Kaherah, Mesir: The Pyramids Of Giza

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

keesokan hari selepas sarapan, kami pun bertolak ke piramid bersama-sama ustaz yang jadi tour guide kami kat Saint Catherine dan Dahab.

perjalanan dari rumah tumpangan ke piramid mengambil masa kira-kira 50 minit. sepanjang perjalanan, apa yang dapat anies perhatikan, kebanyakan kawasan kat Mesir ni dah jadi lebih baik. kalau dulu, 'sakit mata' juga laa tengok sampah sarap bersepah sana sini. laa ni dah nampak ramai pekerja pembersihan. harap-harapnya usaha ni berkekalan sampai bila-bila.

oh ya, masa pergi tahun 2014, kami cuma tengok piramid dari jauh je (boleh baca kat SINI). kali ni disebabkan mama, jadi kami decide untuk masuk. 

foto kat piramid ni tak banyak sebenarnya. sebab bila dah sampai sini, anies jadi ralit dengan keadaan sekeliling. bila dapat sentuh batu piramid tu, 1001 perkara bermain dalam kepala.

mana mana batu ni dibuat? macam mana orang dulu angkat batu besar ni sampai ke puncak? dari mana diorang dapat batu-batu ni? dan macam-macam soalan berlegar dalam kepala. sampai satu tahap anies belek batu piramid tu sebab nak cuba dapatkan jawapan sama ada ia diperbuat daripada simen atau ia batu semula jadi.

dalam pada ralit perhatikan itu ini, hasrat nak bergambar ke selfie ke posing ke... dah tak ingat dah... so, maaflah ya kalau entry kali ni anies tak dapat bercerita banyak. korang baca jelah caption yang anies sertakan dengan gambar yang ada ni...

ni snap dari dalam van. yang berpagar tu adalah kawasan ekskavasi Piramid. so secara tak langsung kawasan ni dilarang didirikan sebarang bentuk binaan atau pembangunan.

dari jauh macam telinga kucing je kan? 😀

kami dah sampai kat pintu masuk. agak sesak juga laa dengan kenderaan. oh ya. kalau korang nak datang ke sini, better datang awal pagi. ni kerana cuaca pun tak terik sangat. 

driver bas / van / kereta pelancong akan turunkan penumpang kat sini. 

gelaplah pula foto ni... ramai betul orang kat depan kaunter tiket ni... kami tak tunggu lama. terus cari tempat untuk berteduh sementara tunggu ustaz belikan tiket.

wajib bergambar kat sini. tanda korang dah sampai Piramid.😂😂😂

boleh nampak tak harga tiket masuk tu? perghhh... untuk pelancong asing EGD240, student EGD120. lain Piramid, lain bayarannya ya... dan serahkan sekali passport ketika nak beli tiket untuk pengesahan.

suasana kat depan kaunter tiket. 

kat dalam bangunan ni, tiket korang akan diperiksa sebanyak2 kali. pertama, akan diperiksa untuk staf bertugas. kedua, tiket akan di scan dengan mesin. jangan lupa ambil semula tiket lepas di scan tu ya...

ni sebenarnya bahagian belakang tiket. kat bahagian hadapan tertera status pelancong dan harga tiket.

sebaik korang melangkah masuk tapak arkeologi ni, piramid ni laa yang akan korang jumpa dulu. ni Piramid Khufu. piramid terbesar antara Piramid yang ada... 

disebabkan tapak arkeologi ni berada di tempat tinggi, jadi korang boleh nampak kawasan sekeliling...

di sebalik tembok ni adalah kawasan perkuburan. kalau tak silap anies ia dipanggil Western Cemeteries...

kawasan ni boleh je nak masuk tapi tak ada apa-apa yang menarik melainkan kalau korang minat sejarah dan arkeologi...

cubaan untuk snap foto nampak puncak piramid tapi... memang sah sah laa tak boleh... lastly anies ralit tengok batu je laa...

pelbagai jenis bongkah batu disusun hingga ke puncak. ada pelancong yang panjat batu-batu ni tapi kena marah dengan pegawai lepas tu... kalau degil boleh kena denda tau!

kalau tak silap ni Tomb of Hemon, berada berdekatan Western Cemeteries... tak jauh dari Piramid Khufu... kat sini tak ramai orang. sekali lagi anies jadi ralit perhatikan binaan kat sini...

Piramid Khafre dari area Western Cemeteries...

Piramid Khufu dari area Western Cemeteries...

teruja betul dapat tengok ukiran ni kat dinding/pintu Tomb of Hemon...

paling teruja bila nampak tulisan Hieroglif Mesir kuno ni. korang nak tahu tak, sebelum ke Mesir anies gigih menghafal tulisan Hieroglif ni. tapi bila sampai sini, apa yang dihafal tu terus hilang😂😂😂 yang anies ingat cuma simbol cermin je 😂😂😂 

sebelum beredar... korang nak tahu kenapa anies posing macam tu? sebabnya anies nak tengok macam mana saiz sebongkah batu piramid ni😂😂😂

hampir sejam jugalah kami berada kat Piramid Khufu. lepas tu, ustaz telefon driver dan kami pun bergerak ke Panoramic Point. kat sini korang boleh beli makanan, minuman, souvenir, membuang hajat (toilet) dan lain-lain. kat sini juga korang berpeluang untuk bergambar dengan ketiga-tiga piramid yang ada. contoh macam gambar kat bawah ni...

dari kiri Piramid Khufu, Piramid Khafre dan kanan, Piramid Menkaure. yang kecil-kecil tu kalau tak silap dipanggil Pyramids of Queens.

kami berada kat sini lebih kurang 20 minit sebelum beredar meninggalkan kawasan ni... kacau daun laa unta ni. kita nak posing pun tak senang...

kami tak pergi ke kawasan Great Sphinx. so tengok dari jauh je laa... tu pun dah puas hati... sebenarnya ada tiket khas iaitu 3 days trip untuk melawat  seluruh kawasan piramid ni. sama macam korang melawat Angkor Wat kat Cambodia tu. kalau 1 hari kat sini memang tak cukup nak jelajah semua tempat. at least 3 hari baru dapat cover semua. tu pun kalau korang jenis yang suka sejarah. tiket 3 hari tu memang berbaloi-baloi...


korang ada apa-apa nak tanya fasal lawatan anies ke sini? anies akan cuba jawab setakat yang mampu.

lagi satu, kepada korang yang berminat nak join trip anies ke Mesir tahun depan, bolehlah PM anies kat SINI ya! terhad untuk 5 orang sahaja.

okey... tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks for reading...
daaa....

p/s BW lewat sikit...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

34 Words of Lo♥e

  1. Dapat sentuh binaan piramid. Pandang dengan mata sendiri.
    Memang ralit tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya NA mmg ralit. sblm ni kita tgk dlm buku teks, dlm tv je. bla dpt pegang tu... ralit betul. org lain sibuk bergambar. kita sibuk ralit dgn batu hahaha

      Delete
  2. terbaca artikel piramid dibina dari tanah dicampur cuka ka apa lupa dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk teori kak. cuka laa telur putih laa tanah liat laa... mcm2.. ;-)

      Delete
  3. masyaAllah dah Haji kakak ini, semoga menular ke akuu amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bukan bukan. saya cuma pergi jalan jalan sahaja. bukan haji

      Delete
  4. Wahh bestnya Anies jejak kat sini. Besar betul ye bongkah Pyramid tu. Tempat tumpuan sentiasa sesak. Takpelah, ada rezeki boleh pergi kawasan Great Sphinx tu pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersangatttt besar... tak tahu nak describe mcm mn hehehe... insya allah ada rezeki nnt smpi lg...jom laa ikut sy ke mesir thn dpn!

      Delete
  5. Piramid ni memang misterilah pembuatan dia
    Ada juga orang buat teori yg mengatakan teknologi orang dulu2 sebenarnya canggih. Dan orang dulu2 besar badannya. Tinggi.

    Best kalau dapat kaji...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul2 mcm2 teori yg timbul tp smpi sekarang pengesahan yg tepat masih belum ditemui lagi

      Delete
  6. Las pirámides son muy bellas Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ¡No puedo negarlo! deberías visitar la pirámide algún día pronto...

      Delete
  7. Omg, ini tempat yg sayaaaa nak pengen lihat langsung 😍😍😍😍. Sama kak, saya pun kalo bisa balik waktu, nak sangat melihat macam mana lah piramid ini zaman dulu dibuat yaa. Bisa simetris seperti itu.

    Dan saya teringin nak lihat dalamnya, tapi rasa tak bisa lah yaa? Masih ada mummi di dalam kah?

    Saya punya keponakan arkeolog, dia pasti senaaaang sangat kalo saya ajak kesini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tu jom ikut trip saya tahun depan ke mesir!😁

      Delete
  8. Boa tarde minha querida amiga. Viagem incrível, parabéns pelas fotos lindas. Nunca saí do Brasil.

    ReplyDelete
  9. waahhhhhh Piramid! macam tu rupanya susunan batu kat piramid bila dari dekat ye. betul lah mcm-mcm persoalan dlm kepala ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya susunannya tak sama rata tapi dari jauh nampak macam sama je kan?

      Delete
  10. sungguh luar biasa
    tempat yang bersejarah dan tersohor
    keren keren photonya
    kapan saya bisa kesana ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah ada rezeki nanti pasti mas akan sampai di sini...

      Delete
  11. Piramid memang menyimpan byk misteri, terutama pertanyaan yg tadi, bagaimana batu besar itu bisa sampai ke puncak, apalagi jaman dulu gak ada helikopter, hehe....
    BTW,salam kenal buat mbak Anies, kunjungan pertama saya di sini.

    #Follower 1322

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg sy baca sebelum ni mereka angkat batu ke puncak guna sistem air. tp sy masih tak dapat nak bayangkan bagaimana mereka dapat air sedangkan sungai agak jauh dari kawasan piramid...

      Delete
  12. piramid tu dia just ssn batu kasi mampat eh..xde ada ruang kosong ke dalamnya? done..org jakun tnya..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya cik nor sangat mampat. x nampak pun lubang2 dicelah celah batu. x tau laa apa yg menyebabkan batu tu jadi mampat..

      Delete
  13. Indahnya suasana di sekitar pyramids, apalagi ada wanita berkaca mata hitam nan cantik dan cool duduk di batu, lengkaplah keindahan di siang cerah,,, 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... jangan terpedaya dengan filter mbak hahaha

      Delete
  14. Salah satu keajaiban dunia. Seronoknya Anies, dapat sampai sini. Memang kagum dengan orang zaman dulu kan, boleh angkut batu-batu besar, padahal mana ada kren dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa x terjangkau fikiran kite nak fikir ttg teknologi org dulu

      Delete
  15. Pergh!! Jenuh nak cover tu.. Luas sungguh kawasan dia.. Besar betul bongkah batu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sha..nak keliling 1 piramid tu je nak dkt sejam... tu baru 1. ada lg 2 x pegi😁

      Delete
  16. Menarik sungguh sejarah pembinaan piramid. Dulu pernah baca buku sejarah tentang ukiran, berat dan cara batu dinaikkan, tapi lupa-lupa ingat berapa berat satu bongkah batu yang disusun tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg ckp diorg angkat guna sistem air. tp bla dah tgk dkt2 sg agak jauh dr piramid ni. tp x tahu laa pula kalau dulu ada sg berdekatan tp skrg dah tenggelam... da beribu tahun kannn

      Delete
  17. subhanallah masya allah!! antara wishlist sy ni... nk tgk piramid dpn mata... alhamdulillah anies dh berpeluang ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom ikut sy thn dpn bln 12. dpt tgk piramid nnt... ;-)

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆