Pages

Tuesday, 13 October 2020

Selamat pengantin baru Pa'an + Shima

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Dah nak masuk sebulan diorang bernikah, baru hari ni mak cik dia terhegeh-hegeh nak berkongsi cerita. 🤣🤣🤣

dalam entry INI, anies ada tanya, kenapa anies ke Semporna, Sabah kan? dan... inilah jawapannya. meraikan pernikahan anak saudara pertama a.k.a cucu sulung.

supposed Pa'an nikah September tahun lepas. tapi dua minggu sebelum tu, kakak ipar (ibu Pa'an) tiba-tiba jatuh sakit. so, majlis terpaksa postponed ke Mac 2020. tapi, bila masuk Mac, tup tup PKP lah pula... maka, kenalah tangguh lagi sampai September.

orang kata, kalau dah jodoh tak ke mana kan? jadi, pada pagi Khamis 17 September jam 8.45, mereka selamat dinikahkan oleh pegawai agama bertempat di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah cawangan Semporna. dalam majlis tu, cuma 5 orang sahaja yang boleh hadir (masuk dalam pejabat). so, anies dan family members yang lain tunggu kat luar.

ikut perancangan asal, mereka akan bernikah di rumah Shima di Pulau Pom Pom. tapi disebabkan PKP dan SOP, mereka terpaksa akur bernikah di pejabat JHEAINS. tak apalah. yang penting mereka dah selamat disatukan.

since tak ada sebarang majlis diadakan lepas mereka dinikahkan, jadinya peluang seketika yang ada, kami manfaatkan untuk berjumpa dan berkenalan dengan ahli keluarga Shima yang hadir. lepas semua bersurai, anies sekeluarga terus ke restoran berhampiran. lapo beb... sebab masing-masing belum bersarapan. lepas makan, terus balik hotel dan bersiap sedia untuk bertolak pulang ke KL.

di sinilah mereka dinikahkan (tingkat atas)... ada juga family / pengantin lain tengah tunggu giliran sebelum dibenarkan masuk ke dalam...

barakallahu lakuma... selamat menempuh alam rumah tangga wahai anak saudaraku...

roti sardin dari bumi Borneo, alas perut untuk sarapan😃😃😃 kuah kari dia superb sedap! siap minta extra lagi 🤣🤣

oh ya, last but not least, TAHNIAH diucapkan kepada blogger Cik Suerin kerana berjaya meneka dengan tepat. so, korang... jangan lupa follow blog awek Utagha ni ya! klik kat SINI untuk follow blog Cik Suerin.

tu je nak share hari ni.
thanks 4 reading
daaaa

67 comments:

  1. Alhamdulillah, selamat semuanya. Tahniah dapat ahli keluarga baru. :)

    ReplyDelete
  2. Rupanya pergi tengok anak saudara nikah. Jauh jodohnya. Moga berbahagia ke Jannah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe dah jodoh depa kan....

      kami ikut je

      aminnn

      Delete
  3. Selamat pengantin baru untuk kedua mempelai. Kalau dah jodoh, musim PKP pun akad nikah tetap berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... ckp laa kena tangguh sethn buat bdk berdua ni hehehe

      Delete
  4. pengalaman yang lain dr yang lain hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa...sekali dpt anak sedara org jauh kannnn heheh

      Delete
  5. selamat pengantin baru kpd mempelai yg canti sepadan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Tahniah untuk pengantin baru. Semoga berbahagia sampai syurga.

    Anies, hadiah dah sampai. Done updated kat blog :)
    Terima kasih banyak Anies.

    ReplyDelete
  7. masa nikah dengan cara bajet ialah masa PKP ..

    buat yang wajib dan lupakan yang kenduri kendara

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. ya, tggu covid reda lps tu nk buat kenduri 7 hari 7 mlm pn x pe hahaha

      Delete
    2. Covid-19 sukar reda jika belum ada vaisin..

      kalau kenduri bagus sangat kerana boleh bagi orang makan dan makan sepuas hati

      Delete
    3. dgr kata china plh malaysia utk penerima vaksin pertama. harap2 vaksin ni berkesan dan kita boleh jalani hidup seperti sedia kala

      Delete
  8. Selamat penagntin baru buat anak buah tu...senang nikah musim- musim PKP ni kan..tak belanja keluar..tapi tu la..akak plak xde calon nak ajak nikah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa yg nak kawen bajet tu bolehlah buat time ni kan...

      ish ada je tu yg ajk nikah tp malu2 meow ;-)

      Delete
  9. Selamat menikah ya Pa'an+Shima, semoga menjadi keluarga yang sakinah mawadah warahmah, amiiin.

    ReplyDelete
  10. Semoga menjadi keluarga yang selalu diberi banyak kebahagiaan.
    Ikut mendoakan.

    Eh, roti sardinnya tampak lezat ..
    Kuahnya terbuat dari kuah kalengbikab sarden kah, kak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn

      kuah kari biasa saja, mas. satu lagi kuah dal. kauh kari yang dicampur dengan kacang dal

      Delete
  11. Tahniah kepada anak saudara Anies. Kenduri kahwin time PKP tak terasa macam kenduri kan.

    Takpe insyaAllah pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa...x pe. janji dah lps yg wajib. kenduri utk dah ank 3 nnt pun boleh buat lg hahahaha

      Delete
  12. comel betul pengantin perempuan dia. Apa2 pun selamat pengantin baru pa'an dan shima. :)

    ReplyDelete
  13. Boa tarde minha querida amiga. A cerimônia deve ter sido muito linda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oi luiz. você está certo. a cerimônia de solenização foi bastante simples. vamos orar pela felicidade de ambos.

      Delete
  14. Barakallah, semoga keduanya selalu sakinah mawaddah dan wa rahmah. Aamiiin

    ReplyDelete
  15. wah selamat untuk pengantin baru
    semoga langgeng dan sakinah mawadah wa rohmah
    seru juga ya mbak pesta pengantin di sana meski lagi pandemi
    saya penasaran sama roti khas borneonya
    terlihat enak dan menggugah selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn... pandemik itu belakang cerita. nikahnya harus dipercepatkan hehehe

      itu roti canai asalnya. ditambah sardin, jadi roti sardin (sarden)

      Delete
  16. wah, selamat ya atas pernikahannya, he-he

    halo teh, apa kabar, saya kuanyu, masih kenalkah ?

    kuenya terlihat lezat tuh teh, penasaran rasa kue dari borneo seperti apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mas. saya sihat di sini.

      itu roti sardin. sama macam roti canai. tapi ada sarden di dalamnya ;-)

      Delete
  17. Jauh jugak semporna tu cik anies... tp cantik sgt pulau-pulau kat situ... x island hopping ke ms tu? hehehe... tp nasib baik masa tu covid x naik lagi kt sabah kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jodoh depa... hehehe tu kenalah tunggu entry akan dtg ;-)

      Delete
  18. selamat pengantin baru buat kedua mempelai.

    ReplyDelete
  19. Felicidades, a los recién casados. Gracias por tu mensaje y por el detalle que deseas enviarme. que cuando las cosas esten normales me lo envías sin presión Te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. gracias amigo mío (en nombre de la familia de la novia). y gracias de nuevo por tu comprensión.

      Delete
  20. Congrats selamat pengantin baru

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah.. selamat dah semuanya..
    Tahniah buat pengantin..

    ReplyDelete
  22. eh.. lupa pula.. Tahniah buat peneka yang tepat..

    ReplyDelete
  23. Yahuuu hihi..tepat tekaan cheq noo, makasih promote blog cheq skali..😆

    Tahniah buat pengantin! 🌼

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah selamat nikah.. best jugak nikah time PKP ni kan
    hehehe boleh berjimat banyak sebenarnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... tp kalau dah kawen dgn org jauh ni, tak jimat jg nmpk nya hahahahahaah

      Delete
  25. Tahniah buat pasangan pengantin

    ReplyDelete
  26. Tahniah..Selamat Pengantin baru kepada pengantin :)

    ReplyDelete
  27. Selamat Pengantin baru, belum terlambat sangat untuk menyampaikankan doa selamat, bulan-bulan masih bermadu :)

    ReplyDelete
  28. Selamat pengantin baru untuk pengantin 🌹

    ReplyDelete
  29. alhamdulillah tahniahhhh selamat sudah

    ReplyDelete
  30. lama rasanya tak dpt makan kenduri mcm sebelum pkp

    ReplyDelete
  31. Ohh rombongan menghantar pengantin PKP rupanya. Alhamdulillah, selamat semuanya. Moga Paan dan Shima terus diuliti kebahagiaan hingga ke syurga.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆