Pistachio crepe by Duchess of Cake

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

First, terima kasih sepupuku kerana tolong belikan crepe ni yang khabarnya tengah viral sekarang kat Melaka. 

cousin cakap, kalau datang awal sekitar 11.00am customer tak ramai esp. weekends.

berbalik pada tajuk... bila crepe ni dah ada depan mata, of coz laa rasa teruja. pistachio kot? bukan calang-calang punya kacang. tambah pula lepas dijadikan sos atau filling. anies pernah nampak kat IG, sebotol kecil sos pistachio ni harganya lebih kurang RM39!😬

tapi... bila dah jadi crepe, sedap ke idok? meh kita review:

ni laa pistachio crepe nya... setiap pek ada 3 crepe. maaflah yaa... warna crepe yang sebenar bukan macam dalam foto ni... almaklum laa lupa guna food filterrr😂

unboxing... tazabarrr nak ngap...

haa... ni baru warna sebenar (kulit) crepe. tengoklah saiznya. lebih kurang sebesar tapak tangan anies.

tak tahu nak komen macam mana... sangat sedapppp bebbbb! serius!!! whipping cream nya sangat berlemak dan tak manis langsung. then sos pistachio... fuhhh sangat banyak! bila gigit masih terasa ketulan kecil kacang pistachio tu. tak rasa manis sebaliknya 'rasa berlemak'. korang faham tak? then kulit crepe pula, sangat nipis dan sedapppp. tak terlalu tebal dan dan terlalu nipis. mabeles!👍👍👍

lebihan kulit crepe ni sangat sangat lembut. anies dah makan macam macam jenis crepe tapi lebihan kulit crepe yang dapat selalunya keras dan tak sedap. tapi untuk pistaschio crepe ni, memang terbaik👍👍👍


overall anies bagi ⭐⭐⭐⭐ untuk crepe ni. korang patut cuba bila datang Melaka nanti. lupakan coconut shake. lupakan kuih keria antarabangsa. datang Melaka nanti try yang ni pulak! 

well tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading. daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

14 Words of Lo♥e

  1. Mirip pancake kalau di sini bentuknya...pancake durian..iish..sedap banget pastilah..kacangnya saja udah enak..apalagi jadi isian bercampur krim gini

    ReplyDelete
  2. saya pula tak suka crepe,pernah makan crepe durian sekali mungkin sebab jumpa yang tak sedap terus rasa taknak dah makan

    ReplyDelete
  3. Keria antarabangsa tu glamer je lebih... hehehehe

    ReplyDelete
  4. Pas fanny kesana udah ada belum sih crape Ini??? 😍😍 kok kayak menarik. Apalagi tak terlalu manis. Kalo terlalu manis confirm skip kak 😅.

    Tapi kalo Kaka bilang ini enak, okelaah, next ke Melaka pasti Fanny coba 😄👍. Memang ada plan ke Melaka, Dan beberapa kota Malaysia tahun depan.

    ReplyDelete
  5. Kita baca & tengok gambar pun dah rasa nak jilat skrin ni 🤤

    ReplyDelete
  6. Beli kat kedai mana ni Anies. Dekat tak dengan kawasan yang jual cendol tepi sungai melaka tu?

    ReplyDelete
  7. Me dio ganas. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  8. Wah menarik. Tak pernah try lagi filling ni

    ReplyDelete
  9. jauh nau nk ke melaka.. hahah. ada rezeki boleh cuba

    ReplyDelete
  10. memang nampak pun dh sedap.. tak jumpa lg pistachio kt sini

    ReplyDelete
  11. walaupun suami ammi orang Melaka...serius ammi tak pernah try coconut shake, keria antarabangsa bagai tu. ntahlah knp...sejenis tak suka beratur kot

    ReplyDelete
  12. Banyak star tu anies bagi. Tak pernah rasa pistachio crepe. Selalunya durian crepe je.

    ReplyDelete
  13. Mcm durian crape jer ni .. Tapi nampak mmg sedap ni.. Huhuu

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆