Tiada tajuk

12:45 pm

✿...السلام عليكم✿

Taip... delete. taip... delete. serius! nak taip intro pun tak tahu nak mula dari mana. dalam otak banyak idea tapi bila start mengetuk keyboard, hilang semuanya...

apa khabar kawan2 semua? harap2nya yu ols semua sihat2 belaka. almaklum laa... since masuk je bulan raya ni, setiap hujung minggu je pergi open house. pergi open house je setiap hujung minggu... mana tak nyer sampai terlebih sihat, kan?

Alhamdulillah... nikmat Tuhan mana yang kau nak dustakan, kan? apa2 pun pandai2 laa kawal diri. badan tu nak pakai lama... 

apa2 pun pertama sekali, nak minta MAAF BANYAK2 sebab dah lama sangat tak membalas kunjungan kawan2 (BW). bukan merajuk. bukan terasa hati. tapi yang pasti malas ya amat. haiiii... tu laa insan yang bernama anies. time dia rajin, dia akan full swing. tapi kalau dia malas... mmm... faham2 je laa... apa2 pun tunggu je laa yek! anies tetap akan jengah walaupun kuih raya korang dah tinggal serdak je...

>>::<<

seperkara lagi, mungkin ada yang dah maklum. pada 10 Julai yang lalu (bersamaan 23 Ramadan) ayah kami telah kembali ke rahmatullah. kalau nak bercerita tentang sebab kematian, memang panjang. tapi cukup sekadar memberitahu kat sini, allahyarham meninggal kerana sakit.

oleh kerana pemergian arwah berlaku kira2 seminggu sebelum hari raya, jadinya tahun ni kami beraya seadanya.  bezanya, tahun ni ramai yang datang bukan kerana nak beraya sahaja, tetapi juga datang kerana nak menziarahi mama.

jadi, kepada anda yang membaca entri ni, mohon dapat sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah kami.

>>::<<

nak cerita apa lagi? mmm... pasal LFC Tour 2015? yang tu... nanti laa yek... lepas transfer gambar2 la yek baru anies share walaupun ceritanya dah basi ;-)

>>::<<

cerita lain pulak... baru2 ni mama kena denggi. Alhamdulillah tak laa terlalu teruk sangat. tapi kena juga laa warded 3 hari 2 malam. dan 2 malam juga laa, buat pertama kalinya anies tidur kat hospital. waduuhhh... hanya Allah sahaja yang tahu keadaannya. tapi, bila fikir balik, tak mengalah. harap2nya kesengsaraan tu dapat menghapuskan dosa2. aminnn...

>>::<<

cerita pasal kerja? oh, ya! semalam anies dapat berita mengatakan buku teks yang anies buat tu dah siap cetak! Alhamdulillah... akhirnya... selepas lebih 10 bulan turun naik mahkamah berhempas pulas lencun ketiak, siap juga. bila tengok cover buku teks tu, dalam hati rasa macam2. rasa masam, rasa manis, rasa geram, rasa menyampah... semuanya ada! tapi... yes! ianya memberikan satu kenangan. juga pengajaran. ada yang tanya, lepas ni nak buat buku teks lagi tak? anies jawab: big NO! hahaha...


okey laa... setakat ni je laa kut yang mampu anies ketuk keyboard ni... bebel panjang2 pun, ada ke yang nak baca? cittt! 

credit. terjumpa quotes ni n terus sumbat kat sini... LOL!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

32 Words of Lo♥e

  1. salam singgah..

    ReplyDelete
  2. salam takziah anies banyak2 bersabar ya...didoakan almarhum ayahanda yg dikasihi dicucuri rahmat di sisi-Nya.
    tahniah berjaya terbitkan buku teks untuk kemudahan mrk...segenap ilmu yg bermenafaat dicurahkan ke dalam pasti berguna n berpahala besar...insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. semoga rohnya di letakkan di kalangan orang - orang yg beriman ... lepas raya ni mmg kemlasa sungguh nak tulis blog ... huhuhuu ... terima kasih atas pemberian FM dan sapul duit raya tu ...

    ReplyDelete
  4. lama sis tak singgah sini...apa khabar anies?? moga sihat selalu...

    takziah buat Anies sekeluarga,,,semoga arwah ditempatkan dikalangan insan bertakwa..

    banyak kes denggi skang ni...kita kena selalu berhati2...jgn ambil mudah bila kena demam

    ReplyDelete
  5. Alfatihah untuk ayah Anies. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aamiin

    Also looking fwd for more buku teks from Anies...moga suksess

    ReplyDelete
  6. alfatihah..salam takziah..

    macam2 berlaku ye anis..moga anis tabah hadapi apa2 dugaan cabaran hidup ni

    ReplyDelete
  7. wak pon penah buat buku ,the first and the last. ,rasa tak berbaloi je kanns ;p

    ReplyDelete
  8. sekali tak menulis , hilang idea seminggu

    ReplyDelete
  9. sekali tak menulis , hilang idea seminggu

    ReplyDelete
  10. Salam takziah buat anies sekeluarga.. semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas roh arwah ayah anies dan menempatkannya dikalangan org2 yg beriman... Al Fatihah..

    Kesempatan Syawal yg di penghujung ni, saya nk ucap salam aidilfitri, maaf zahir dan batin juga.. :)

    ReplyDelete
  11. Takziah utk anies sekeluarga, si dia Cikna pun ritu suspek denggi jgk.... Nak bgtau gift dr anies Cikna baru trme pagi smlm, terima kasih ye....;-)

    ReplyDelete
  12. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun...
    moga-moga Allah berikan tempat yang best yaa

    ReplyDelete
  13. waalaikumussalam..moga Anies jd anak yg solehah, yg sentiasa mendoakan kebaikan utk arwah..

    ReplyDelete
  14. teragak jugak nak wasap hang, tapi takut busy, nanti terkacau pulak. raya dah habis, tapi kuih raya banyak lagi..free nanti datang lah..hehehe.

    semoga mood rajin update blog tu datang balik ye.. ;)

    ReplyDelete
  15. tiada tajuk itu juga ialah sebuah tajuk... teruskan nukilan mu dik!

    ReplyDelete
  16. Semoga amal ibadah beliau diterima di sisi Nya.. ya kak Amin

    ReplyDelete
  17. takziah buat anis dankeluarga. harap tabah hadapi dugaan ya

    ReplyDelete
  18. Alfatihah anise....utk arwah ayah
    Semoga keluarga anis sabar dan tabah

    ReplyDelete
  19. Salam takziah dari zumal. Dah lama tak jenguk Anies...

    ReplyDelete
  20. Tak ada tajuk, tapi banyak entry, hiks =D
    Btw, cite pasal buku teks tu. Lama benar sampai 10 bulan baru publish. Peh

    ReplyDelete
  21. Takziah buat Anies. sekeluarga... Al-Fatihah.. Moga roh arwah ayah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan beramal soleh.. Aaammiinn

    ReplyDelete
  22. Ujian tanda Allah menyayangimu

    ReplyDelete
  23. Xpe anis.. ros pun kekadang dh mcm chipsmore...
    Takziah... semoga urusan anies dpermudahkan ye... :)

    ReplyDelete
  24. Al fatihah.semoga ayahanda berada dlm lindungan allah swt.

    ReplyDelete
  25. Salam takziah buat anies sekeluarga atas pemergian ayahanda... moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat... insyaAllah amin...

    ReplyDelete
  26. waalaikumsalam kak anies. salam takziah buat kak anies sekeluarga. moga arwah ditmpatkan brsma org2 beriman aminnn. al-fatihah.

    TQ tau bg sampul raya ana muslim & fridge magnet egypt :)

    ReplyDelete
  27. Assalam anie,s
    quote tu betoi he3
    korek kasik dalam he3

    ReplyDelete
  28. Maaf, Anies. Baru tahu mengenai pemergian ayahanda Anies.
    Al - Fatihah. Salam Takziah buat Anies & keluarga :)

    ReplyDelete
  29. majuk ngan Anies la.. hahaha.. xpe la Anies..
    kita semua kena faham.. kita bukan ngadap lappy 24/7
    datang bila ada kelapangan k..

    CT pun ni haaa.. baru ada masa nak jenguk..

    ReplyDelete
  30. rupanya byk y tjadi..apa2 pon moga anies redha n tabah..

    salam takziah buat anies sekeluarga..moga rohnya dicucri rahmatNya

    ReplyDelete
  31. semoga tabah buat anies sekeluarga.. kalau ikutkan entri lepas raya di peram 3 minggu baru nk publish. ish2

    ReplyDelete
  32. Anies buat buku teks darjah/form berapa? Utk 2016 ye? Nanti nak gi cari dan tengoklah. Nak sengih2 tumpang bangga.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆