Pages

Friday, 28 October 2022

The Fern Lodge @ Skudai, Johor

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bila dah lama tak menulis, rasa macam blur sekejap. so, next entry... nak tulis apa ya? lepas membelek-belek gambar yang ada (buat entry wajib ada gambar. kalau tak jadi 'hambarudin' je...😂😂)

cari punya cari (macam cari harta karun), akhirnya jumpa gambar-gambar masa menginap kat Skudai, Johor luaskan kuasamu. kalau tak kerana kursus, rasanya anies takkan sampai sini kot? konon nak datang ke Masai/Pasir Gudang pun, hot hot chicken shit, kan Wak Lat? 😂😂😂

okey, berbalik ke tajuk. anies menginap semalaman sahaja. tapi kenapa beria nak share fasal hotel ni?

pertama, sebab anies menginap kat sini 😂😂😂 kedua, sebab ada cerita tak berapa nak lawak yang boleh dikaitkan hotel ni. 

alkisah, kawan baik anies ni, masa mula-mula pindah ke Skudai, dia bergaduh dengan suami dia. dek bengang dan marah yang teramat, dia pun lari keluar rumah. masa tu, hari dah malam, jadi dia tak ada tempat nak tuju. know know dah terpacak depan hotel ni. tanpa fikir panjang, dia terus check in.😂😂😂

korang jangan tiru perangai kawan anies ni. sebab apa? sebabnya, kalau bergaduh, korang larilah ke oversea. barulah gempak sikit. ini lari ke hotel sebelah taman/rumah. tak dramalah beb...😂😂😂

okey, okey. cerita fasal hotel ni, nak kata best sangat tu taklah. nak kata tak best tu, tak adalah sampai ke tahap tu. yang sedang sedang saja. ceh wah! berdangdut pula! pendek kata, okeylah kalau nak menginap berseorangan. bilik pun tak besar. 

dari segi accommodation, toiletries dan lain-lain, emua lengkap. air paip pun laju. air cond sejuk dan part paling penting, bahagian customer service nya bagus.

disebabkan anies tiba pukul 9.00 malam, pihak hotel siap call lagi, tanya anies kat mana? dah sampai ke belum... dah macam mak-mak yang bimbangkan anak perempuannya yang tak reti-reti nak balik rumah tu 😂😂😂

oh ya dari segi kebersihan tu, anies bagi rating 3.5/5. dari segi suasana (hotel), hmm... yang ni memang nak komen. tak tahulah kenapa malam tu, ada orang sibuk bertukang. klentang klentung klentang klentung... adehh... sabar jelah. nasib baik sekejap je. kalau dia bertukang sampai pagi, memang anies pergi report polis terus 😂😂😂

hmm... nak cerita apa lagi ya? oh, fasal harga memang murah. cuma RM49 sahaja semalaman termasuk cukai SST. kalau nak cari restoran halal agak jauh sikit. nasib baik ada member yang sudi bawa pergi makan. siapa lagi kalau budak yang lari dari rumah tu laa... 😂😂😂

lokasi hotel? nanti anies share alamat kat bawah ya. mana tahu kalau-kalau korang ada urusan kat Skudai nanti bolehlah menginap kat sini.

overall rating untuk hotel ni, anies bagi ✩✩✩ / ✩✩✩✩✩

sebahagian gambar yang ada...

depan / main entrance hotel. specific parking tak ada. pandai-pandai koranglah park kereta kat mana... 

ada meja - senang nak buat kerja. TV tu macam biasalah. jadi pak pacak je.

katil queen. Alhamdulillah bantal empuk. tilam pun empuk. letak kepala terus zzzz

pintu kiri - bilik air. pintu kanan - pintu bilik. ya, bilik ni memang tak besar. kalau nak besar, silalah buat hotel sendiri😂😂😂

bidet tu, pancutan air dia memang boleh bawa maut. 😂😂😂 kuat yakmat! picit sikit rasa macam nak terpelanting!

heater pun okay. tak payah adjust suhu air. sebab pengguna sebelum ni dah tolong adjust kan.

depan bilik. dah nama pun The Fern, so memang wajib ada gambar fern leaf... bukan susu fernleaf ya...

small lobby depan bilik. hotel ni adalah gabungan 2 buah rumah kedai. so tangga di tengah-tengah.

depan small lobby. bilik anies di sebelah kiri.

besar betul tangga ni bila 2 bangunan jadi satu. pintu keluar di sebelah kanan gambar.

main lobby. unik betul kerusinya kan? kaunter hotel sebelah kiri gambar.

main entrance (dari dalam hotel).

alamat the Fern Lodge:
63, Jalan Besi, 
Taman Sri Putri, 
81300 Johor Bahru, Johor.
No. tel: 07-556 6899

Okey tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks 4 reading and comment.

daaaa

42 comments:

  1. murahnya, VM plan nak pegi Johor luaskan kuasamu jugak ni.. hahaha..
    arwah mak orang johor.. rindu pulak dia yg sentiasa bersemangat Johor tu hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo yeke?👍👍👍kalau nk jimat bleh je pilih lodge ni

      Delete
  2. murah tkleh la nk expect lebih kn..tp okla tu

    ReplyDelete
  3. Murah betul. Hotel pilihan saya kalau datang terjah.
    Eh selalu bertukang malam-malam bukan hantu ke?

    ReplyDelete
  4. Ada kisah rupanya. Misteri juga kelentang kelentung tu Anies. Hotel bersih dan selesa juga. Berbaloilah juga dengan harga murah kan.

    ReplyDelete
  5. Merhaba Anie :) Türkiye yazılarını ve paylaşımlarını bekliyorum umarım senin için güzel bir gezi olur. İstanbul dünyanın en güzel şehirlerinden birisidir. Osmanlı Devletine başkentlik yapmıştır çok fazla cami ve tarihi mekanlar vardır...

    ReplyDelete
  6. hambarudin.. hehehehe.. apa kabar kak Anies?

    ReplyDelete
  7. Tersangatlah murahnya dik!
    Mana lagi nak dapat harga begini di tempat lain ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak. rs mcm dah x jumpa harga mcm ni skrg esp di kl kec dormitory

      Delete
  8. Such a lovely post :D Have a great weekend :D

    ReplyDelete
  9. Parece in buen lugar te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. ingatkan ada cerita hantu tadi. tak memasal ko jadi kaunselor masalah rumah tangga ye. aku kalau lari pergi Liverpool terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus. dah smpi sana kalau sesat jgn blk sini😂

      Delete
  11. bermalam di hotel memang ...yang tak best bila tiada teman ...sorang-sorang hehehe

    ReplyDelete
  12. Kurisinya memang unique, cool environment..

    ReplyDelete
  13. assalammualaikum anies. apa khabar?

    ReplyDelete
  14. ok la bilik ni sesuai dgn hrga kan. kalau nak cantik besar tu pilih hotel lain yg kena dgn hrga jugala kan hehe

    ReplyDelete
  15. dia punya fern leaf tu main cap cap ikut suka dia je haha

    ReplyDelete
  16. Huih murahnya harga bilik situ, kelengkapan semua nampak elok dan selesa. Baguih betoi 🤓👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa ms booking 2-3 kali sy check biar betul harganya ni😂

      Delete
  17. murah betul harga satu malam.. siapa yg kelentang kelentung tu anies.. kalau waktu malam mama tak rasa ada org buat gitu. jeng3

    ReplyDelete
  18. Best best... Murah dan bersih 👍

    ReplyDelete
  19. siapa yg buat keje tu? huhuhu

    ReplyDelete
  20. Untuk RM49 semalam kira berbaloi dah tu. Comel je ada banyak daun ferns kat hotel tu 😊

    ReplyDelete
  21. Uish part air kuat tu syok owh.. Not bad lah hotel dia walaupun harga murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa sik baik x terpelanting dibuatnya😂

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆