Basel | 'drama' ter-missed kereta api @ Bahnhof Basel SBB
1:31 pm
✿...السلام عليكم✿
Bersambung dari SINI.
Alhamdulillah... lebih kurang dalam jam 11 pagi waktu Switzerland, kami selamat tiba di Basel SBB.
muka kami kalau tengok masa ni memang eksited tahap gaban tapi jantung kami kami dup dap dup dab even train belum berhenti lagi. kenapa? sebab... kami cuma ada 7 MINIT je untuk tukar gerabak! ya... datuk datin! 7 MINIT je!
menambahkan lagi dup dab dup dab, bila pintu train dibuka, kami tak jumpa pintu keluar! tanya pekerja kat situ, dia pulak bantai cakap Jerman sambil tunjuk arah. adoyaiii... dia yang tak faham ke... or kami yang tak faham??
lepas ucap thank you kami terus berlari cari pintu keluar. masa tu, kami tak nampak / jumpa pun mana2 staf stesen kat situ untuk bertanyakan di mana platform 7. tapi sebaik saja nampak kelibat orang ramai, kami agak tu lah pintu keluar.
lepas tu kami berlari lagi untuk naik eskalator. bayangkanlah, dengan luggage berat, dalam cuaca sejuk, kami jadi tak tentu arah. panik pun ya.
bila nampak je platform 7, kami terus terus turun eskelator.
tapi.... apakan daya... belum jejak platform, dengan mata kepala sendiri... kami saksikan train yang kami bakal naiki tu dah berlepas...
waaaaaaaaaaaaaa....😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭
dengan nafas yang tercungap2, cuaca sejuk yang mencengkam... kami hanya mampu pandang antara satu sama lain.
dalam kepenatan tu, sempat lagi si Nurul buat lawak. dia cakap, masa nak turun eskalator platform tadi, luggage dia 'terbang' sendiri... hahahaha... adoyai... macam2...
dah tak tau macam mana nak buat, kami naik semula ke tingkat atas dan terus ke kaunter tiket. dengan nafas yang tercungap2 (sebenarnya buat2 je tercungap2 je tu - nak tunjukkan muka kesian) kami terus beritau staf kat kaunter tu...
"we're sorry... we missed the train..."
nak tau apa yang staf tu cakap?
"it's okey... you're not the first!"
cittt!!! arghhh... nak marah pun ada nak gelak pun ada... tapi memang syukur sangat2...
staf tu minta tiket kami dan dia berikan jadual baru. kami tak kena penalti atau apa2 bayaran pun.
daripada 'drama' ni, banyak juga laa pengajaran yang kami dapat.
first, BE ON TIME. transport kat Europe ni SANGAT2 PUNCTUAL ya.
second, kalau MISSED the train, korang masih boleh guna tiket yang sama. TAPI, PASTIKAN TIKET TERSEBUT VALID UNTUK HARI DAN TARIKH YANG SAMA. kalau berbeza, bersiap sedialah untuk beli tiket baru.
third, study habis2 keadaan stesen, platform dan sebagainya. yap, tak semua info ada dalam google tu. kalau rajin belek2 laa buku2 panduan / buku2 tentang sesuatu negara kat kedai2 buku. insya Allah, pasti dapat info yang dikehendaki.
waahhh panjang pulak dah mukadimahnya... ye laa... drama kan....
jom laa layankan gambar2 yang sempat anies snap ni...
tiket ni kami print sekali dengan tiket2 dari Gare De I'est ke Strasbourg, dan dari Strasbourg ke Basel SBB... mmm agak2 ke mana kami nak tuju ni? boleh teka tak?
ni jadual baru yang diberi oleh staf kaunter. jadual ni kena attached sekali dengan tiket bila inspector train mai check (dalam train).
macam ni laa rupa stesen Basel SBB ni. nak kata kecik, tak laa kecik sangat. besar juga laa... stesen ni adalah stesen transit kalau nak ke Jerman atau ke Perancis. oh ya, kalau nak masuk tandas, KENA BAYAR ya! €2! haaa... hambik ko! bersamaan RM8 plus plus tu... tapi tak tahan punya pasal kena masuk juga. pun begitu keadaan tandas kat stesen ni memang tak mengecewakan. memang sangat2 bersih. cuma korang kena sediakan botol laa sebab dalam tandas tak ada paip ya....
tingkat atas Basel SBB. kiri dan kanan laluan terdapat kedai2 dan cafe2... kalau nak beli souvenir, ada dalam kedai buku tapi jumlahnya tak banyak...
terima kasih Nurul sebab belanja teh hibiskus-cranberry yang super sedap ni! fuhhh hilang segala kepenatan bila dapat teguk teh ni. ada sesapa nak pergi Swiss tak??? anies nak kirim belikan teh ni pleaseeeee...
teh ni tak perlu letak gula. dah cukup rasa masam-manis cranberry. wangi pulak tu. rasa nak tambah dan tambah lagi 😋😋😋
Alhamdulillah, lepas sejam menunggu, train kami pun sampai... hati melonjak gembira - bukan sebab dah sampai Switzerland tapi sebab tak sabar2 nak main salji...yu huuuuu....
nak tau ke mana kami pergi selepas ni?? tungguuuu...
to be continued...
daa...
p/s, kawan2, anies akan BW petang ni... sekarang nak settle kerja2 wajib dulu... sabaq noo...
38 Words of Lo♥e
kes biasa ye..nasib baik korang tenang je.kalau panik lagi payah.x sabar ni tunggu cerita main salji hang.
ReplyDeleteBasel..teringat last time Liverpool masuk UCL.Kalah ngan Basel..huhuhu
pergh..mencbar sungguh..klu cik nor g gamaknya menagis kat ctu..tak thu apa2..haha
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteHahahaha... macam dalam movie pulak jawapan pekerja tren tu ya... its ok u're not the first
ReplyDeleteTRAVEL KE SWIZERLAND PULA MESTI NAK RONDA EROPAH
ReplyDelete"it's okey... you're not the first!"
ReplyDeleteMakan dalam punya ayat nih. Hahaah
dr Basel SBB, nak p Freiburg ke? nasib baik takda penalti atau cas apa2 byrn. kiranya mcm kat Jepun la ni, train ikut masa yg ditetapkan
ReplyDeletesalam kenal.
ReplyDeletemoga one day kami akan sampai juga ke sana. aamiin
salam kenal jg... mn link blog ya? sy nk BW ;-)
Deleteklu rietta miss train dah panic dah...eeeh, bila dia jawap u r not the first one.....hehehe....7 minit interval tu, bg rietta sngat cepat...
ReplyDeleteyap kami igt platform sblh menyebelah je tu yg amik train kol 11 lbh rupanya jauh.. mmm
Deletefuyooooo...
ReplyDeleteyeay... sampai swisss...
ya Allah... rezekikanlah Huda untuk sampai suatu hari nanti.
Aameen
cepat sambung.
ReplyDeletenak tgk dapat tak bergambar dengan gunung coklat toblerone tu... hihihi
Ya Allah....
ReplyDeletebest nye weih... SWISSS kot SWISSSSSSSSSSSSSSSSSSS
Okay ...over ini perempuan.
ReplyDeletemaafkan dia k.
hahaha....
cepat anies sambung.
#IniArahanKakakKawasan
#tetiba
hahaha
"You're not the first" tu macam kelakar ja hahahaha tapi kesian la missed train. senang cerita jangan bawa budaya Malaysia dekat sana.
ReplyDeleteadehh..baca pun terasa penatnya, apatah lagi amies yang berlari bawak luggage tu
ReplyDeletetoilet rm8, pitammm!!
ReplyDeletemesti sejuk sgt2 kan..
ReplyDeletennt kita jln kat sini sama2 na anies.. hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum dear anies..
ReplyDeleteWow bestnya....
sALAM BLOGWALKING
ReplyDeletefhm sgtt 7 minit nak transfer train tu mana cukup ! melainkan dia buat platform sebelah2 ,,tak pyh turun naik huuuhu,,situasi kena tarik beg berat2 tu kehulu hilir memang seksa sangatt ! T.T
ReplyDeletepehh! sangat2 functual!
ReplyDeleteKalu bunda tak tau lah nak cakap ..nanges..
ReplyDeleteboleh simpan semua cerita dalam 1 buku travel ni. Menarik sangat anies
ReplyDeletemujuq la tak kena bayaq tiket lain
ReplyDelete7 minit tu memang singkat ..kalau irda mahu panikgiler tu..yerlah drngan kita xtau arah cari train baru kan..tp nasib boleh tunggu next jadual kan..syory yg best...boleh dijadikan jurnal.travel ni..hehe
ReplyDeletejauh berjalan luas pemandangan dan pengalaman., mugo dipermudahkan., aminnn
ReplyDeletepengalaman sumer tu. sebab miss train, kan dah terjadi satu entri kat blog ni. hehehe...
ReplyDeleteMenarik tmpat ni.. tp bab harga masuk toilet tu mmg terperanjat dngr harga mcm tu hehehee :D
ReplyDeleteBunyi €2 tu macam sikit aje tapi bila dah tukar duit kita ... hambik, mahalnyalah nak masuk toilet.
ReplyDeletenurul2 memang kelakar dia.. nasib ada dia tak lah boring sgt hampa kt sana. alhamdulillah byk pengajaran ni. nk jugak teh tu
ReplyDeletebaru faham smuanya dlm bahasa jerman. ohmai
ReplyDeleteBestnyerrrr
ReplyDeleteKlu Cikna confirm bantai gelak dh 'ur not fisrt'....;-)
ReplyDeleteAniessss bestnyaaa dapat peluang cross ke Switzerland pulakkk . Wishlist place nak gie .
ReplyDeleteAnies , if nadia nak request itinerary and budget anies gie europe nie dari ke london - paris - switzerland ... boleh ? Hihi 🙏🏻 If anies tak keberatan lah
Email saya : nadiaizzaty.nia@gmail.com
Kita baru tahu yang Anies ni dah pernah sampai Swiss. Gigih gila nak baca posts pasal Swiss ni.
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆