Kaherah, Mesir: Masjid Imam Syafie

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

balik dari piramid, kami terus ke masjid ni. jaraknya agak jauh. tambah pula waktu tengah hari. jalan jammed sana sini. ini kunjungan kedua anies ke sini. 

klik foto ni untuk baca cerita lanjut.


bila dah sampai sini, hati terasa tenang tengok suasana sekeliling. dah banyak perubahan. tahap kebersihan pun dah jadi lebih baik. cuma tandas masjid je yang kena improved... a lot!


ni laa masjidnya... anies tercari-cari signage masjid yang diperbuat daripada batu tapi tak jumpa dah...

lagi satu... dah ada pintu pagar! ya... masa kami datang dulu tak ada apa-apa pun kat halaman masjid ni. kenderaan boleh parking sampai depan pintu. satu perubahan menarik!

short video - halaman masjid...

kawasan perumahan di sekeliling masjid

sebenarnya ada 2 pintu masuk. tapi yang ni selalu jadi tumpuan kerana di sinilah terletaknya makam Imam Syafie. nampak tak sesuatu atas kubah masjid? itu adalah replika kapal yang menunjukkan suatu ketika dahulu Imam Syafie seorang yang rajin mengembara untuk mencari ilmu.


ada suatu pemandangan yang jadi tak sedap kat sini adalah... peminta sedekah dah makin ramai. haihh... tapi nak buat macam mana kan... tu tempat diorang. apa yang penting kalau korang datang sini, pandai pandai laa macam mana nak bagi sedekah. sebabnya, once korang bagi kat seorang, nanti yang lain-lain datang serbu. you got my point?


kalau rajin, silalah baca...




okey, cerita fasal masjid pula. masa kami datang sini pada 2014, suasana dalam masjid agak suram. tapi selepas tu satu projek ekskavasi dan baik pulih dilakukan pada 2016. keadaan masjid menjadi lebih baik. makam yang ada telah dicat dan diberi 'nafas baru'.

so, suasana masjid tampak lebih cantik dan menarik untuk dikunjungi selain dapat beribadah dengan tenang kat sini.


pintu masuk

ni lah suasana dalam masjid yang mana, binaan yang dikepung dengan kayu tu adalah makam... tapi mana satu makam Imam Syafie?

ni laa makam Imam Syafie. sedih tengok bila pengunjung mencampakkan pelbagai item dalam makam ni. anies tak tahulah apa maksud diorang buat macam tu. konon nak dapat barakah tapi yang dapat hanyalah sakit mata dan sakit hati! kata kak ngah, yang buat ni selalunya orang tempatan. orang luar tak kuasa laa nak layan perkara-perkara khurafat macam ni... sedih, kan? insan terulung macam ni diperlakukan sedemikian...




selain makam Imam Syafie, ada 2 lagi makam yang dikebumikan di sini. dalam entry 2014 tu anies ada mengatakan yang salah satu makam yang ada adalah milik isteri kepada Salahuddin al-Ayubi - panglima perang Islam ketika perang Salib dulu. anies minta maaf atas kesilapan info tersebut. korang boleh baca info sebenar yang dikeluarkan pihak berkuasa Mesir tentang makam lain yang dikebumikan di sini.



short video - inside the mosque

short video - makam Imam Syafie

bahagian ni juga telah diperbaharui... sebelum ni tak nampak pun ukiran, tiles ni... 

marble floor tiles dating to the 12th century AH/ mid-15th century CE. tiles ni berdekatan dengan pintu masuk masjid...

tak sure yang ni apa... ada kat dalam masjid...

antara pembaharuan yang dilakukan pihak berkuasa. dulu tak ada semua ni...

maaf laa ya... blur...

kawasan untuk solat. di sebelah kanan foto adalah makam Shaykh Zakariyya al-Ansari... boleh baca infonya di bawah.



okey... rasanya cukuplah untuk perkongsian hari ni... mudah-mudahan suatu hari nanti korang berpeluang untuk datang dan lihat sendiri masjid ni.

thanks for reading
daaa..

BTW trip ke Mesir pada Disember 2024 masih lagi dibuka penyertaannya. terhad untuk 5 peserta sahaja. boleh PM anies untuk info lanjut.

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

51 Words of Lo♥e

  1. bestnya kak anies berjalan tengok tempat sejarah macam ni.

    ReplyDelete
  2. pastu mcm mana sis anies handle yg dtg minta sedekah tu? sbb once kita bagi pada 1 org, nti yg lain pun dtg minta jugak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. our tour guide tlg bg sbb dia tau ckp arab n kalau diorg melebih2 tau laa dia nk handle. then kami bg ms nak blk. dah start enjin. so diorg xleh nk kejar da

      Delete
  3. Pelik juga, sebab tandas masjid kurang bersih, ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn tandas masjid ni je. tandas awam lain pun.... hmmm

      Delete
  4. Allah..sedihnya tgk makam imam Syafie tu..xde org tolong bersihkan ke? kalau dkt kita pakat tlg g bersih dah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rs nya. tp tu laa kn masuk dlm makam dulu baru boleh bersihkan..

      Delete
  5. Perkongsian yang sangat menarik ni Anies 👍🏽
    Yelah…sedih tengok makam Imam Syafie sepah begitu. Tak ada penjaga agaknya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penjaga ada tp tu laa yg dah tua tua yg x larat nk hayun penyapu pun mungkin tercungap2... kat sana byk masjid tp pengurusannya x mcm kat sini. syukurlah pelajar malaysia kat al azhar amik inisiatif utk bersihkan masjid ni dr dulu...

      Delete
  6. Kenapalah mereka masih percaya dengan hal2 syirik seperti itu 😔. Sedih memang lihat makam orang terpelajar yg sangat dihormati dijadikan seperti itu.

    Eh tapi, saya agak heran dengan makam yg dibuat tinggi macam tuh. Bukannya dalam Islam dilarang meninggikan makam ya kak? Atau sebenernya itu ada maksud lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah fanny... syirik dan khurafat ini ada di mana-mana sahaja. mereka bukan kira itu makam orang soleh atau tidak...

      itu cuma dinding kubur sahaja. mereka buat kepungan dan ia sudah ada sejak dahulu lagi.

      Delete
  7. Es bello lugar. Me alegro que disfrutaras el viaje. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  8. Detai-detail yang ada di dinding dan bangunan sungguh luar biasa ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas hasil kerjanya sangat bagus tapi part kebersihan masjid... sooo sad...

      Delete
  9. Makam Imam Syafie tu, kenapa lah dibuang macam2 sebegitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah laa entah apa laa yg diorg percaya smpi buang2 baju kt situ

      Delete
  10. Masjid yang indah... ingin sekali bisa berziarah ke makam Imam Syafie

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah mas suatu hari pasti ada rezeki mas ke sini

      Delete
  11. Sejuk betul

    I love the historic vibe of the mosque too
    It warms the heart

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah pula ada tokoh dihormati disemadikan di sini...

      Delete
  12. Dulu siapa tah beritahu Cuya, kalau di Mekah pon sama ada peminta sedekah. Sekali sedekah, semua serbu.
    Jadi orang galakkan jangan bagi sedekah.. better bagi kt tabung masjid. Tu orang ckp la.. tapi terserah pada kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul cuya. mn2 tempat yg sy g kalau ada peminta sedekah, seeloknya jgn beri. beri benda lain selain duit sebaiknya... kalau x mmg kena serbu

      Delete
  13. Bom final de semana minha querida amiga. Viagem incrível.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah bisa berkunjung yang kedua kalinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. moga mas juga ada rezeki ke sini suatu hari nnti

      Delete
  15. Al-fatihah... sebak pulak tgk makam-makam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ms dtg 2014 lg sebak sy dibuatnya. dah laa kotor, tak terurus pula tu... laa ni dah ok sikit

      Delete
  16. Hello, Thank You for your articles. BTW Greetings fellow bloggers i want be your friend from Indonesia :)

    ReplyDelete
  17. hi Anies,
    These places and photos look very nice. thank you for sharing with us! Have a good day :)

    ReplyDelete
  18. Amin2. Semoga satu hari nanti dapat rezeki melawat tempat2 bersejarah mcm ni.

    ReplyDelete
  19. Teringin nak ke Mesir ni. Dulu masa umur satu tahun ayah pernah bertugas sekejap di Mesir ni. Sedih bila pihak berkuasa tak jaga betul2 makam2 dari kesyirikan, buat menyakitkan hati. Rasanya yang lebih utama kita ziarah masjidnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ya ke? sounds good

      benda2 syirik khurafat bagai ni mmg ssh nak halang... diorg bkn kira tu kubur org alim atau x... janji niat diorg terlaksana

      Delete
  20. Subhanallah cantik banget masjidnya....memang di mana"tetap saja ya ada pengemis ...kalau tak di kasih mereka kekeh incar kita, kalau di kasih yg lain pun ikutan serbu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya masjid ni sgt cantik jika dijaga sebaiknya.

      bila dah serbu, kalau kita tak beri mereka akan marah kita. eee...geram dibuatnya!

      Delete
  21. Sayangnya... makam insan mulia dicemari begitu rupa. Harap ada pihak yang bertanggungjawab berusaha menjaganya sebaik mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pihak yang bertanggungjawab tu adalah pelajar2 malaysia al azhar. diorg laa yg selalu trn sini buat gotong royong jg masjid ni. skrg sy x sure sama ada usaha tu masih diteruskan atau sblk nya

      Delete
  22. Nah itulah kadang orang"melakukan hal"syirik entah untuk mendapatkan apa,gak habis pikir,ujung"nya makam jadi tumpukan benda"ga jelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kepada nafsu. mereka hanya mahu memuaskan nafsu sahaja walaupun akidah tergugat

      Delete
  23. Sesiapa yang pernah mengaji kitab Imam Syafie...wajar untuk ziaeah makam ini..inilah imam kepada Mazhab yang jadi anut dan panduan orang Islam di Nusantara

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya jika ada rezeki ke mesir singgahlah ke sini walau seketika...

      Delete
  24. mudah mudahan ada rezeki syafiqa mengerjakan umrah kelak aminnn

    ReplyDelete
  25. Cantik binaan masjid ni dari luar dan dalam. Tapi saya pelik jugaklah kenapa makan tu dia tak letak dlm gril atau tk kunci ye? Selalu makam2 tokoh islam camni banyak yg dia kunci dri public sbb taknak benda2 khurafat camni. Kadang2 tak beragak jugak sesetngah manusia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. makam2 dlm masjid ni dikepung dgn binaan kayu tebal tp ada lubang2 di sekelilingnya. lubang2 tu laa diorg g campakkan baju2 dan brg2..

      Delete
  26. dh ada perubahan banyak dr entri lama.. ada jugak ya benda2 khurafat

    ReplyDelete
  27. cantik binaan masjid.. mendamaikan mata bila tgk

    ReplyDelete
  28. Tengok makam seorang imam yang jadi ikutan penganut Malaysia.
    Barang-barang dicampak tidak bersihkan ya? Dibiarkan begitu.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆