Taipei, Taiwan: Yangmingshan National Park
9:28 am
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
mood raya dah habis walaupun Syawal masih belum berakhir. tapi sebelum segala 'ingatan' hilang, baik anies sambung balik cerita kami di bumi Taiwan. nanti kalau dah lupa, mulalah keluar perangai malas tu... eihhh...
hari kedua kami di Taiwan terbahagi 2 situasi. sebelah pagi dan tengah hari kami berada di Taipei dan selebihnya kami berada di.........
pada sebelah pagi kami ke salah sebuah lokasi tarikan khusus untuk pencinta alam iaitu Yangmingshan National Park (YNP). untuk entry ke Yangmingshan National Park ni, anies tulis point by point ya... nak cerita 1 by 1 tak larat nak taip. malas pun ya hahahahah (pengakuan jujur)
- kunci jam pukul 5am, tapi pukul 6AM baru bangun.
- 7.15 check out hotel dan terus tuju ke TMS.
- tiba di TMS, cari kaunter / hentian bas ke YNP. sebab tak tahu lokasi, kami tanya je mana2 staf yang ada kat kaunter.
- sebelum tu, anies dah check, bas pertama ke YNP dalam pukul 8.30am. memang betul. bas sampai tepat jam 8.30am.
- perjalanan ke YNP memakan masa hampir sejam. bukan sebab jammed tapi sebab lokasinya memang jauh. sebab tu ramai ke sini dengan kenderaan (drive sendiri or naik teksi)
- YNP ni sangat besar dan luas. dah nama pun taman negara, tak kan sebesar Taman Tasik Perdana pulak kan...
- 9.35am tiba NYP. disebabkan tak habis study pasal YNP ni, jadi kami turun ikut orang. means, bila ramai orang turun, kami pun turun sekali.
- bila dah sampai, tercangak2 kat situ. peta memang tak ada langsung. so, kami pun redah je laa kawasan tu. (kami assumed lokasi yang kami berhenti ni adalah di 'pintu masuk YNP)
- kami merayau2 kat sekitar kawasan tu. tak banyak tempat menarik kecuali kolam warna biru.
- kami beredar ke tempat lain. lepas jumpa peta, kami tunggu light bus untuk bawa kami ke lokasi seterusnya iaitu kebun bunga.
- tiba di lokasi kedua, situasi sama macam tadi. tercangak2 kami kat situ. dah lah kekurangan signboard dalam tulisan Roman, jadinya kami pun merayau laa ikut rentak kaki.
- jalan punya jalan, jumpa kebun bunga. nak masuk kena bayar NT5. tak apa laa... kami tengok dari luar je. sebenarnya tu bukan kebun bunga yang kami nak tuju. kebun bunga tu jauh lagi. kena menapak lebih kurang 1.5 km! kalau jalan rata tak apalah juga ni kena mendaki yu ols!!!
- disebabkan kami kejar masa, maka hajat nak ke kebun bunga di cancel kan... tak apa laa... ada rezeki lagi kami terjah YNP next time. padam asa sama kaki dah beri isyarat tak larat...
- lepas tu kami terus kembali ke lokasi nula2 kami sampai dan terus naik bas untuk pulang semula ke Taipei.
- FYI, sebenarnya banyakkkkkkk lokasi menarik kat YNP ni. cuma tu laa... korang nak pergi, nasihat anies pergilah dengan kenderaan. baru puas hati. nak spend masa seharian pun tak ada masalah.
so tu je laa 'huraian' (erk!) untuk entry YNP ni. kalau korang tak faham, boleh tanya kat ruangan komen di bawah. dan macam biasa, anies sertakan beberapa keping gambar yang sempat kami snap sepanjang berada di sini. gambar menarik tak banyak tapi harap korang enjoy!
north entrance, TMS. keluar dari sini dan terus ke bus stop YNP. jarak cuma beberapa meter sahaja.
bus stop nya kat sini ya... sebelah jalan yang maha sibuk... almaklumlah, hari bekerja...
cari sampai dapat signage bas ke YNP... setiap bus stop ada electronic signage. so kita boleh tahu next bus akan sampai pada pukul berapa...
bas ke YNP...
dalam bas ke YNP. kami bayar tambang dengan Easycard. kalau tak silap tambangnya NT160 sehala.
antara view sepanjang perjalanan... banyak flyover tinggi2 macam ni kat Taiwan... sekali tengok memang serammm...
dah sampai di kaki YNP. macam yang anies beritahu kat atas, kami turun ikut penumpang lain... lepas tu menggagau cari signage...
jumpa peta ni tapi tak membantu langsung dan kami juga tak amik port langsung hahahaha
pandang2 jeling2 kawasan sekitar...
terminal bus YNP. kami pun tak pasti sama ada bas yang kami naik tadi berhenti ke tak kat sini. jarak dari tempat kami turun tadi sampai ke terminal ni tak jauh mana pun... hmm... orang study tak habis macam tu laa ya adik2... sama juga macam adik2 yang tengah belajar tu. bila belajar tak habis, susah tau dik! bukan sahaja sesat barat macam kami, blank dan macam2 tau hahaha...
kami terus merayau dan merayau... Alhamdulillah, cuaca sangat2 baik. macam tau2 je kami tengah blank dan hilang arah tuju...
jalan punya jalan, kami temui ni hah... tasik biru ko! jujur cakap kami tak tahu kenapa dia jadi biru. sebab pencemaran atau semula jadi. sebabnya tak jumpa apa2 signage kat situ. tapi mustahillah pula kalau biru sebab pencemaran. ni kan taman negara. of coz lah ia terpelihara daripada sebarang anasir2 jahat (ayat!) kat sebelah tasik ni ada sauna untuk orang tua (lelaki sahaja)...
lepas tasik biru, kami jalan lagi. manalah tahu kami jumpa tasik kaler pink pula hahaha... suasana kat sini memang sesuai untuk berjoging petang2. memang syok bila tengok orang bersenam kat sini... ni yang rasa bersemangat 46 nak kurus sekarang juga! hahaha
bila tak jumpa apa2 yang menarik, kami refer mende alah ni... tengok tu! senarai nak ke tempat2 menarik di YNP. walaupun bertulisan Roman, namun bukan semua kami faham. lepas bincang, kami decide ke tempat paling dekat iaitu Calla Lily...
nak ke Calla Lily, kenalah naik light bus ni... terus teringat HK! Sal, jom kita ke Stanley lagi hahaha...
dah sampai di Calla Lily? ye ke ni tempatnya? ah... sudah... apasal nama tak sama??? argh, lantaklah! janji jumpa bunga. malas dah nak fikir banyak... maka, merayaulah kami kat sekitar kawasan tu...
dan jumpa ni haa... walaupun bukan Hari Valentine,💗💗 tu tetap terpaacak kat situ. kaki IG boleh snap gambar banyak2 kat sini... lagi satu banyak bunga2 yang tak pernah ko nampak, ada kat sini... jakun sekejap!
bunga apa ni ya adik2? tak tahu? pergi masuk sekolah semula!
dulu opah suka tanam pokok ni tapi sekarang dalam pasu macam ni tumbuh rumput hahahaah
pokok ni bila jumpa kat Malaysia tak heran langsung. tapi bila jumpa kat Taiwan tetiba terkagum pulak hahaha
jom cari kebun bunga lili... kalau jumpa laa...
jalan dan terus jalan sampai jumpa...
misi mencari... kami jumpa kebunnya tapi tu bukan kebun 'yang sebenar'... keciwa... frust nonggeng
ni je laa yang kami jumpa... tak apalah...walaupun tak berjaya sepenuhnya lawatan ke YNP kami tetap happy juga sebab berjaya sampai ke sini... kami jumpa seorang minah saleh ni... dia pun macam kami. sesat. tapi dia memang nak spend sehari kat YNP. tambah pulak hari tu hari terakhir dia kat Taiwan...
view YNP sebelum kami beredar... bye YNP, ada rezeki kita ketemu lagi...
well tu je laa cerita kami yang kureng seronok tapi banyak benda kami belajar. dan of coz pengalaman yang paling berharga... dan kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal YNP ni, sila klik kat SINI ya!
kepada kawan2 yang nak datang ke YNP ni, pastikan study betul2 tau! jangan jadi macam kitorang hahaha...
okey tu je perkongsian untuk hari ni... thanks 4 reading!
daa
p/s credit gambar sebahagian daripada blogger Nina
25 Words of Lo♥e
menarik tempat ni :)
ReplyDeleterajinnya anies menapak..klu cik nor mau pengsan dah..haha
ReplyDeleteterpaksa cik nor😆
DeleteCantik tamannya, kak Anies ... ☺
ReplyDeleteBanyak koleksi tanaman bunganya, bagus untuk lokasi liburan dan seru buat latar belakang berfoto.
Di taiwan banyak WNI...
ReplyDeleteSalut dengan terminal bus YNP, bersih sekali. Dan busnya tertata dengan tertib.
ReplyDeletetaiwan keseluruhannya sangat bersih. mirip japang mas😊
DeleteSemoga satu hari nanti Anies dapat cari kebun bunga lily tu. Bunga lain tu pun cantik gak...
ReplyDeleteaminnn
DeleteYNP tempat untuk belajar ya Anies?
ReplyDeletebkn. ia national park
DeleteWow..flyover dia susun rapat2 je..memang nampak scary..
ReplyDeletebkn je rapat tggi2 plak tu
DeleteYeke? Scary pulak rapat dan tinggi, tak boleh nak bayang >_<
DeleteBirunya tasik tu.. Cantik-cantik gambar sis amik..
ReplyDeleteFuh !...
ReplyDeleteseolah-olah ada pergi bersama kat YNP ini..
inilah sebab blog ini jadi feveret saya...
nasib baik bukan orangnya....hahahahaha
Kalau boleh spend sehari suntuk dlm YNP ni, confirm besar gila kawasan dia. Fuhfuh.
ReplyDeletealkisah sehari x ckp.. sbb sgt2 bsr
DeleteCantiknyaaa Taiwan T^T ala-ala korea dan Jepun gitu! :3
ReplyDeleteSusah jugak ek kalau pergi tempat macam nie tapi takde map.
ReplyDeleteeh..ada orang sebut nama kita.tersedak pulak. bestnya kebun bunga tu. kalau aku memang menjakun
ReplyDeleteTak sangka, suasana di kebanyakkan tempat di Taiwan ni nampak bersih dan tenang.. terpikatlah nak ke Taiwan.
ReplyDeleteSaya teringin nak pergi satu national park dekat Taiwan ni tapi tak ingat nama dia apa. Tapi, bukan YNP kot sebab gambar dia macam lain je. Tapi YNP nampak macam best juga eh. Hijau je.
ReplyDeleteToroko George... tu kt Huilen. pd mulanya mmg kitorang nk g sn tp sbln sblm pegi kaw tu kena gempa bumi
DeleteSelalu dok pelik apa la yang mat salleh dok cari gigih datang taman negara kot pahang tu.. Tapi kita kalau pergi negara orang pon excited nak tengok taman negara depa.. Hahaha
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆