Luzern | dari Vitznau ke Rigi Kulm dengan cogwheel

11:48 am

✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

memula, anies ingat nak gabungkan '2 benda' dalam satu entry, tapi rasa macam... mmm... macam 'tak best' laa pulak...

so, untuk 'part' yang ni, anies fokus untuk cogwheel saja laa... part satu lagi tu, anies up pada entry akan datang ya! insya Allah...

okey, straight to the point... untuk sampai ke puncak (Rigi Kulm), ada 2 alternatif: 
first, dengan cable car dan kedua dengan cogwheel railways. 

kalau nak naik cogwheel, ada 2 tempat yang boleh dipilih, pertama naik di Vitznau dan yang kedua naik di Arth Goldau.kalau nak naik dengan cable car, 'stesen'nya di Weggis. (part naik cable car ni akan dikongsi pada entry akan datang, insya Allah)

pada hari kejadian, kami pilih untuk naik di Vitznau. nak rasa naik cogwheel yang khabarnya cogwheel tertua / paling lama beroperasi di Europe ni alkisahnya...

untuk tambang / harga tiket cogwheel ni, semuanya dah termasuk/kira dalam tiket cruise. sebab tu dalam entry lepas anies cakap, tiket yang hilang tu (lepas dapat ganti) macam 'nyawa sementara'. kalau tak ada tiket ni, alamatnya memang tak merasa laa nak naik cogwheel ni. meraung melalak meroyan laa kau sorang2 kat jeti Vitznau tu 😭😭😭

well, jom kita bercerita dengan gambarlah! baru syok!

cruise yang kami naik berlabuh di jeti Vitznau. ramai juga penumpang yang turun kat sini. sebaik melangkah keluar, cuaca bertukar berganda2 sejuknya... tapi excited punya pasal... kami tak kira sejuk ke panas ke... janji dah sampai sini lepas berminggu2 kami 'study' tempat ni.. so bila dah ada depan mata, tak terkata we ols! speechless!

bila tengok timbunan salji merata2, lagi bertambah rasa excited tu... tapi kami tak boleh laa nak melompat bintang kat sini... ada yang tergolek bak nangka busuk nanti... almaklum laa... lantai / jalan licin...

bila nampak je cogwheel merah ni, kami terus berlari2 anak sebab takut kena tinggal... pada hal cogwheel tu tak ke mana pun... kira2 15 minit kami masuk barulah cogwheel tu bergerak...

kat dalam kedai ni, ada jual souvenir... kot2 nak bershopping awal, boleh laa singgah sekejap... tapi anies tak masuk pun sebab karang kalau ralit bershopping, ada yang kena tinggal cogwheel nanti...

snap sekali lagi.. and the last... pasni dah tak jejak lagi kat sini daa... kami akan turun kat tempat lain pulak...

suasana dalam cogwheel... nampak macam tak ramai tapi nanti pertengahan jalan, cogwheel akan berhenti ambil penumpang di beberapa stesen sebelum tiba di Rigi Kulm.

cogwheel ni cuma ada satu landasan je. turun dan naik guna landasan yang sama (dari Vitznau). cuma bila sampai satu tempat nanti barulah jumpa double, triple landasan...

'ruang' memandu cogwheel... oleh kerana cogwheel menghala ke atas, jadinya tak de laa kelibat driver-nya kat sini... melepas nak tengok mamat hensem. jangan tak tau, staf2 kat sini hensem2 tau!

perlahan-lahan cogwheel meninggalkan Vitznau... perjalanan naik ke puncak memakan masa lebih kurang 45 minit (kalau tak silap laa)

kalau korang memilih untuk naik di Arth Goldau, gerabak cogwheel-nya berwarna biru dan akan berhenti di tempat yang sama juga iaitu di Rigi Kulm.

hah haaa... macam biasa... wajib ada... muka tazabarrrrr nak sampai ke puncak...

well, entry lepas ni laaagiii best! part palinggg anies suka sepanjang winter trip ni. nak tau apa dia? tungguuuu...

to be continued...

p/s ada blog belum sempat diBWkan... sabar ya... 

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

57 Words of Lo♥e

  1. Bestnyaaa salji tu, tapi mesti sejuk sangat kan? Takde pengalaman lagi tengok salji sendiri~ :)

    ReplyDelete
  2. uiks anies...

    pendek nye entri ni.

    buh lah gambo banyak lagi. dan lagi dan lagi

    ReplyDelete
  3. cepat sambung wei..menatang tulah namanya cogwheel ye.mana gambar hang golek-golek atas salji?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. golek2 atas katil ada laa... atas salji x buat tkt baju basah ;-)

      Delete
  4. bestnyaa.. teringin nk peluang bjln gini.. hehe

    ReplyDelete
  5. Naik corgwheel merentas salji best tu

    ReplyDelete
  6. Cogwheel tu macam train ja rupanya. mula2 saya bayangkan paris wheel hehehe. Tak takut ka naik puncak pakai cogwheel ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok je mcm naik keretapi... naik ke puncak tu x curam pun... mcm biasa je

      Delete
  7. wow...sangat menarik tengok salji secara live..

    ada peluang saya pun nak pergi melancong nie..

    ReplyDelete
  8. Cantik cogwheel tu.. Terserlah classic dia.. hehe..

    ReplyDelete
  9. bestnya dapat naik cogwheel yg tertua di Europe tu 😄 smart lah cogwheel colour baby blue tu. smart sebab warnanya 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sy naik cogwheel takda driver tu, berangan lg nak seramkan percutian tu. buat2 mcm naik cogwheel berhantu ��

      Delete
  10. uishhh, salji!

    saya tak boleh salji2 nih, menggigil jer

    ReplyDelete
  11. cantik railway tu bila ada sajli..

    ReplyDelete
  12. bestnya main salji real...hihi

    ReplyDelete
  13. cogwheel erk namanye...biasa tgk dlm movie lama je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... dlm BM xtau laa plak dipanggil apa ;-)

      Delete
  14. Seronoknya melawat tempat orang...
    Moga akan ada peluang yg sama pd masa hadapan..

    ReplyDelete
  15. Knock! Knock! Tuan rumah,...kita datang nak jalan2 nih :)

    ReplyDelete
  16. Besar dan spacious jugak bahagian dalam cogwheel tu ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap mmg besar... boleh muat lbh 100++ org rs nyer dlm 1 ms

      Delete
  17. Cogwheel ni kira keretapi lah ek? 😊

    ReplyDelete
  18. bestnya, how i wish i will be there

    ReplyDelete
  19. wah dh abis blm cuti2 sana....jeles nya nk kepal2 ais tuuu hehe

    ReplyDelete
  20. Bestnya..
    Moga dapat pegi jugak ke sana nanti

    ReplyDelete
  21. moga diberi peluang utk pi sane one day !!!

    ReplyDelete
  22. Ada rezeki mmg patut ke sini ni.. berbaloi rasanya brjalan dgn pengalaman dan pemandangan mcm2 ni.. mmg best :)

    ReplyDelete
  23. kalo yaya lagi tazzabarrr tuhhh..haha

    ReplyDelete
  24. bestnya anies... akak yang tukang baca ni pun excited jugak

    ReplyDelete
  25. bestnya dapat bermain salji...cik puteri kata nak gi salji juga...gulp

    ReplyDelete
  26. ingatkan apa lah cogwheel tu ;)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆