Geram!

12:01 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Pagi pagi lagi dia dah buat hal!😡

alkisah, anies nak basuh baju. lepas tukar duit, macam biasa... kita masukkan token dalam slot (kat mesin basuh).

4 token berjaya masuk tapi 2 token terakhir.... berpuluh kali 'sumbat' pun, tak jalan! ahh sudahhh...😤😤

dah tak tahu nak buat apa, anies tempeleng sedas dua slot token tu dengan harapan, token tu keluar semula atau 'ditelan' terus dek mesin basuh.

tapi still tak ada perubahan. nak tukar mesin basuh lain, rasa macam rugi sebab mesin basuh ni dah 'ambil' 4 token. fikir 2-5 saat, anies terus call nombor yang tertera kat dinding dobi. manalah tahu, ada bantuan dapat dihulur.

tapiiiii..... harammmm tak jawab panggilan. mata melilau keliling dobi. mujurlah masa tu anies seorang je. so taklah kalut sangat. then fikir sejenak. apa nak buat?

entah kenapa tergerak hati nak buka semula pintu mesin basuh then tutup semula. lepas 5 saat, try masukkan token. tup! kedengaran token 'kena telan'.

cuba lagi masukkan token tapiiiiii nan hado. dia 'muntahkan' semula token. anies try buka pintu mesin basuh dan buat semula macam tadi.

fuhhhh.... barulah mesin on. garu sekejap kepala yang tak gatal....

masa ni, anies rasa nak pergi report polis je😂😂😂

korang selalu / pernah kena macam ni? jom share dengan pembaca lain.

thanks for reading & comment.
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

45 Words of Lo♥e

  1. Kena hantar mesin tu pergi sekolah. Banyak perangai pulak 😂

    ReplyDelete
  2. Okey, baca entri ni terus buat saya teringat ada baju dalam mesin basuh tak sidai lagi hahahah babai. Kena datang balik nanti.

    ReplyDelete
  3. haha kak anies ni sampai nak report polis. Jauh betul fikirnya. So far tak pernah lagi kena macam ni. Nasib baik mesin basuh tu dah boleh guna.

    p/s: dah lama tak datang sini, terima kasih tanya khabar. semoga kak anis sihat walafiat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah... dah dia scam kite. mmg patut kn report polis😂

      aminnn

      Delete
  4. so far tak pernah kena, tapi pernah guna dryer tapi bila dah siap baju banyak yang tak kering lagi. malas fikir, balik rumah sambung jemur. haha. rasa macam kena scam

    ReplyDelete
    Replies
    1. dryer pun dah pandai scam. mmg tanda2 akhir zaman dah tu

      Delete
  5. Ada masalah lah tu. Agaknya yang mendobi kat situ mesti pernah jadi macam Anies. Mesin dobi macam ni pernah guna masa study dulu tapi tak pernah jadi macam ni. Kalau jadi macam ni geram jugak kan. Dah macam vendor machine pulak kena ketuk dulu baru nak jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy syak owner tak ambil token yg dah penuh dlm slot tu. tu yg susah nak msk

      Delete
  6. Alhamdulillah diberi ilham untuk buat begitu. Menangis kalau tidak dapat semula duit atau mesin tidak berfungsi.
    Belum ada pengalaman begini sebab basuh di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... kalau x sy berguling2 kat dobi tu minta refund😂

      Delete
  7. saya suka membaca cerita cerita anies, bahasa yang mirip dan masih bisa saya fahami. kebetulan saya tidak pernah membawa cucian ke laundry, karena mencuci sendiri bila ada waktu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. kerana mesin basuh rosak. sebab tu terpaksa ke dobi

      Delete
  8. Drama di kedai dobiiii... cheq tak pernah kena lagi mcm ni 😆

    ReplyDelete
  9. Dear friend! We live in Ankara city of Turkey/Türkiye. Have a wonderful week. Greetings.

    ReplyDelete
  10. setakat ni belum pernah lagi kejadian begitu hehehe

    ReplyDelete
  11. so far mama tak penah kena lagi. tapi kalau kena rasa panas juga hati hihi

    ReplyDelete
  12. washing machine kat umh pon dh buat hal, nk kene beli baru nih., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa laa nasib kite kan wak... jenuh bla rosak ni

      Delete
  13. Ten una buena semana. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  14. sabar anies..dia nak gurau2 jer tu..hiihi..miss u anies..:)

    ReplyDelete
  15. Pernah kena kat Kuantan... Sib baik satu token jew sangkut... Pas tue pi mesin lain... Patut toke check lah kalau mesin nak masuk token tue dah penuh. Ke tidak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tokey pn dtg sbln sekali agk nya. dia check mesin duit token je. bkn mesin slot token😤

      Delete
  16. Boa tarde minha querida amiga. Parabéns pelo seu trabalho e material. Desejo um mês de novembro com muita saúde e paz.

    ReplyDelete
  17. Report je Anies.. Suka hati dia je nak telan duit Anies lepas tu tak nak berfungsi.. Nakal mesin nie.. Nak kena tahan eh.. Ish.. Ish...
    Sha lama tak ke dobi.. Macam nak kenagi juga untuk keringkan baju.. Musim hujan kan sekarang ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg nk report pun. biasaaaa dia buat drama pulak😂

      Delete
  18. belum pernah lagi alami masalah begini....yang selalu jumpa....notis mesin yang rosak ...ok juga daripada token kena telan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tokey rajin collect token dlm slot ok lg. ni jenis biarkan je tu yg ssh token nk msk

      Delete
  19. tak pernah jd lg yg selalu problem bila nk tukar duit ke token.duit kena yg baru. lembik, koyak mesin xnk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun satu. duit terlipat sikit dia x nk. sakit hati dibuatnya kan?

      Delete
    2. dobi kayangan. nak duit semua yg baru2

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆