Top 5 for July 2023

2:09 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Meneruskan 'legasi bulanan'... oh yeahhh...


pertama sekali terima kasih tak terhingga buat korang semua kerana masih lagi sudi singgah sini sepanjang bulan lepas.

anies dah tak tahu daa nak kata apa... sejujurnya setiap komen yang singgah sini... ibarat satu sokongan untuk anies menulis dan terus menulis. mudah-mudahan usaha yang tak seberapa ni akan istiqamah sampai bila bila. insya allah.

berbalik kepada tajuk... untuk bulan lepas, bila tengok list top 5, anies rasa 'wow' sebabnya ada beberapa nama baru 'memanjat tangga' top 5!

walaupun mereka ni bukan blogger baru, tapi yang buat anies gembira adalah kerana mereka dah kembali menulis! ooo yeahh!

harap-harapnya mereka yang dah lama menyepi tu... dapat kembali dan mewarni dunia blogger sekali lagi.

selain tu, ada juga nama yang dah 'tersangkut' dalam top 5 bulan Jun namun masih 'kekal bergaya' dan 'tak berganjak' dari senarai ni.

well... jom kita tengok 'siapa yang kena' tu!!!






wow weeee!!! blogger fiza bukan sahaja dah kembali menulis setelah 'berehat seketika' malah terus 'menempatkan diri' di tangga pertama! wow weee!!! tahniah fiza dan harap-harap lepas ni akan terus dan terus menulis dan berkongsi idea-idea menarik dengan cemerlangnya.

bagi yang baru kenal dengan fiza ni, dia ni peminat warna pink. tapi bukan bermakna fiza ni peminat kumpulan Blackpink tau!😁

so kepada korang yang juga peminat warna pink tu, apa tunggu lagi? serbu dan follow blog fiza sekarang juga tau!



bulan Jun, nama mreneyoo berada di tangga ketiga. tapi bulan lepas, mreneyoo melompat ke tangga kedua! woot woot! tahniah mreneyoo!

terima kasih juga kerana sudi singgah dan komen kat sini. seorang yang rajin membalas komen actually... dan anies rasa kat blog orang lain pun, anak jati Lampung ni juga peramah orangnya.

so macam biasa jangan lupa singgah dan follow blog mreneyoo ni. jangan cakap anies tak payung ya!
 


dan... seorang lagi blogger dari negara seberang! ibu kepada sepasang anak kembar comel yang baru je melangkah masuk ke alam persekolahan ni suka buat review drama atau movie. selalunya K-drama laa yang jadi pilihannya.

selain tu naia juga suka baca buku. dan... banyak jugalah buku-buku yang dia dah review.

korang suka baca buku juga ke? then bolehlah follow blog naia ya!



haa... ni seorang lagi blogger otai yang dah kembali menulis! ooo yeahh!!! tengok header je dah boleh agak, kan siapa pemiliknya?

jangan tak tahu... dah lebih 40 negara tau en. afif ni menjelajah! banyak ke tak banyak?😁 kalau dalam negara rasanya semua tempat en. afif dah singgah. cuma blog korang je dia tak singgah lagi😁

ye laa... macam mana nak singgah kalau korang tak follow lagi? ngeh ngehh...

well tak lupa terima kasih en. afif kerana sudi singgah sini👍



last but not least... bulan Jun JP menghuni tangga ke 5 dan bulan lepas... masih lagi kukuh mengekalkan kedudukannya. 

tahniah JP dan terima kasih kerana sudi singgah sini walaupun kita berlainan bahasa.

kalau korang nak tahu blogger JP ni berasal dari Ecuador tau! nunnn jauh di Amerika Selatan sana tu.

so en. afif bolehlah plan nak ke Ecuador lepas ni ya... lepas berkenalan dan follow blog blogger JP ni ya😁

well... terima kasih selagi lagi kepada korang semua kerana sudi singgah sini. walaupun nama korang tak termasuk dalam top 5 bulan Julai, anies tetap hargai 'kehadiran' korang.

semoga kita sama-sama kekal menulis dan menulis lagi... bukan sahaja hari ni... tapi juga sampai bila-bila. insya allah.

that's all for today.
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

32 Words of Lo♥e

  1. wah tahniah semua top 5.. hari nie tgok posting semangat berkobar2 nk masuk dalam list top 5 jugak...tp lepas tu, tgok lah kat mana je kita ada...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. don't worry boleh punya buat slow2 yg penting istiqomah

      Delete
    2. hihihi...insyaAllah...seronok berblogging nie...boleh tahu mcm2 cerita...harapnya berkekaln lama lah kali nie...

      Delete
    3. you can do it! insya allah...

      Delete
  2. tahniah blogger yg rajin komen

    ReplyDelete
  3. i know all of those bloggers:)

    ReplyDelete
  4. Eh eh tiba tiba kat atas sudah. Terima kasih Anies dan tahniah untuk semua. Enjin dah panas, kita meluncur laju sikit. hihi..Minat juga blackpink. Baru lepas kecewa tak dapat nak beli tumbler dan mug blackpink. huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke? baik2 nnt sy ejas balik ayat tu...

      tak try beli melalui PS ke?

      Delete
  5. Boa tarde. Fico feliz em saber que o seu Blogger e recebe visita de vários lugares, tens um grande amigo brasileiro. Um excelente mês de agosto.

    ReplyDelete
  6. hehe, kita support dari belakang. Satu hari nanti mana tau masuk dlm carta jugak 😁

    ReplyDelete
  7. Es un placer pasar por tu blog. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  8. Tahniah kepada top 5! Semoga kita terus rajin menulis blog. Hehe...

    ReplyDelete
  9. Tahniah semua yang tersenarai..

    ReplyDelete
  10. Selamat kembali Azhafizah. Yeay seronok tengok.

    ReplyDelete
  11. Nanti saya nak main lagi ke blog kak fizah. Dah lama juga tak main kesana 😄. Congraaaats untuk semua top 5 niih. Bukan perkara gampang untuk tetep konsisten BW 😅

    ReplyDelete
  12. Tahniah buat top 5 yang sporting!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆