Selamat pengantin baru Pa'an + Shima
9:50 am✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Dah nak masuk sebulan diorang bernikah, baru hari ni mak cik dia terhegeh-hegeh nak berkongsi cerita. 🤣🤣🤣
dalam entry INI, anies ada tanya, kenapa anies ke Semporna, Sabah kan? dan... inilah jawapannya. meraikan pernikahan anak saudara pertama a.k.a cucu sulung.
supposed Pa'an nikah September tahun lepas. tapi dua minggu sebelum tu, kakak ipar (ibu Pa'an) tiba-tiba jatuh sakit. so, majlis terpaksa postponed ke Mac 2020. tapi, bila masuk Mac, tup tup PKP lah pula... maka, kenalah tangguh lagi sampai September.
orang kata, kalau dah jodoh tak ke mana kan? jadi, pada pagi Khamis 17 September jam 8.45, mereka selamat dinikahkan oleh pegawai agama bertempat di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah cawangan Semporna. dalam majlis tu, cuma 5 orang sahaja yang boleh hadir (masuk dalam pejabat). so, anies dan family members yang lain tunggu kat luar.
ikut perancangan asal, mereka akan bernikah di rumah Shima di Pulau Pom Pom. tapi disebabkan PKP dan SOP, mereka terpaksa akur bernikah di pejabat JHEAINS. tak apalah. yang penting mereka dah selamat disatukan.
since tak ada sebarang majlis diadakan lepas mereka dinikahkan, jadinya peluang seketika yang ada, kami manfaatkan untuk berjumpa dan berkenalan dengan ahli keluarga Shima yang hadir. lepas semua bersurai, anies sekeluarga terus ke restoran berhampiran. lapo beb... sebab masing-masing belum bersarapan. lepas makan, terus balik hotel dan bersiap sedia untuk bertolak pulang ke KL.
di sinilah mereka dinikahkan (tingkat atas)... ada juga family / pengantin lain tengah tunggu giliran sebelum dibenarkan masuk ke dalam...
roti sardin dari bumi Borneo, alas perut untuk sarapan😃😃😃 kuah kari dia superb sedap! siap minta extra lagi 🤣🤣
oh ya, last but not least, TAHNIAH diucapkan kepada blogger Cik Suerin kerana berjaya meneka dengan tepat. so, korang... jangan lupa follow blog awek Utagha ni ya! klik kat SINI untuk follow blog Cik Suerin.
tu je nak share hari ni.
thanks 4 reading
daaaa
67 Words of Lo♥e
Alhamdulillah, selamat semuanya. Tahniah dapat ahli keluarga baru. :)
ReplyDeleteterima kasih ;-)
DeleteRupanya pergi tengok anak saudara nikah. Jauh jodohnya. Moga berbahagia ke Jannah.
ReplyDeletehehehe dah jodoh depa kan....
Deletekami ikut je
aminnn
Selamat pengantin baru untuk kedua mempelai. Kalau dah jodoh, musim PKP pun akad nikah tetap berjalan.
ReplyDeletetu laa... ckp laa kena tangguh sethn buat bdk berdua ni hehehe
Deletepengalaman yang lain dr yang lain hehehe
ReplyDeletetu laa...sekali dpt anak sedara org jauh kannnn heheh
Deleteselamat pengantin baru kpd mempelai yg canti sepadan
ReplyDeleteterima kasih ;-)
DeleteAlhamdulillah. Tahniah untuk pengantin baru. Semoga berbahagia sampai syurga.
ReplyDeleteAnies, hadiah dah sampai. Done updated kat blog :)
Terima kasih banyak Anies.
aminnn
Deletesama2 ;-)
masa nikah dengan cara bajet ialah masa PKP ..
ReplyDeletebuat yang wajib dan lupakan yang kenduri kendara
betul tu. ya, tggu covid reda lps tu nk buat kenduri 7 hari 7 mlm pn x pe hahaha
DeleteCovid-19 sukar reda jika belum ada vaisin..
Deletekalau kenduri bagus sangat kerana boleh bagi orang makan dan makan sepuas hati
dgr kata china plh malaysia utk penerima vaksin pertama. harap2 vaksin ni berkesan dan kita boleh jalani hidup seperti sedia kala
DeleteSelamat penagntin baru buat anak buah tu...senang nikah musim- musim PKP ni kan..tak belanja keluar..tapi tu la..akak plak xde calon nak ajak nikah
ReplyDeletesapa yg nak kawen bajet tu bolehlah buat time ni kan...
Deleteish ada je tu yg ajk nikah tp malu2 meow ;-)
Selamat menikah ya Pa'an+Shima, semoga menjadi keluarga yang sakinah mawadah warahmah, amiiin.
ReplyDeleteaminnnn
DeleteSemoga menjadi keluarga yang selalu diberi banyak kebahagiaan.
ReplyDeleteIkut mendoakan.
Eh, roti sardinnya tampak lezat ..
Kuahnya terbuat dari kuah kalengbikab sarden kah, kak ?
aminnn
Deletekuah kari biasa saja, mas. satu lagi kuah dal. kauh kari yang dicampur dengan kacang dal
selamat pengantin baru
ReplyDeleteterima kasih (bg pihak pengantin)
DeleteTahniah kepada anak saudara Anies. Kenduri kahwin time PKP tak terasa macam kenduri kan.
ReplyDeleteTakpe insyaAllah pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi :)
tu laa...x pe. janji dah lps yg wajib. kenduri utk dah ank 3 nnt pun boleh buat lg hahahaha
DeleteTahniah buat mempelai
ReplyDeleteterima kasih (bg pihak pengantin)
Deletecomel betul pengantin perempuan dia. Apa2 pun selamat pengantin baru pa'an dan shima. :)
ReplyDeleteterima kasih (bg pihak pengantin)
DeleteBoa tarde minha querida amiga. A cerimônia deve ter sido muito linda.
ReplyDeleteoi luiz. você está certo. a cerimônia de solenização foi bastante simples. vamos orar pela felicidade de ambos.
DeleteBarakallah, semoga keduanya selalu sakinah mawaddah dan wa rahmah. Aamiiin
ReplyDeleteaminnn
Deletewah selamat untuk pengantin baru
ReplyDeletesemoga langgeng dan sakinah mawadah wa rohmah
seru juga ya mbak pesta pengantin di sana meski lagi pandemi
saya penasaran sama roti khas borneonya
terlihat enak dan menggugah selera
aminnn... pandemik itu belakang cerita. nikahnya harus dipercepatkan hehehe
Deleteitu roti canai asalnya. ditambah sardin, jadi roti sardin (sarden)
wah, selamat ya atas pernikahannya, he-he
ReplyDeletehalo teh, apa kabar, saya kuanyu, masih kenalkah ?
kuenya terlihat lezat tuh teh, penasaran rasa kue dari borneo seperti apa
ya, mas. saya sihat di sini.
Deleteitu roti sardin. sama macam roti canai. tapi ada sarden di dalamnya ;-)
Jauh jugak semporna tu cik anies... tp cantik sgt pulau-pulau kat situ... x island hopping ke ms tu? hehehe... tp nasib baik masa tu covid x naik lagi kt sabah kn?
ReplyDeletedah jodoh depa... hehehe tu kenalah tunggu entry akan dtg ;-)
Deleteselamat pengantin baru buat kedua mempelai.
ReplyDeleteterima kasih (bg pihak pengantin)
DeleteFelicidades, a los recién casados. Gracias por tu mensaje y por el detalle que deseas enviarme. que cuando las cosas esten normales me lo envías sin presión Te mando un beso
ReplyDeletegracias amigo mío (en nombre de la familia de la novia). y gracias de nuevo por tu comprensión.
DeleteCongrats selamat pengantin baru
ReplyDeleteterima kasih (bg pihak pengantin)
DeleteAlhamdulillah.. selamat dah semuanya..
ReplyDeleteTahniah buat pengantin..
terima kasih (bg pihak pengantin)
Deleteeh.. lupa pula.. Tahniah buat peneka yang tepat..
ReplyDeletejgn lupa naa follow blog cik suerin tu ;-)
DeleteYahuuu hihi..tepat tekaan cheq noo, makasih promote blog cheq skali..😆
ReplyDeleteTahniah buat pengantin! 🌼
sama-sama... ;-)
DeleteAlhamdulillah selamat nikah.. best jugak nikah time PKP ni kan
ReplyDeletehehehe boleh berjimat banyak sebenarnya :)
tu laa... tp kalau dah kawen dgn org jauh ni, tak jimat jg nmpk nya hahahahahaah
DeleteTahniah buat pasangan pengantin
ReplyDeleteterima kasih (bg pihak pengantin)
DeleteSama2
Delete;-)
DeleteTahniah..Selamat Pengantin baru kepada pengantin :)
ReplyDeleteterima kasih (bg pihak pengantin)
DeleteSelamat Pengantin baru, belum terlambat sangat untuk menyampaikankan doa selamat, bulan-bulan masih bermadu :)
ReplyDeleteterima kasih (bg pihak pengantin) aminnn
DeleteSelamat pengantin baru untuk pengantin 🌹
ReplyDeleteterima kasih (bg pihak pengantin)
Deletealhamdulillah tahniahhhh selamat sudah
ReplyDeletelama rasanya tak dpt makan kenduri mcm sebelum pkp
ReplyDeleteOhh rombongan menghantar pengantin PKP rupanya. Alhamdulillah, selamat semuanya. Moga Paan dan Shima terus diuliti kebahagiaan hingga ke syurga.
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆