The Fern Lodge @ Skudai, Johor
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bila dah lama tak menulis, rasa macam blur sekejap. so, next entry... nak tulis apa ya? lepas membelek-belek gambar yang ada (buat entry wajib ada gambar. kalau tak jadi 'hambarudin' je...😂😂)
cari punya cari (macam cari harta karun), akhirnya jumpa gambar-gambar masa menginap kat Skudai, Johor luaskan kuasamu. kalau tak kerana kursus, rasanya anies takkan sampai sini kot? konon nak datang ke Masai/Pasir Gudang pun, hot hot chicken shit, kan Wak Lat? 😂😂😂
okey, berbalik ke tajuk. anies menginap semalaman sahaja. tapi kenapa beria nak share fasal hotel ni?
pertama, sebab anies menginap kat sini 😂😂😂 kedua, sebab ada cerita tak berapa nak lawak yang boleh dikaitkan hotel ni.
alkisah, kawan baik anies ni, masa mula-mula pindah ke Skudai, dia bergaduh dengan suami dia. dek bengang dan marah yang teramat, dia pun lari keluar rumah. masa tu, hari dah malam, jadi dia tak ada tempat nak tuju. know know dah terpacak depan hotel ni. tanpa fikir panjang, dia terus check in.😂😂😂
korang jangan tiru perangai kawan anies ni. sebab apa? sebabnya, kalau bergaduh, korang larilah ke oversea. barulah gempak sikit. ini lari ke hotel sebelah taman/rumah. tak dramalah beb...😂😂😂
okey, okey. cerita fasal hotel ni, nak kata best sangat tu taklah. nak kata tak best tu, tak adalah sampai ke tahap tu. yang sedang sedang saja. ceh wah! berdangdut pula! pendek kata, okeylah kalau nak menginap berseorangan. bilik pun tak besar.
dari segi accommodation, toiletries dan lain-lain, emua lengkap. air paip pun laju. air cond sejuk dan part paling penting, bahagian customer service nya bagus.
disebabkan anies tiba pukul 9.00 malam, pihak hotel siap call lagi, tanya anies kat mana? dah sampai ke belum... dah macam mak-mak yang bimbangkan anak perempuannya yang tak reti-reti nak balik rumah tu 😂😂😂
oh ya dari segi kebersihan tu, anies bagi rating 3.5/5. dari segi suasana (hotel), hmm... yang ni memang nak komen. tak tahulah kenapa malam tu, ada orang sibuk bertukang. klentang klentung klentang klentung... adehh... sabar jelah. nasib baik sekejap je. kalau dia bertukang sampai pagi, memang anies pergi report polis terus 😂😂😂
hmm... nak cerita apa lagi ya? oh, fasal harga memang murah. cuma RM49 sahaja semalaman termasuk cukai SST. kalau nak cari restoran halal agak jauh sikit. nasib baik ada member yang sudi bawa pergi makan. siapa lagi kalau budak yang lari dari rumah tu laa... 😂😂😂
lokasi hotel? nanti anies share alamat kat bawah ya. mana tahu kalau-kalau korang ada urusan kat Skudai nanti bolehlah menginap kat sini.
overall rating untuk hotel ni, anies bagi ✩✩✩ / ✩✩✩✩✩
sebahagian gambar yang ada...
depan / main entrance hotel. specific parking tak ada. pandai-pandai koranglah park kereta kat mana...
ada meja - senang nak buat kerja. TV tu macam biasalah. jadi pak pacak je.
katil queen. Alhamdulillah bantal empuk. tilam pun empuk. letak kepala terus zzzz
pintu kiri - bilik air. pintu kanan - pintu bilik. ya, bilik ni memang tak besar. kalau nak besar, silalah buat hotel sendiri😂😂😂
bidet tu, pancutan air dia memang boleh bawa maut. 😂😂😂 kuat yakmat! picit sikit rasa macam nak terpelanting!
heater pun okay. tak payah adjust suhu air. sebab pengguna sebelum ni dah tolong adjust kan.
depan bilik. dah nama pun The Fern, so memang wajib ada gambar fern leaf... bukan susu fernleaf ya...
small lobby depan bilik. hotel ni adalah gabungan 2 buah rumah kedai. so tangga di tengah-tengah.
depan small lobby. bilik anies di sebelah kiri.
besar betul tangga ni bila 2 bangunan jadi satu. pintu keluar di sebelah kanan gambar.
main lobby. unik betul kerusinya kan? kaunter hotel sebelah kiri gambar.
main entrance (dari dalam hotel).
alamat the Fern Lodge:
63, Jalan Besi,
Taman Sri Putri,
81300 Johor Bahru, Johor.
No. tel: 07-556 6899
Okey tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks 4 reading and comment.
daaaa
42 Words of Lo♥e
murahnya, VM plan nak pegi Johor luaskan kuasamu jugak ni.. hahaha..
ReplyDeletearwah mak orang johor.. rindu pulak dia yg sentiasa bersemangat Johor tu hihihi
ooo yeke?👍👍👍kalau nk jimat bleh je pilih lodge ni
Deletemurah tkleh la nk expect lebih kn..tp okla tu
ReplyDeletebetulllll... janji lena😀
DeleteMurah betul. Hotel pilihan saya kalau datang terjah.
ReplyDeleteEh selalu bertukang malam-malam bukan hantu ke?
mmg org sbb ada sayup2 dgr org berckp
DeleteAda kisah rupanya. Misteri juga kelentang kelentung tu Anies. Hotel bersih dan selesa juga. Berbaloilah juga dengan harga murah kan.
ReplyDeletetu laa psl😁😁😁sik baik kejap je
DeleteMerhaba Anie :) Türkiye yazılarını ve paylaşımlarını bekliyorum umarım senin için güzel bir gezi olur. İstanbul dünyanın en güzel şehirlerinden birisidir. Osmanlı Devletine başkentlik yapmıştır çok fazla cami ve tarihi mekanlar vardır...
ReplyDeletehambarudin.. hehehehe.. apa kabar kak Anies?
ReplyDelete😁😁😁alhamdulillah sy sihat👍
DeleteTersangatlah murahnya dik!
ReplyDeleteMana lagi nak dapat harga begini di tempat lain ye?
ya kak. rs mcm dah x jumpa harga mcm ni skrg esp di kl kec dormitory
DeleteSuch a lovely post :D Have a great weekend :D
ReplyDelete👍👍👍👍
DeleteParece in buen lugar te mando un beso.
ReplyDelete😀😀👍👍
Deletehappy staycation kakak
ReplyDeletetq👍
Deleteingatkan ada cerita hantu tadi. tak memasal ko jadi kaunselor masalah rumah tangga ye. aku kalau lari pergi Liverpool terus
ReplyDeletebagus. dah smpi sana kalau sesat jgn blk sini😂
Deletebermalam di hotel memang ...yang tak best bila tiada teman ...sorang-sorang hehehe
ReplyDeleteuiiittttttt sereeemmmm😂
DeleteKurisinya memang unique, cool environment..
ReplyDeleteassalammualaikum anies. apa khabar?
ReplyDeleteok la bilik ni sesuai dgn hrga kan. kalau nak cantik besar tu pilih hotel lain yg kena dgn hrga jugala kan hehe
ReplyDeletebetul yaya. stardard harga dgn hotelnya
Deletedia punya fern leaf tu main cap cap ikut suka dia je haha
ReplyDeletejanji nmpk mcm fern leaf kot bg diorg😂
DeleteHuih murahnya harga bilik situ, kelengkapan semua nampak elok dan selesa. Baguih betoi 🤓👍🏻
ReplyDeletetu laa ms booking 2-3 kali sy check biar betul harganya ni😂
Deletemurah betul harga satu malam.. siapa yg kelentang kelentung tu anies.. kalau waktu malam mama tak rasa ada org buat gitu. jeng3
ReplyDeletejangannnnnn😂
DeleteBest best... Murah dan bersih 👍
ReplyDeletebetul3😀
Deletesiapa yg buat keje tu? huhuhu
ReplyDeletejgn tanyaaaa😁
DeleteUntuk RM49 semalam kira berbaloi dah tu. Comel je ada banyak daun ferns kat hotel tu 😊
ReplyDeletesusu fernleaf je yg xde😂
DeleteUish part air kuat tu syok owh.. Not bad lah hotel dia walaupun harga murah..
ReplyDeletetu laa sik baik x terpelanting dibuatnya😂
Deletemurah betul tu.. hehehe
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆