#throwback #LFCTour2015

3:04 pm

✿...السلام عليكم✿

Genap sebulan baru nak up cerita. tu pun, kaku sekejap otak ni macam mana nak intro. kalau yu ols dah baca entry kat blog Sal, rasanya kat sini anies tokok tambah apa2 yang patut laa yek.

honestly speaking, #LFCTour2015 baru2 ni agak kurang menyengat jika dibandingkan dengan #LFCTour 2011. kalau nak diukur dengan attendance, tu rasanya macam tak adil. 60 000 orang vs 100 000 orang... sah2 tak fair laa kan?

tapi yang anies share ni sekadar pandangan peribadi je... tak ada kena mengena dengan mana2 pihak. kalau ada pun, jangan sentap hokey!

first, timing tak kena. tak dinafikan, 2011 merupakan jejak pertama LFC di bumi Malaysia sejak ditubuhkan pada 3 Jun 1892. so, macam biasa laa kan. 1st time datang... sambutannya memang gempak bak hang.

bila LFC datang kali kedua ni, sayangnya tarikh (24.7.2015) tersebut jatuh dalam bulan Syawal, yakni baru seminggu kita beraya. ramai fans yang masih bercuti dan berada kat kampung (a.k.a mood beraya). dan tak nafikan, $$$ pun ambil kira. nak raya lagi. nak beli tiket lagi. mmm faham2 je laa... nak beli tiket bukan boleh guna air liur ;-)

second, prestasi semasa, baik LFC mahupun pasukan negara (Harimau Malaya). 2010-2011 boleh dikatakan 'tempoh keemasan' bagi pasukan negara. masakan tidak, penghujung 2010 Malaysia menjadi juara piala AFC. so, semangat dan sokongan peminat masa tu memang tinggi melangit. kalau dulu ada yang segan nak pakai jersi kebangsaan nak2 kalau yang lawan tu datang dari luar. tapi time 2011 tu, memang ramai yang pakai jersi kebangsaan dan support HM dengan hidung yang sangat kembang. so no wonder, stadium melimpah ruah. laa ni... tak payah sebut laa pasal prestasi negara. nak2 lepas kena belasah dengan Palestin 6-1 dan juga out awal kat SEA Games di Singapura. so, dari situ je orang dah malas nak datang sokong. takut HM kena belasah kaw2... kata mereka...

LFC pulak, walaupun season 2010-2011 terpelosok di tempat keenam, tapi disebabkan main sponsor (Carlsberg to Standard Chartered) dan Kenny Daglish, so berbondong-bondong laa rombongan Cik Kiah ke Bukit Jalil. mereka (yang Muslim esp) dengan bangganya menyarung jersi LFC yang selama ni hanya mampu dipandang sayu.

last season pulak, walaupun dapat tempat keenam, tapi mungkin kot kerana 'aura' Steven Gerrard yang dah tak bersama LFC lagi, peminat2 rasa tawar hati nak datang. padahal 2011 pun dia tak datang juga (injured).

third, harga tiket. yang ni memang tak boleh nak kata apa laa... faham2 je laa... dengan GST lagi... harga tiket naik hampir 30% (anggaran je ni). masa 2011, open ticket cuma RM50 je. tapi tahun ni, dah jadi RM80 termasuk GST. tu tak kira lagi dengan seat VIP, etc. mahal giler baboon!

lastly, mungkin sebab kurang promosi, lambat announcement dan juga cakap2 haters di ruang maya. yap, kurang promosi tu memang ketara sangat laa... kalau tak silap, tour 2011 dulu, penganjur siap masukkan iklan kat TV lagi nak promote bagai. then, lambat announcement means, pihak atasan ambil masa (agak lama) untuk bersetuju sama ada nak bawa LFC ke Malaysia atau tidak. plus, kehadiran LFC ke Thailand pada saat2 akhir juga secara tidak langsung 'berjaya' mengurangkan fans dari Thailand untuk bertandang ke SNBJ.

dan cakap2 haters tentang circus game yang mungkin juga mempengaruhi fans atas pagar esp. fans Harimau Malaya (dah macam ayat masa PRU laa pulak - pengundi atas pagar). sebab sebelum tu, Tottenham Hotspurs dah datang ke Malaysia and pasukan negara tewas. so, tak kan nak tengok pasukan negara tewas lagi kot dengan pasukan kelab cap ayam ni? so, tolong boikot circus game... lebih kurang macam tu laa statement depa...

eehhh... terpanjang pulak entry hari ni... tu laa... bila dah menceceh pasal bola ni, ni laa masalahnya. susah nak jumpa butang fullstop. syok ooo... walaupun apa yang anies taip ni mungkin yu ols hanya mampu membaca tapi tak mampu nak hadam ekekeke...

apa2 pun, benda dah berlaku. kami tetap enjoy walaupun game berakhir dengan keputusan seri. kami tetap enjoy walaupun terpaksa amik cuti. kami tetap enjoy dapat tengok depa main walaupun sekadar kat SNBJ, bukan kat Anfield. insya-Allah, ada rezeki pasti kami akan sampai ke Anfield. bila tu? mungkin lepas Liverpool jadi juara BPL kot? #nextyearwillbeouryear

ko jangan gelak Sal!!!

baiklah tuan2 dan puan2. gambarajah di atas adalah tiket masuk ya... boleh pakai untuk dua hari. training pass dan hari game berlangsung. Sal, pinjam gambar kau ni! eden malas nak selongkar HD semata2 nak cari gambar tiket!

sebelum masuk stadium, wajib laa kan... sekeping tu... awat muka mem besar macam tertelan asam boi je tu?? mmm...

alkisahnya, kami duduk kat sini masa mula2 masuk. ntah macam mana, bila LFC masuk, diorang training kat tempat lain (still dalam stadium tapi bukan depan kitorang). makanya, dengan gigih kami berpindah ke tempat lain. haaa... barulah nampak lubang hidung si Sakho kan Sal?

game lawan Felda United. yang ni memang di luar jangkaan. masa 2011, memang tak ada sesi lawan melawan ni. tetiba hari training tu, ada laa plak game. sian Felda Manchester United kena belasah. kalau tak silap, 7-0 kot! dah lupa laa...

pantang nampak Henderson je, menjerit. pantang menjerit je... nampak Henderson... ekekeke... yang mana satu Henderson tu? cari sendiri boleh tak? ;-)


okey, yang ni pulak gambar2 sekitar hari game sebenar.

saja2 melawat kawasan... pandang2 jeling2 fans Big Bang kat Satdium Putra...

maskot "Liverbird"... sebelum kickoff

antara 'bangsa' Liverpool yang hadir... ada macam kat Anfield tak blogger Redza?

warm up sat...

the game is on!

end of the game...

okey... tu je bebelan untuk hari ni...

#YNWA!

pagi sok vs Arsenal. teringat gol Emiliano Insua...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

26 Words of Lo♥e

  1. waa..bestnya ..
    akak selalu pergi Liga tempatan jer..:(

    ReplyDelete
  2. happynya anies dpt bertemu team bola liverpool yg dikagumi.

    ReplyDelete
  3. tak pegi kali ni sbb ada kat kampung...insyaAllah ada rezeki boleh terbang ke anfield

    ReplyDelete
  4. eh...eh..macamana kau tau aku gelak ni.Takpe Anies, fikir positif..menang gak tu satu hari nanti. Mana tau kot season tu kita gi Anfield, season tu gak kita menang? Tuah muka kita..haha

    ReplyDelete
  5. eh...eh..macamana kau tau aku gelak ni.Takpe Anies, fikir positif..menang gak tu satu hari nanti. Mana tau kot season tu kita gi Anfield, season tu gak kita menang? Tuah muka kita..haha

    ReplyDelete
  6. yang aku pelik, asal susah sangat muka Hendo nak lekat kat kamera kita? Aku frust!

    ReplyDelete
  7. point hang tu aku setuju.Jangan risau, aku faham perasaan tu.cakap pasal bola memang susah nak stop.

    ReplyDelete
  8. Kita tk minat bola, jdinya tk leh nk komen,

    ReplyDelete
  9. Bab-bab bola ni...saya baca and get the updates kat sini aje la ya...

    ReplyDelete
  10. minat bola ni..lya sorang pon x knl player ni semua.. hehe.. malunya..

    ReplyDelete
  11. wah peminat tegar bola rupanya..hehe

    ReplyDelete
  12. heheh.. sabar je laa.. masa Chelsea tour pon dok kata game circus.. cheh..cakap macam tak layan epl je.. kan suka2 nama pon friendly..pakai jersey luiar tak semestinya tak support team malaysia.. btw i feel u.. #MalaysiaBluesArmy

    ReplyDelete
  13. mmg tak kena timming ... saya mmg x tahu ada LFC n ...

    ReplyDelete
  14. Panjang lebar analisis Anies,..dah layak jadi pengulas sukan ni :)
    Pagi2 dah senyum baca entri ni.

    ReplyDelete
  15. Wah Anies peminat tegar Liverpool nie, rasanya tahun nie tak ada sangat promosi macam sebelum2 nie kan...

    ReplyDelete
  16. Tak berpeluang pun pergi.. eemm.. timing tak kena..

    ReplyDelete
  17. wah..ini betul betul fans bola ni..

    ReplyDelete
  18. janji dapat tengok anis..bestlahh

    ReplyDelete
  19. Kak Anies suka pula sepakbola rupanya :)

    ReplyDelete
  20. Wah enjoy mcm ni.. klu penat pun mmg berbaloi. Dah minat kan.. ni lah peluang kan.. :) :)

    ReplyDelete
  21. Ooo penyokong liverpool rupanya... heheheh

    ReplyDelete
  22. ini memang ngam la ngan Kak Sal ni..

    ReplyDelete
  23. Assalam anies,
    he3
    teruja yer uols :)

    ReplyDelete
  24. oke dh kenal muka, nnti wak tegur la kalo terjumpa ., hehe2

    ReplyDelete
  25. tak pernah masuk stadium tgk bola lg.. hehehe
    semua merah ang.. ang

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆