Egnatia Odos, Greece: side mirror patah dan 'hentam' cermin tingkap pemandu
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
keadaan bas sebelum kejadian...
bunyi 'panggg' yang kuat lalu disertai kaca berderai sememangnya memeranjatkan sesiapa sahaja yang tengah lena.
dalam kepala, anies cuma fikir yang bas kami terlibat dalam accident. tapi bila bas tetap bergerak macam tak ada apa berlaku, rasanya bukan accident kot?
tak lama lepas tu kedengaran penumpang yang duduk belakang driver mula 'menceceh'. mungkin agaknya dia tegur driver sebab tak nak berhenti.
bila tengok keadaan jalan, rasanya memang tak sesuai untuk berhentikan bas lebih-lebih lagi suasana sekitar bukanlah kawasan berpenghuni.
(apa yang anies perasan, masa tu kami tengah berada atas lebuh raya. lebuh raya ni diberi nama Egnatia Odos; menghubungkan 3 negara iaitu Türkiye, Greece dan Albania.)
disebabkan nak tahu sangat apa yang menyebabkan bunyi kuat tadi, lalu anies pun bangun dan...
OMG!!! side mirror dah 'terkulai' manakala cermin tingkap sebelah driver dah pecah. ini menyebabkan angin sejuk 'menerobos' masuk ke dalam bas. patutlah rasa sejuk lain macam!
tak dapat bayangkan kalau side mirror tu kena kepala driver... ngeriii
lepas tu mata dah tak boleh nak lena. selain cuaca sejuk, driver memang tak ada tanda-tanda nak berhenti. lepas dua jam plus plus, bas pun tiba di kastam & imigresen dan kami turun untuk cop passport.
@ kastam & imigresen sempadan Greece...
lepas cop passport, anies ambil kesempatan untuk tengok lebih dekat... hmm patutlah side mirror tu patah. korang nak tahu sebab apa patah? sebelum tu (anies tak tahu bila) side mirror tu memang dah patah dan pihak bas cuma 'balut' dengan pita pelekat je. bila bas bergerak laju, secara tak langsung ia akan beri impak pada side mirror tu. hmm...😏
lepas cop passport, kami teruskan perjalanan dan sampailah di suatu tempat yang mana ramai penumpang turun kat situ. dalam pada itu, driver diarahkan yang lain keluar dan angkat luggage masing-masing untuk pindah ke bas lain.
bas dari company yang sama...
oh, ya! menjawab pertanyaan yang berkait dengan dua entry INI & INI: sebenarnya anies pun tak tahu nak kata sama ada kami kena scam tiket atau sebaliknya.
lokasi untuk naik bas tu memang betul dah. manakala website tiket yakni obilet.com tu adalah website yang legal & trusted.
apa yang buat kami baran adalah, bas yang sepatutnya kami naik tu, pihak obilet kata, ia tiba lewat 1/2 jam (pada hari tersebut) @ stesen.
masalahnya, masa kami tanya fasal situasi bas tu, kenapa pihak obilet diam membisu? lagi yang buat kami hangin satu badan adalah, jawapan 'bas tiba lewat 1/2 jam' ni kami terima seminggu selepas kami balik ke Malaysia!!!
ko rasa?!!🔥🔥🔥
to be cont.






Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
19 Words of Lo♥e
Geram pulak baca alasan pihak bas Obilet tu. Tak boleh claim ke harga tiket bas baru tu dgn dieorg?
ReplyDeleteTerkejut jugak tu tiba2 bunyi bedentum tu kan. Memang tak boleh lena la.
ReplyDeleteLaah…kisahnya! Patutlah driver bas buat tak tau je tak berhenti. Boleh pulak main lekat gitu je padahal side mirror penting untuk pemanduan.
ReplyDeleteTak boleh nak percayalah dengan jawapan pihak obilet tu.
A broken mirror is not a good thing. Glad you arrived safely.
ReplyDeleteSeramnya baca pengalaman Anies kali ni! Tengah malam buta dengan angin sejuk menerobos masuk sebab cermin pecah, memang tak boleh bayang sejuk dia macam mana. Apa-apapun, syukur semuanya selamat dan harap perjalanan seterusnya lebih dipermudahkan.
ReplyDeletemengembara banyak pengalamannya alhamdulillah selamat semua
ReplyDeleteWhat an unexpected and nerve-wracking experience! I'm relieved everyone was safe in the end. Wishing you only smooth and stress-free journeys from now on. Thanks for sharing your travel story.
ReplyDeletewww.itsjulieann.com
That's strange!
ReplyDeleteBjxxx,
Pinterest | Instagram | Blog | Partilha Aqui a Tua Opinião
kesal kerana sykt bas ni x cakna akan keselamatan penumpang dan x tepati masa plak tu!
ReplyDeleteJadi sebenarnya Krn side mirror tuh memang dah patah, hanya balit perekat, lalu lepas dan menghantam kaca samping ya? Bukan Krn ada yg melempar dari luar?
ReplyDeleteTakutnya Krn ada yg lempar, macam di sumatera banyak kejadian begitu. Yg buat banyak orang yg lalu tak nak berhenti memang.
Aiiiih memang minta bintang 1 perusahaan bus ini. Ada pula kasih kabar bus DTG telat, seminggu setelah sampai Malaysia. Orang gila kah diaa 😒😒
ReplyDeleteSeru tapi cerita kakak. Kdg cerita yg begini nantinya JD pengalaman selama traveling kan 😄
ReplyDeleteSuerte con el viaje. Te mando un beso y te deseo un lindo fin de semana.
ReplyDeleteBegitu kisahnya, ingatkan accident. Tapi baguslah diorg tukar bas.
ReplyDeleteIngatkan dekat sana semua smooth & professional, rupanya tak juga ye. Seminggu berlalu baru nak reply email. Apoooo
Sabar-sabar ya Mbak Aniiieeee. Sejak kemarin rasanya banyak insiden di perjalanan yaa.
ReplyDeleteIni kalau saya lihat, memang betul spion nya terpasang dengan kurang baik ya. makanya ketika terguncang dan terkena angin di jalan, bisa patah dan terkena kaca di dalam.
nasib baik, perjalanan masih bisa lanjut.
Thank you! Deus caritas est!
ReplyDeleteuish nasib baik side mirror tu tak terkena driver.. mau jadi final destination pulak nanti...
ReplyDeletelahh dah balik malaysia baru dpat tahu bas delay?! pastu dapat refund tak? memang wajib kena geram ni
Ya Allah teruk juga cermin tu. Alhamdulillah perjalanan semua ok.
ReplyDeleteAduh!! Ngeri betul tengok keadaan tu dari gambar.. Kalaulah kena pemandu, bahaya pada pemandu dan juga penumpang..
ReplyDeleteAlhamdulillah perjalanan selamat.. Pengalaman betul..
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆