✿...السلام عليكم✿
Taip... delete. taip... delete. serius! nak taip intro pun tak tahu nak mula dari mana. dalam otak banyak idea tapi bila start mengetuk keyboard, hilang semuanya...
apa khabar kawan2 semua? harap2nya yu ols semua sihat2 belaka. almaklum laa... since masuk je bulan raya ni, setiap hujung minggu je pergi open house. pergi open house je setiap hujung minggu... mana tak nyer sampai terlebih sihat, kan?
Alhamdulillah... nikmat Tuhan mana yang kau nak dustakan, kan? apa2 pun pandai2 laa kawal diri. badan tu nak pakai lama...
apa2 pun pertama sekali, nak minta MAAF BANYAK2 sebab dah lama sangat tak membalas kunjungan kawan2 (BW). bukan merajuk. bukan terasa hati. tapi yang pasti malas ya amat. haiiii... tu laa insan yang bernama anies. time dia rajin, dia akan full swing. tapi kalau dia malas... mmm... faham2 je laa... apa2 pun tunggu je laa yek! anies tetap akan jengah walaupun kuih raya korang dah tinggal serdak je...
>>::<<
seperkara lagi, mungkin ada yang dah maklum. pada 10 Julai yang lalu (bersamaan 23 Ramadan) ayah kami telah kembali ke rahmatullah. kalau nak bercerita tentang sebab kematian, memang panjang. tapi cukup sekadar memberitahu kat sini, allahyarham meninggal kerana sakit.
oleh kerana pemergian arwah berlaku kira2 seminggu sebelum hari raya, jadinya tahun ni kami beraya seadanya. bezanya, tahun ni ramai yang datang bukan kerana nak beraya sahaja, tetapi juga datang kerana nak menziarahi mama.
jadi, kepada anda yang membaca entri ni, mohon dapat sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah kami.
>>::<<
nak cerita apa lagi? mmm... pasal LFC Tour 2015? yang tu... nanti laa yek... lepas transfer gambar2 la yek baru anies share walaupun ceritanya dah basi ;-)
>>::<<
cerita lain pulak... baru2 ni mama kena denggi. Alhamdulillah tak laa terlalu teruk sangat. tapi kena juga laa warded 3 hari 2 malam. dan 2 malam juga laa, buat pertama kalinya anies tidur kat hospital. waduuhhh... hanya Allah sahaja yang tahu keadaannya. tapi, bila fikir balik, tak mengalah. harap2nya kesengsaraan tu dapat menghapuskan dosa2. aminnn...
>>::<<
cerita pasal kerja? oh, ya! semalam anies dapat berita mengatakan buku teks yang anies buat tu dah siap cetak! Alhamdulillah... akhirnya... selepas lebih 10 bulan turun naik mahkamah berhempas pulas lencun ketiak, siap juga. bila tengok cover buku teks tu, dalam hati rasa macam2. rasa masam, rasa manis, rasa geram, rasa menyampah... semuanya ada! tapi... yes! ianya memberikan satu kenangan. juga pengajaran. ada yang tanya, lepas ni nak buat buku teks lagi tak? anies jawab: big NO! hahaha...
okey laa... setakat ni je laa kut yang mampu anies ketuk keyboard ni... bebel panjang2 pun, ada ke yang nak baca? cittt!
credit. terjumpa quotes ni n terus sumbat kat sini... LOL!
salam singgah..
ReplyDeletesalam takziah anies banyak2 bersabar ya...didoakan almarhum ayahanda yg dikasihi dicucuri rahmat di sisi-Nya.
ReplyDeletetahniah berjaya terbitkan buku teks untuk kemudahan mrk...segenap ilmu yg bermenafaat dicurahkan ke dalam pasti berguna n berpahala besar...insyaAllah.
semoga rohnya di letakkan di kalangan orang - orang yg beriman ... lepas raya ni mmg kemlasa sungguh nak tulis blog ... huhuhuu ... terima kasih atas pemberian FM dan sapul duit raya tu ...
ReplyDeletelama sis tak singgah sini...apa khabar anies?? moga sihat selalu...
ReplyDeletetakziah buat Anies sekeluarga,,,semoga arwah ditempatkan dikalangan insan bertakwa..
banyak kes denggi skang ni...kita kena selalu berhati2...jgn ambil mudah bila kena demam
Alfatihah untuk ayah Anies. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aamiin
ReplyDeleteAlso looking fwd for more buku teks from Anies...moga suksess
alfatihah..salam takziah..
ReplyDeletemacam2 berlaku ye anis..moga anis tabah hadapi apa2 dugaan cabaran hidup ni
wak pon penah buat buku ,the first and the last. ,rasa tak berbaloi je kanns ;p
ReplyDeletesekali tak menulis , hilang idea seminggu
ReplyDeletesekali tak menulis , hilang idea seminggu
ReplyDeleteSalam takziah buat anies sekeluarga.. semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas roh arwah ayah anies dan menempatkannya dikalangan org2 yg beriman... Al Fatihah..
ReplyDeleteKesempatan Syawal yg di penghujung ni, saya nk ucap salam aidilfitri, maaf zahir dan batin juga.. :)
Takziah utk anies sekeluarga, si dia Cikna pun ritu suspek denggi jgk.... Nak bgtau gift dr anies Cikna baru trme pagi smlm, terima kasih ye....;-)
ReplyDeleteInna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun...
ReplyDeletemoga-moga Allah berikan tempat yang best yaa
waalaikumussalam..moga Anies jd anak yg solehah, yg sentiasa mendoakan kebaikan utk arwah..
ReplyDeleteteragak jugak nak wasap hang, tapi takut busy, nanti terkacau pulak. raya dah habis, tapi kuih raya banyak lagi..free nanti datang lah..hehehe.
ReplyDeletesemoga mood rajin update blog tu datang balik ye.. ;)
tiada tajuk itu juga ialah sebuah tajuk... teruskan nukilan mu dik!
ReplyDeleteSemoga amal ibadah beliau diterima di sisi Nya.. ya kak Amin
ReplyDeletetakziah buat anis dankeluarga. harap tabah hadapi dugaan ya
ReplyDeleteAlfatihah anise....utk arwah ayah
ReplyDeleteSemoga keluarga anis sabar dan tabah
Salam takziah dari zumal. Dah lama tak jenguk Anies...
ReplyDeleteTak ada tajuk, tapi banyak entry, hiks =D
ReplyDeleteBtw, cite pasal buku teks tu. Lama benar sampai 10 bulan baru publish. Peh
Takziah buat Anies. sekeluarga... Al-Fatihah.. Moga roh arwah ayah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan beramal soleh.. Aaammiinn
ReplyDeleteUjian tanda Allah menyayangimu
ReplyDeleteXpe anis.. ros pun kekadang dh mcm chipsmore...
ReplyDeleteTakziah... semoga urusan anies dpermudahkan ye... :)
Al fatihah.semoga ayahanda berada dlm lindungan allah swt.
ReplyDeleteSalam takziah buat anies sekeluarga atas pemergian ayahanda... moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat... insyaAllah amin...
ReplyDeletewaalaikumsalam kak anies. salam takziah buat kak anies sekeluarga. moga arwah ditmpatkan brsma org2 beriman aminnn. al-fatihah.
ReplyDeleteTQ tau bg sampul raya ana muslim & fridge magnet egypt :)
Assalam anie,s
ReplyDeletequote tu betoi he3
korek kasik dalam he3
Maaf, Anies. Baru tahu mengenai pemergian ayahanda Anies.
ReplyDeleteAl - Fatihah. Salam Takziah buat Anies & keluarga :)
majuk ngan Anies la.. hahaha.. xpe la Anies..
ReplyDeletekita semua kena faham.. kita bukan ngadap lappy 24/7
datang bila ada kelapangan k..
CT pun ni haaa.. baru ada masa nak jenguk..
rupanya byk y tjadi..apa2 pon moga anies redha n tabah..
ReplyDeletesalam takziah buat anies sekeluarga..moga rohnya dicucri rahmatNya
semoga tabah buat anies sekeluarga.. kalau ikutkan entri lepas raya di peram 3 minggu baru nk publish. ish2
ReplyDeleteAnies buat buku teks darjah/form berapa? Utk 2016 ye? Nanti nak gi cari dan tengoklah. Nak sengih2 tumpang bangga.
ReplyDelete