Lepas gian -- nasi durian
9:41 am
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Musim durian kali ni memang betul2 dahsyat laa... kalau bandingkan 2 - 3 tahun lepas tak macam ni. laa ni pergi mana2 ada je orang jual durian tepi jalan. baik yang berlonggok atau dijual atas 4WD or van or bonet kereta... semuanya menggoda nafsu
baru2 ni member anies beritahu kenapa durian musang king harganya tak semahal sebelum ni. dia ke pasar dan bertemu penjual durian. katanya, tahun ni China dan Singapura tak import durian dari Malaysia... tak tahu laa sebab apa... kerana tulah harga durian boleh dikatakan 'mampu beli' berbanding sebelumnya yang hanya 'mampu tengok' je...
dan kelmarin, ada seorang member mesej dalam WA group. dia sudi belikan durian tapi dalam kuantiti yang banyaklah. beli banyak dapat murah. RM7 sekilo. apa lagi, member2 yang lain menggelupur laa dalam WA tu bila dengar durian murah. yang taip entry ni pun 2x5 juga. tak tunggu lama terus je bank in duit hahaha...
Alhamdulillah, semalam petang dah dapat. balik kerja terus beli kelapa parut. sampai je rumah, terus tanak nasi. dia punya excited tu tak leh nak cakap. nak solat Asar pun dah terbayang2 nasi durian hahahaha ya Allah... ampunkanlah hamba-Mu ini...
siap solat, nasi dah masak, then terus je blend kelapa parut. tujuannya nak dapatkan santan pekat. dah siap semua, tinggal nak kopek durian je. bila dah kopek...ya Allah... semerbaknya bau duriannnnnnn!!! tak tunggu lama, terus je ngap seulas dua. terpejam2 dapat makan durian dari Hulu Langat / Semenyih.
sori terguna flash sebab makan dalam gua hahaha... tak laa... ni laa duriannya... RM20 dapat 3 biji alhamdulillah... puas sangat2!
tunggang terbalik dibuatnya... tak pe... yang penting dah selamat masuk perut dengan jayanya... walaupun saiznya nampak kecil, tapi isinya sangat2 besar, tebal, tak terlalu manis, ada pahit2 sikit tapi tu masa mula2 makan je. tapi lepas tu dah tak rasa lagi. dan yang paling best, of coz laa... bijinya kecil / kempis! fuh!!! tabik spring kat member yang pandai pilih durian ni!
ni laa dia nasi durian yang dah lebih 10 tahun kot anies tak jamah... serius! memang dah lama tak makan nasi durian ni. tak tahulah kenapa... mungkin sebab harga durian yang mahal kot.
alkisah, nasi durian ni adalah resepi arwah atok. dulu, belakang rumah opah ada pokok durian. setiap kali durian gugur, arwah atok memang tak sah kalau tak buat nasi durian ni. arwah kalau makan nasi durian ni tiap2 hari relaks je... kitorang yang tengok pulak rasa seram sejuk. then kalau kami makan nasi durian sama2, mesti akan makan lepas solat Isyak. sebab lepas tu nak tunggang terbalik pekena durian no hal. sebab dah solat 😊😊😊
nak resepi ke?
bahan2:
nasi putih
air masak
santan
gula melaka / gula merah
isi durian
cara membuat:1. perah / blend santan dengan air masak. kalau guna air paip, didihkan santan seketika tapi rasanya 'kureng' sikit. kalau guna santan kotak, sorry to saya - 'out' rasanya! dan hanya santan perahan pertama sahaja yang digunakan.
2. kalau guna gula melaka, hiris terlebih dahulu. bukan letak seketul gula tu ya...
3. campurkan semua bahan dan sedia untuk dimakan.
p/s kalau durian lebih, maka gula melaka/ gula merah pun kena lebih juga. kalau tak nanti cepat muak.
p/s sorry, anies tak tahu ni durian nama / gred apa...
68 Words of Lo♥e
tak pernah lagi try nasi durian ni. biasa nampak org mkn dgn pulut kan...
ReplyDeleteya slalu dgn pulut...cubalah rs
Deletecantik isi dia..jap nak tanya.knapa tak makan dgn pulut?hehe
ReplyDeletebecoz eating with pulut is too mainstream hahahahaha
DeleteAku baru tau jenis durian musang king ini, kak ...
ReplyDeleteDagingnya terlihat tebal dan sangat menggiurkan ya ... , terlihat enak sekali ☺.
Terimakasih resep nasi duriannya, ya.
Jadi penasaran ingin membuatnya.
ini bukan musang king ini durian biasa. ngak tahu gred / nama apa. kami cuma tahu makan sahaja😆
Deletetahun lepas saya boikot x beli durian sbb harga mahal pakai timbang.
ReplyDeletetahun ni saya beli sebab harga dah murah sebab durian menjadi..
amboi siap boikot gitu hahaha
DeleteELOKNYA ISI DURIAN MAKAN DENGAN NASI BERSANTAN MMG PUAS HATI
ReplyDeleteterlajak puas kak hahaa
DeleteDurian tetap jadi primadona di masyarakat melayu hehe, gua juga suka, cuman harganya kadang mahal pakai bgt, kadang murah hehe
ReplyDeletemau murah mas tanam pokoknya.. dapat durian gratis tiap tahun😆
DeleteSangat enak banget jika dimakan saat perut lapar nasi+durian ala Malaysia ya?
ReplyDeletetak mas. lazim mereka makan durian dengan beras pulut
DeleteMak aiihhhh...sedapnya.
ReplyDeleteFirst time tau pasal nasi durian. Menarik jugak ni.
cubalah try hahaha
DeleteMenarik sangat nasi duriannya...Cuma menurutku lebih enak nasi ketan campur durian...
ReplyDeleteKalau nasi biasa awa kurang suka..Kalau nasi ketan pasti sangat banyak makannya...😄😄😄
sekali sekala kita tukar selera mas
Deleterm20 bg 3 biji bestnye? kat cni masih pling murah 7-8 ringgit sekilo....
ReplyDeleters nya bleh dpt lg murah kalu kn gaya memujuk rayu hahaha
Deletewahhhh.. sedapnyerr.. hehe
ReplyDeletecubalah try haha
Deletehanya mampu melihat sbb abe kie x mkn durian...
ReplyDeleteabam kie bleh msk geng dgn akk ipar #gengtakmakandurian hahaha
DeleteKita first time dengar pasal nasi durian ni.
ReplyDeletekat kanada ada durian x? kalu x bleh try ;-)
DeleteSampai sekarang penasaran pengen nyoba rasa durian musang king
ReplyDeletecoba mas coba... sementara durian masih banyak
Deletesuka jugak makan nasi durian ni! Betul tu, musim buah kali ni agak meriah, tepi jalan memang penuh orang jual durian. Sana sini durian
ReplyDeletekannnn
Deletemusim durian kali ni memang best. banyak giler durian, dan murah.
ReplyDeletetu yg buat org giler hahahah
DeleteDekat rumah haritu memang boleh kata ada unlimited ammount of durian. Tapi ceq tak makan huhu.
ReplyDeletebleh geng ngan kak long sy
Deletemmg tahun ni puas hati dapat mkn durian byk kali...aku pun dah 2x repeat beli durian sampai tido mlm pun kepanasan..hahaha...
ReplyDeleteteringin pulak nak rasa nasi durian tu...
cubalah t ry pasti x menyesal haha
DeleteYa Allah, terasa-rasa dalam mulut kesedapan durian ni. Bagus la China dengan Singapore tak import durian kite dah. Dapat la merasa durian murah sikit. Hopefully tahun depan lagi murah. Boleh berpesta durian tanpa mengingat hari esok. Hahaha. Btw, first time dengar nasi durian. Biasanya pulut durian. Mungkin boleh try nanti. Thanks for sharing Anies.
ReplyDeleteTry lah... kalau x sedap sy x share haha
DeleteZumal suka makan nasi + air garam + gula + durian, dah lama tak makan camtu. Thanks Anies, hadiah dah sampai...
ReplyDeletekena buat tu zumal sementara musim durian tgh berlangsung
Deletemak saya suka makan durian ni dengan nasi sejuk. hehe. nasi yg lebih semalam, mak makan pagi tu. sedap katanya. hehehee
ReplyDeletemak sis seselera dgn sy😊
DeletePerghhh party durian ni haha.. mmg puas makan mcm ni. Silap2 lepas makan memang tersandar.. mata pun boleh layu dibuatnya.. best2 :)
ReplyDeletepastu xleh tido sbb pns 😆
DeleteHahahaa.. minum air jarang bnyk2 :D :D
Deletetp sy ada bc 1 artikel ni, mkn durian byk, minum air byk pun x bgs jg hmmm mn 1 yg betul ni haha
DeletePeliknya guna nasi putih je, bukan pulut ye?
ReplyDeletehttps://www.nurzariniismail.com/2018/07/discover-the-world-dengan-burger-ayam-mexicana-oleh-mcdonalds.html
becoz eating with pulut is too mainstream😆😆😆
Deletesedapnya durian! murah lak tu. ni pun tengah mabuk durian lagi. haha
ReplyDeletedah brape bulan ni?😆
DeleteAkak makan durian dgn pulut, campur santan dan garam..mabeles
ReplyDeletepastu kepanasan x?😆
DeleteWah! berbaloi-baloi isi dia elok cantik dan tebal
ReplyDeletetu laa mmg xsangka isi dia mcm tu😊
Deletemmg sedap ni,, tapi yang de kolestrol jaga2 ye
ReplyDeletesthn sekali😆
Deletetak pernah try nasi durian. tapi pulut durian tu pebret hihi
ReplyDeleteboleh laa cuba try nnt😊
DeleteLebih kurang sama cara makan dengan pulut durian la ni kan anies? And btw, kat mana durian semenyih tu? Murah nau, sha duduk semenyih tak jumpa pun murah gitu. Jeles.
ReplyDeletextau laa sha member yg rajin mencari kitorg hulur $ je😆
DeletePerrghhhh!!! dia punya skin tu nampak umphhh sangat!! hahah :3 nak sebijik boleh?
ReplyDeletebolehhh g laa amik kt ats pokok tu😆
Deleteooo ingatkan pulut nasi sebab yang tu macam da biasa. ni nasi betul haaa rare first time cheq tengok kak oooi hehe.. tapi konsep lebih kurang sama dengan makan pulut..
ReplyDeletejgn tgk je kn rs o try mkn jg😊
DeleteYa Allah.. Rasa macma nak beli dan makan durian lagi je lepas tengok entry anies ini.. Sha pun sama mcam Anies, tahun nie baru dapat makan durian balik.. Disebabkan lambakan durian, so harganya murahlah dan mampu beli.. Kalau tak memang mampu tengok je.. Sha kalau makan durian macam anies nie, mau pengsan.. Kikiki.. sejenis yang tak pandai nak makan macam tu..
ReplyDeletekn try sha... bla lg nk try selagi doktor blom keluarkn fatwa berpantang😆
Deletefirst time dengar nasi durian hihi
ReplyDeletecubalah try ;-)
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆