Comodity Dollar

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Korang pernah dengar fasal Commodity Dollar (CD)? kalau korang pernah belajar macro economy atau finance atau international trade atau yang berkaitan dengannya, pasti perkataan ni bukanlah sesuatu yang asing. bagi yang tak tahu, hari ni anies kongsikan apa itu CD. CD ni bukan short form untuk Cristian Dior jenama mahal tu tau😂 ni salah satu cabang ilmu ekonomi dan jom kita sama-sama tambah ilmu baru.

CD ni merujuk kepada situasi di mana nilai mata wang negara dipengaruhi (secara ketara) harga barangan komoditi yang dieksport.

CD biasanya berlaku kat negara-negara yang pentingkan eksport komoditi seperti minyak, emas, produk pertanian atau mineral seperti besi, bauksit dan lain-lain.

kalau korang nak tahu:

1. bila harga komoditi meningkat maka ia akan menguatkan lagi mata wang sesebuah negara.

2. sebaliknya, sekiranya harga komoditi menurun maka ia akan menjatuhkan nilai mata wang negara terbabit.

negara-negara yang lazimnya dikaitkan dengan CD termasuklah:

👉Canada (CAD) - negara ni berkait rapat dengan harga minyak
👉Australia (AUD) - pengeksport penting untuk mineral seperti bijih besi, arang batu dan produk pertanian
👉New Zealand (NZD) - dipengaruhi harga komoditi terutamanya produk tenusu

contoh (negara) di atas menunjukkan bagaimana harga komoditi mempengaruhi nilai mata wang sesebuah negara.

tetapi korang kena ingat ya bahawa faktor-faktor lain seperti kadar faedah (interest rate), kitaran ekonomi (economic cycle) dan peristiwa geopolitik turut mempengaruhi currency stability. 

(teks kredit & diubahsuai daripada: group Telegram Market Demon [Traders])



so, apa pendapat korang tentang Malaysia? adakah Malaysia termasuk dalam negara yang pentingkan eksport komoditi?

have you learned anything new today? drop your comment👇

tu sahaja untuk hari ni.
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

26 Words of Lo♥e

  1. Terima kasih untuk infonya. Kadang rajin juga tengok kadar USD..hihi...Nak bagi pendapat, tak berapa pakar sangat.

    ReplyDelete
  2. Wah.. baru tahu pasal comodity dollar.. buat tambah-tambah ilmu walaupun tak adalah faham sangat.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni baru intro je sha yg pnjg lebar ada dlm buku economi hehehe

      Delete
  3. I have no idea lah Malaysia ni negara apa. Patut kita banyak keluar hasil, bila export banyak dan harga tinggi sepatutnya ekonomi kita makin kukuh dan matawang makin kuat. Ini macam sebaliknya sahaja. Nak makan aiskrim pun rasa mahal Cornetto.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin eksport kita tak meluas sprr aus, nz dan canada... disebabkan tu ringgit tak menentu kedudukannya spt ketiga-tiga negara ni

      Delete
  4. kenapa spore xde cd tapi dollarnya tinggi..kita ada macam2 cd tapi ringgit rendah pening juga baca ekonomi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah 1 faktornya adalah kedua-dua negara ni mempunyai pendekatan berbeza dlm dasar kadar faedah... kalau nk explain lg pnjg boleh tp pening plak akk nnt😁

      Delete
  5. Nilai mata wang kita begitu-begitu saja... kadang agak menakutkan sebab tak disangka-sangka turun nilainya. Agaknya tak pentingkan eksport komoditi kot hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eksport kita ada tp x meluas mcm aussie or nz. lps tu bkn semua negara dpt terima.komoditi kita. contoh kelapa sawit. sesetgh negara x terima myk kelapa sawit kita..

      Delete
  6. ilmu baharu dan bagus untuk pengetahuan am saya yang cetek ilmu ini

    ReplyDelete
  7. tq for sharing anies... ilmu baru ni walaupun sy x gemar ekonomi.. dlu masa sekolah kmk diberi option ekonomi asas atau prinsip akaun utk cukupkan 10 subjek sy rela ambik prinsip akaun sbb xnak byk membaca... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke? sy dulu drop terus PA.hehehe sbb peningggg. ckp laa maths shj yg guna nombor🤣

      Delete
  8. Muy interesante. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  9. Ilmu ekonomi makro ini penting diterapkan pada suatu negara agar mata uangnya stabil. Seringkali negara terpuruk ekonominya akibat inflasi

    ReplyDelete
  10. Dulu ada belajar finance tapi asal la bab ni terlupa terus. Hehe.....CD lain tu laju je tahu je....info yg berguna juga ni. Tq anies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. org pompuan tahu jee apa tu CD😁sama sama

      Delete
  11. Ini sedikit out of topic , tapi ada hubungan Ama USD. Di Indonesia ntah kenapa gara2 USD dianggab komoditas, dan bukan currency, jadi setiap nak setor USD ke bank, atau jual Kat money changer, wajiiib kondisinya harus mulus, tak boleh ada lipatan, tak boleh ada noda, tak boleh ada robekan, dan serial harus seri tertentu.

    Jadi kalo tak memenuhi syarat itu, nilainya akan dipotong 3%. Itulah kenapa orang Indonesia yg biasanya bawa USD ke LUar negeri, pasti kondisinya mulus seperti baru kluar dari pabrik 🤣🤣.

    Anehnya hanya berlaku utk USD. Mata uang lain tidak hahahah. Itulah kenapa kalo saya nak tuker USD yg kondisinya tak seberapa bagus, saya selalu tukar di Malaysia 😄. Krn di sana tak peduli fisik uangnya seperti apa. Dolar ya dolar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh ni dah hampir sama macam money changer di mesir. no duit lusuh or duit lama esp USD

      kesian rakyat yang nak tukar duit. terpaksa cari duit yang 'cantik' baru boleh tukar. ini seakan membebankan rakyat!

      Delete
  12. Tengok result ekonomi STPM, cm sedey. Haha. Tp kalo bab duit, semua jadi pandai. Ikutkan Malaysia kita ni banyak sangat hasil bumi yg boleh dioffer ke negara2 luar. Dr zaman dulu lagi kan sumber rempah, lada hitam dll mostly jadi tarikan negara arab dll. Tapi skrg turun naik duit kita tetap bergantung dgn negara2 besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumber negara mmg byk n berkualiti. tp x berapa nk meluas dan ada sesetgh negara x nk terima. mcm kelapa sawit..

      Delete
  13. Tak tahu tentang commodity dollar. Tak pasti negara kita ni macamana. Tapi banyak eksport minyak kelapa sawit, kan. Bagi yang selalu ke luar negara, mesti tahu negara kita camana, banding negara lain.

    ReplyDelete
  14. tak pernah tahu pasal ni sbb tak belajar subjek ekonomi dulu

    ReplyDelete
  15. thanks share sbb benda2 ni penting utk pengetahuan sendiri tp yg tahu 3 negara di atas tinggi jugak rate matawang dr RM

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆