kesihatan yang baik, anies akan balas semua...
thanks for reading...
daaa
12 Words of Lo♥e
I love ❤️ the bright 🌞 yellow 💛 paint on the walls. I have always loved rice. Thank you 😊 so much for sharing.
ReplyDeletewah cantik tempatnya best anies travel ronda2
ReplyDeleteSaya kalau dah kepedasan memang terus cari air panas.
ReplyDeleteMujurlah tuan kedai baik hati buka kedai awal dan dapatlah semua makan di situ dengan lebih proper. Ada hikmahnya juga beli asam jawa boleh hilangkan pedas tu. Tapi dah ada mulberi rezeki jugalah kan dapat makan buah lain selain asam jawa. Pedas pun bolehlah diubati. Cantiknya permandangan gunung ganang tu tapi jalan di berliku-liku. Siapa tak tahan memang mabuklah. Kena sediakan minyak angin.
ReplyDeleteParece un buen restaurante. Te mando un beso.
ReplyDeleteSuasana dalam kedai tu macam dalam rumah je.
ReplyDeleteSempat cari maklumat berkenaan provinci ni rupanya nun jauh di utara. Patutlah tengok dressing pengunjung macam di tempat sejuk rupanya memang di kawasan pergunungan yang sejuk. Nasib ada restoran halalkan.
ReplyDeleteVery lovely :D
ReplyDeleteBangunan lama tp cantiiiiik ya kak. Kalo dah ke arah Utara, memang agak susah cari halal.
ReplyDeleteSaya pasti suka makanannya, sebab Kaka bilang pedas. Kalo untuk saya, makin pedas, makin sukaaa 🤣🤣
ReplyDeleteAiiiiih terliur pula lihat buah berry nya. Nampak besaaar memang 😍😍😍. Dah matang sangat
ReplyDeletePad Khra Pow tu kalau orang Thai dia buat dari daging oink oink kan.....ini daging....kalau akak masak guna ayam. Perghhh berapa banyak cili dia masukkan tu. Kalau pedas2 sangat nak nak time travel ni akak takut nak makan sebab takut perut sakit. Payah bila travel nak singgah2 toilet ni.
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆