✿...السلام عليكم✿
Thailand 1
Thailand 2
Lepas dah puas layan mabuk sungai, (p/s blogger Ct Hazreen - alhamdulillah, saya tak mabuk tapi mengantuk) ingatkan tour guide nak hantar kami terus balik hotel sebab masa ni badan memang da mula lemau ya amat. tapi rupa-rupanya, dia hantar kami bershopping! huk huk huk... batuk sekejap...
kata Cek Wan, Charoen Krung ni merupakan jalan pertama yang dibuka di Bangkok. sebelum 1855, pengangkutan utama kat Bangkok adalah sungai dan kawasan Asiatique ni merupakan 'port' dan pusat perdagangan ternama dan masih kekal sampai hari ni.
kat Asiatique ni, kalau waktu malam memang best. macam2 aktiviti ada. makan minum, live band, funfair etc semuanya tersedia. tu kata Cek Wan laa...
masa kami sampai, jam dah masuk pukul 4 petang. aktiviti jualan masih belum mula lagi tapi dah ada beberapa kedai / stall / restoran yang dah dibuka. jadinya, plan nak membeli belah tak kesampaian laa (sebenarnya mood nak membeli belah tak ada - eelek - sebab badan letih sangat. anies pun rasa nak rebah je kat bangku tepi sungai ni... mengantuk ya amat)
so, bila tak jadi nak beli belah, kami merayau2 laa area Asiatique ni... sambil2 tu selfie laa dua tiga ketui...
sebahagian pic yang sempat di snap...
pintu gerbang Asiatique... sebelum masuk ada security check tau... tapi tak laa sampai geledah beg macam kat air port tu... diorang tengok je...
macam anies cakap tadi, banyak kedai tak buka lagi. so yang mana dah buka siap2 kami cuci2 mata je singgah...
ruang legar Asiatique...
kira macam mercu tanda laa... kat keliling menara ni, yu ols boleh beli kunci then tulis laa nama korang ke... suami korang ke... moyang korang ke... mana tau next time boleh sampai lagi ke Asiatique ni...
bahagian dalam 'warehouse'... sebahagian peniaga ada yang dah buka kedai... oh ya, mahal tak barang2 kat sini? nama pun tempat eksklusif... so boleh tahan juga laa mahalnya... tapi tak de laa sampai cekik darah... masih affordable... kata mak cik dari Gambia...
Sungai Chao Phraya... kata Cek Wan, bangunan pencakar langit tu kebanyakannya condo2 mewah... mmm... ada rasa nak pindah ke Bangkok ke?
tarikan waktu malam kat Asiatique... apa lagi kalau bukan roda paris... harganya? mmm kalau tak silap, seorang dalam 230 bath... (+-RM23)
adik2 yang bakal nak amik SPM tahun depan, boleh laa study sejarah Asiatique ni... mana laa tau boleh score A untuk paper Sejarah? ;-)
"Liberalizing Siamese Trade" macam anies cakap tadi... Asiatique ni kan port utama kat Bangkok sejak dulu lagi....
antara replika yang boleh didapati di Asiatique... ni, pedagang dari China yang singgah di Bangkok...
sauh gergasi...
ni adalah first power crane yang digunakan di Thailand, hasil ciptaan jurutera dari England... sebelum ni mereka banyak menggunakan takal tradisional atau menggunakan tenaga manusia...
kalau rasa malas nak berjalan, acu try naik shuttle boat free ni...
berkenan pulak anies dengan bunga raya yang ditanam kat Asiatique ni... saiz dia besar tau... lebih besar dari tapak tangan...
last but not least... sila cari benda tersembunyi.
sekian. terima kasih. ^_^






































Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam