Bangkok, Thailand: shopaholic abroad - Asiatique The Riverfront, Charoen Krung Rd.

1:40 pm

✿...السلام عليكم✿

Thailand 1
Thailand 2

Lepas dah puas layan mabuk sungai, (p/s blogger Ct Hazreen - alhamdulillah, saya tak mabuk tapi mengantuk) ingatkan tour guide nak hantar kami terus balik hotel sebab masa ni badan memang da mula lemau ya amat. tapi rupa-rupanya, dia hantar kami bershopping! huk huk huk... batuk sekejap...

kata Cek Wan, Charoen Krung ni merupakan jalan pertama yang dibuka di Bangkok. sebelum 1855, pengangkutan utama kat Bangkok adalah sungai dan kawasan Asiatique ni merupakan 'port' dan pusat perdagangan ternama dan masih kekal sampai hari ni.

kat Asiatique ni, kalau waktu malam memang best. macam2 aktiviti ada. makan minum, live band, funfair etc semuanya tersedia. tu kata Cek Wan laa...

masa kami sampai, jam dah masuk pukul 4 petang. aktiviti jualan masih belum mula lagi tapi dah ada beberapa kedai / stall / restoran yang dah dibuka. jadinya, plan nak membeli belah tak kesampaian laa (sebenarnya mood nak membeli belah tak ada - eelek - sebab badan letih sangat. anies pun rasa nak rebah je kat bangku tepi sungai ni... mengantuk ya amat)

so, bila tak jadi nak beli belah, kami merayau2 laa area Asiatique ni... sambil2 tu selfie laa dua tiga ketui...

sebahagian pic yang sempat di snap...

pintu gerbang Asiatique... sebelum masuk ada security check tau... tapi tak laa sampai geledah beg macam kat air port tu... diorang tengok je...

macam anies cakap tadi, banyak kedai tak buka lagi. so yang mana dah buka siap2 kami cuci2 mata je singgah...

ruang legar Asiatique...


kira macam mercu tanda laa... kat keliling menara ni, yu ols boleh beli kunci then tulis laa nama korang ke... suami korang ke... moyang korang ke... mana tau next time boleh sampai lagi ke Asiatique ni...

bahagian dalam 'warehouse'... sebahagian peniaga ada yang dah buka kedai... oh ya, mahal tak barang2 kat sini? nama pun tempat eksklusif... so boleh tahan juga laa mahalnya... tapi tak de laa sampai cekik darah... masih affordable... kata mak cik dari Gambia...

Sungai Chao Phraya... kata Cek Wan, bangunan pencakar langit tu kebanyakannya condo2 mewah... mmm... ada rasa nak pindah ke Bangkok ke?

tarikan waktu malam kat Asiatique... apa lagi kalau bukan roda paris... harganya? mmm kalau tak silap, seorang dalam 230 bath... (+-RM23)

adik2 yang bakal nak amik SPM tahun depan, boleh laa study sejarah Asiatique ni... mana laa tau boleh score A untuk paper Sejarah? ;-)

"Liberalizing Siamese Trade" macam anies cakap tadi... Asiatique ni kan port utama kat Bangkok sejak dulu lagi....

antara replika yang boleh didapati di Asiatique... ni, pedagang dari China yang singgah di Bangkok...

sauh gergasi... 

ni adalah first power crane yang digunakan di Thailand, hasil ciptaan jurutera dari England... sebelum ni mereka banyak menggunakan takal tradisional atau menggunakan tenaga manusia...

kalau rasa malas nak berjalan, acu try naik shuttle boat free ni...

berkenan pulak anies dengan bunga raya yang ditanam kat Asiatique ni... saiz dia besar tau... lebih besar dari tapak tangan...

last but not least... sila cari benda tersembunyi

sekian. terima kasih. ^_^

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

52 Words of Lo♥e

  1. amboi..kemain jln sampai lemau... shoping tak?hihi

    ReplyDelete
  2. PUAS HATI ANIES RONDA2 BANGKOK YA SERONOK TU

    ReplyDelete
  3. bestnya thailand.. macam jatuh cinta pulak

    ReplyDelete
  4. cam best je naik ferris wheel tu..hehe

    ReplyDelete
  5. cari barang tersembunyi...jumpa dah..ada hadiah tak..

    ReplyDelete
  6. terkejut aku tgk replika pedagang dari china tu nok...
    dah macam pedagang dari nigeria je kekdahnya...huahuahua...

    ReplyDelete
  7. yeay ...akhirnya boleh drop komen kat sini.

    sebelum2 ni ... this comment box doesn't appear...

    tu yang tak dapat nak komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy masih xfhm mcm mn benda ni boleh jd mmmmm

      Delete
  8. boleh p study situ - kalau ambik paper sejarah bangkok.
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. gerenti x lulus sbb xde dlm silibus KPM 😀

      Delete
  9. benda tersembunyi ... hmmm ingat kan pe kebenda lah tadi

    ReplyDelete
  10. g thailand tak shopping - macam anih je perbuatan ni.

    ke tak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni tmpt 1st shopping.. tp pastu mmg shoppingggg manjang 😁

      Delete
  11. so anies tak mabuk? bagusnya kalau saya kena makan ubat

    mengantuk ni membantu sis anies tak muntah kot. saya kalau makan ubat mabuk memang mengantuk, tapi tak muntah.

    ReplyDelete
  12. so, duit tak terbakar lah kat sini? sebab xde mood hehe, ke terbakar jugak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg xshopping lgsg..kalu ada pun shopping air ngan ais krim ;)

      Delete
  13. banyak jugak tempat menarik kat sini ;)

    ReplyDelete
  14. Thailand adalah satu-satu negara kat Asia yang tidak di cerobohi atau ditawan oleh mana-mana negara ;) cayalah !!!

    ReplyDelete
  15. benda tersembunyi antara 2 botol :)
    cantik jugak pemandangan kat sana.

    ReplyDelete
  16. salam anies...lamanya noe tak singgah sini...byk entry dah terlepas ni..

    wah berjalan sakan ke thailand...sape ke yg tersepit kat tiang tu... :)

    ReplyDelete
  17. Replika apakah itu? Macam syampu. Itu macam orang jer... ngeh!ngeh!ngeh!
    Aah ler... tengok gambar tu besarnya bunga raya tu.

    ReplyDelete
  18. untung lar orang tue ;) asyik naik turun flight jew , kitew jew tengok flight lalu kat atas kepala kitew tau ^^

    ReplyDelete
  19. Cantiklah anies..ada rezeki nk ke sini laaa

    ReplyDelete
  20. Replika pedagang cina tu menarik.

    ReplyDelete
  21. Dah jumpa objek tersembunyi di antara botol syampu gergasi...tumpang berteduh ke tu?

    ReplyDelete
  22. insyaAllah, dalam perancangan nk ke sana.. tapi pergi naik moto.. ehehe

    ReplyDelete
  23. ahhhhh..syoknya jln2 thailand.tq still sudi visit blog sy ..xoxo

    ReplyDelete
  24. pi thailand tak shopping tak besh lah..;)

    ReplyDelete
  25. Love lock tuu macam ada kat mana2 je eh? Hihi

    ReplyDelete
  26. besarnya bunga raya tu..biar betoii..malam2 kalau pi situ, maw seram dibuatnya..nasib replika org tu tnduk ke bwah..

    ReplyDelete
  27. tiba time.soping....itu yg bestnya.

    ReplyDelete
  28. best klo dpt sopping kat thailand ni..ngeeeee =D

    ReplyDelete
  29. Salam.. mmg menarik, Kalau ke Thai mmg mcm2 yg best kat sana ..

    ReplyDelete
  30. Siapa lah agaknya kat tengah2 tu..

    ReplyDelete
  31. Tempat ni nampak bersih dan segar... fresh je rasa

    ReplyDelete
  32. fuhhhhh jenuh nk boom blog nis ni. mak fenat

    ReplyDelete
  33. nnt nina BW lain hari.. line slow erm xdpt nk up entri :(

    ReplyDelete
  34. nnt nina BW lain hari.. line slow erm xdpt nk up entri :(

    ReplyDelete
  35. sambung sini semula.. besar gedabak bunga raya tu. guna baja apa ye kt sna.
    best selfie sini anies byk tmpt dh mcm outlet2 kt mesia

    ReplyDelete
  36. nina sambung boom.. besar gedabak bunga tu. guna baja apa ya heheh. best la selfie sini byk tmpt jjcm. dh mcm outlet2 kt mesia

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆