Pages

Wednesday, 8 March 2017

Basel | 'drama' ter-missed kereta api @ Bahnhof Basel SBB

✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

Alhamdulillah... lebih kurang dalam jam 11 pagi waktu Switzerland, kami selamat tiba di Basel SBB.

muka kami kalau tengok masa ni memang eksited tahap gaban tapi jantung kami kami dup dap dup dab even train belum berhenti lagi. kenapa? sebab... kami cuma ada 7 MINIT je untuk tukar gerabak! ya... datuk datin! 7 MINIT je!

menambahkan lagi dup dab dup dab, bila pintu train dibuka, kami tak jumpa pintu keluar! tanya pekerja kat situ, dia pulak bantai cakap Jerman sambil tunjuk arah. adoyaiii... dia yang tak faham ke... or kami yang tak faham??

lepas ucap thank you kami terus berlari cari pintu keluar. masa tu, kami tak nampak / jumpa pun mana2 staf stesen kat situ untuk bertanyakan di mana platform 7. tapi sebaik saja nampak kelibat orang ramai, kami agak tu lah pintu keluar.

lepas tu kami berlari lagi untuk naik eskalator. bayangkanlah, dengan luggage berat, dalam cuaca sejuk, kami jadi tak tentu arah. panik pun ya.

bila nampak je platform 7, kami terus terus turun eskelator.

tapi.... apakan daya... belum jejak platform, dengan mata kepala sendiri... kami saksikan train yang kami bakal naiki tu dah berlepas...

waaaaaaaaaaaaaa....😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

dengan nafas yang tercungap2, cuaca sejuk yang mencengkam... kami hanya mampu pandang antara satu sama lain.

dalam kepenatan tu, sempat lagi si Nurul buat lawak. dia cakap, masa nak turun eskalator platform tadi, luggage dia 'terbang' sendiri... hahahaha... adoyai... macam2...

dah tak tau macam mana nak buat, kami naik semula ke tingkat atas dan terus ke kaunter tiket. dengan nafas yang tercungap2 (sebenarnya buat2 je tercungap2 je tu - nak tunjukkan muka kesian) kami terus beritau staf kat kaunter tu...

"we're sorry... we missed the train..."

nak tau apa yang staf tu cakap?

"it's okey... you're not the first!"

cittt!!! arghhh... nak marah pun ada nak gelak pun ada... tapi memang syukur sangat2...

staf tu minta tiket kami dan dia berikan jadual baru. kami tak kena penalti atau apa2 bayaran pun.

daripada 'drama' ni, banyak juga laa pengajaran yang kami dapat.

first, BE ON TIME. transport kat Europe ni SANGAT2 PUNCTUAL ya.

second, kalau MISSED the train, korang masih boleh guna tiket yang sama. TAPI, PASTIKAN TIKET TERSEBUT VALID UNTUK HARI DAN TARIKH YANG SAMA. kalau berbeza, bersiap sedialah untuk beli tiket baru.

third, study habis2 keadaan stesen, platform dan sebagainya. yap, tak semua info ada dalam google tu. kalau rajin belek2 laa buku2 panduan / buku2 tentang sesuatu negara kat kedai2 buku. insya Allah, pasti dapat info yang dikehendaki.

waahhh panjang pulak dah mukadimahnya... ye laa... drama kan....

jom laa layankan gambar2 yang sempat anies snap ni...

tiket ni kami print sekali dengan tiket2 dari Gare De I'est ke Strasbourg, dan dari Strasbourg ke Basel SBB... mmm agak2 ke mana kami nak tuju ni? boleh teka tak?

ni jadual baru yang diberi oleh staf kaunter. jadual ni kena attached sekali dengan tiket bila inspector train mai check (dalam train).

macam ni laa rupa stesen Basel SBB ni. nak kata kecik, tak laa kecik sangat. besar juga laa... stesen ni adalah stesen transit kalau nak ke Jerman atau ke Perancis. oh ya, kalau nak masuk tandas, KENA BAYAR ya! €2! haaa... hambik ko! bersamaan RM8 plus plus tu... tapi tak tahan punya pasal kena masuk juga. pun begitu keadaan tandas kat stesen ni memang tak mengecewakan. memang sangat2 bersih. cuma korang kena sediakan botol laa sebab dalam tandas tak ada paip ya....

tingkat atas Basel SBB. kiri dan kanan laluan terdapat kedai2 dan cafe2... kalau nak beli souvenir, ada dalam kedai buku tapi jumlahnya tak banyak...

terima kasih Nurul sebab belanja teh hibiskus-cranberry yang super sedap ni! fuhhh hilang segala kepenatan bila dapat teguk teh ni. ada sesapa nak pergi Swiss tak??? anies nak kirim belikan teh ni pleaseeeee...

teh ni tak perlu letak gula. dah cukup rasa masam-manis cranberry. wangi pulak tu. rasa nak tambah dan tambah lagi 😋😋😋

Alhamdulillah, lepas sejam menunggu, train kami pun sampai... hati melonjak gembira - bukan sebab dah sampai Switzerland tapi sebab tak sabar2 nak main salji...yu huuuuu....

nak tau ke mana kami pergi selepas ni?? tungguuuu...

to be continued...

daa...

p/s, kawan2, anies akan BW petang ni... sekarang nak settle kerja2 wajib dulu... sabaq noo...

38 comments:

  1. kes biasa ye..nasib baik korang tenang je.kalau panik lagi payah.x sabar ni tunggu cerita main salji hang.

    Basel..teringat last time Liverpool masuk UCL.Kalah ngan Basel..huhuhu

    ReplyDelete
  2. pergh..mencbar sungguh..klu cik nor g gamaknya menagis kat ctu..tak thu apa2..haha

    ReplyDelete
  3. Hahahaha... macam dalam movie pulak jawapan pekerja tren tu ya... its ok u're not the first

    ReplyDelete
  4. TRAVEL KE SWIZERLAND PULA MESTI NAK RONDA EROPAH

    ReplyDelete
  5. "it's okey... you're not the first!"

    Makan dalam punya ayat nih. Hahaah

    ReplyDelete
  6. dr Basel SBB, nak p Freiburg ke? nasib baik takda penalti atau cas apa2 byrn. kiranya mcm kat Jepun la ni, train ikut masa yg ditetapkan

    ReplyDelete
  7. salam kenal.
    moga one day kami akan sampai juga ke sana. aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jg... mn link blog ya? sy nk BW ;-)

      Delete
  8. klu rietta miss train dah panic dah...eeeh, bila dia jawap u r not the first one.....hehehe....7 minit interval tu, bg rietta sngat cepat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap kami igt platform sblh menyebelah je tu yg amik train kol 11 lbh rupanya jauh.. mmm

      Delete
  9. fuyooooo...

    yeay... sampai swisss...

    ya Allah... rezekikanlah Huda untuk sampai suatu hari nanti.
    Aameen

    ReplyDelete
  10. cepat sambung.
    nak tgk dapat tak bergambar dengan gunung coklat toblerone tu... hihihi

    ReplyDelete
  11. Ya Allah....

    best nye weih... SWISSS kot SWISSSSSSSSSSSSSSSSSSS

    ReplyDelete
  12. Okay ...over ini perempuan.
    maafkan dia k.

    hahaha....

    cepat anies sambung.

    #IniArahanKakakKawasan
    #tetiba

    hahaha

    ReplyDelete
  13. "You're not the first" tu macam kelakar ja hahahaha tapi kesian la missed train. senang cerita jangan bawa budaya Malaysia dekat sana.

    ReplyDelete
  14. adehh..baca pun terasa penatnya, apatah lagi amies yang berlari bawak luggage tu

    ReplyDelete
  15. nnt kita jln kat sini sama2 na anies.. hehehe

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum dear anies..


    Wow bestnya....

    ReplyDelete
  17. fhm sgtt 7 minit nak transfer train tu mana cukup ! melainkan dia buat platform sebelah2 ,,tak pyh turun naik huuuhu,,situasi kena tarik beg berat2 tu kehulu hilir memang seksa sangatt ! T.T

    ReplyDelete
  18. Kalu bunda tak tau lah nak cakap ..nanges..

    ReplyDelete
  19. boleh simpan semua cerita dalam 1 buku travel ni. Menarik sangat anies

    ReplyDelete
  20. mujuq la tak kena bayaq tiket lain

    ReplyDelete
  21. 7 minit tu memang singkat ..kalau irda mahu panikgiler tu..yerlah drngan kita xtau arah cari train baru kan..tp nasib boleh tunggu next jadual kan..syory yg best...boleh dijadikan jurnal.travel ni..hehe

    ReplyDelete
  22. jauh berjalan luas pemandangan dan pengalaman., mugo dipermudahkan., aminnn

    ReplyDelete
  23. pengalaman sumer tu. sebab miss train, kan dah terjadi satu entri kat blog ni. hehehe...

    ReplyDelete
  24. Menarik tmpat ni.. tp bab harga masuk toilet tu mmg terperanjat dngr harga mcm tu hehehee :D

    ReplyDelete
  25. Bunyi €2 tu macam sikit aje tapi bila dah tukar duit kita ... hambik, mahalnyalah nak masuk toilet.

    ReplyDelete
  26. nurul2 memang kelakar dia.. nasib ada dia tak lah boring sgt hampa kt sana. alhamdulillah byk pengajaran ni. nk jugak teh tu

    ReplyDelete
  27. baru faham smuanya dlm bahasa jerman. ohmai

    ReplyDelete
  28. Klu Cikna confirm bantai gelak dh 'ur not fisrt'....;-)

    ReplyDelete
  29. Aniessss bestnyaaa dapat peluang cross ke Switzerland pulakkk . Wishlist place nak gie .

    Anies , if nadia nak request itinerary and budget anies gie europe nie dari ke london - paris - switzerland ... boleh ? Hihi 🙏🏻 If anies tak keberatan lah

    Email saya : nadiaizzaty.nia@gmail.com

    ReplyDelete
  30. Kita baru tahu yang Anies ni dah pernah sampai Swiss. Gigih gila nak baca posts pasal Swiss ni.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆