Prishtinë, Kosovo: di sebalik dingin malam ada kisah meruntun hati

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

hujan makin lebat. jadi, mahu tak mahu langkah ni terpaksa dilajukan sebab satu badan dah kesejukan. winter + hujan = sejuk kuasa dua. ada juga niat nak tumpang berteduh tapi tu laa... cuma ada restoran dan bar di kiri dan kanan. terasa segan laa pula...

dari jauh kedengaran sayup-sayup orang menyanyi. tak tahu laa lagu apa yang didendangkan. mungkin lagu berbahasa Albania yang tengah popular masa tu. dan anies memang tak ambil 'port' pun fasal bunyi tu sebab dalam kepala cuma nak sampai homestay secepat yang boleh.

suara nyanyian tanpa muzik dan memang tak merdu tu kedengaran semakin dekat. tapi kelibat si penyanyi masih tak kelihatan. mungkin tu bunyi dari speaker yang terpasang dari dalam pub?

tak lama kemudian, tiba-tiba suara tu jadi senyap. dan kira-kira 7 - 8M didepan, tiba-tiba suara tu muncul semula!

haa... suara peminta sedekah rupanya... dalam keadaan hujan sangat lebat tu, dia duduk berseorangan kat tengah-tengah laluan pejalan kaki, tadah tangan dan menyanyi. tak ada payung, tak ada baju hujan. tak ada topi. total basah kuyup!😭😭😭

memang tak dapat nak bayangkan kesejukan yang dia rasai masa tu. sedangkan anies yang, pakai 3 lapis baju + glove ni pun masih rasa sejuk. apatah lagi dia yang cuma berbaju kemeja lengan pendek, duduk tanpa sebarang pelindungan sambil menyanyi😭😭😭

pada mulanya anies lalu je depan dia. tapi beberapa langkah sebaik melepasinya, hati meronta minta untuk toleh ke belakang. dannn... terus nampak dia tengah mengesot sambil kedua tangan menompang badan untuk maju ke depan😭😭😭

ya Allah! rupanya dia tak ada kedua-dua kaki, guys😭😭😭 terus tak jadi nak melangkah. dalam keadaan sejuk tu, tangan seluk beg dan beberapa keping not 1 USD pun berpindah tangan. tanpa berlengah, laju je beredar dari situ sebab tak sanggup nak tengok dia. sedih sangat😭😭😭

ni bukan kisah nak tunjuk baik atau nak pancing pembaca. tak! anies share kisah ni sebab nak beri peringatan pada diri sendiri sebenarnya  kalau kita rasa susah dan diuji, ingatlah! kat luar sana ada yang jauhhh lagi susah dan terseksa daripada kita. sentiasalah bersyukur, jangan jadi umat yang kufur.


ternampak tugu ni sebaik sahaja melepasi lelaki tu😭


semoga dia sentiasa dalam jagaan Allah hendaknya. aminnn

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

19 Words of Lo♥e

  1. Allah kesiannya dia kesejukan begitu. Semoga ada yg membantu skrg ni..

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar. Kalau saya kat situ agaknya terus banjir air mata 😭 Sejuk winter + hujan lagi. Tu pun dia tetap berusaha cari rezeki halal dgn satu2nya kelebihan yg dia ada - suara dia. Sebaknya baca perkongsian Anies ni.

    ReplyDelete
  3. sedih kisahnya sumbangan anies merahmati hidupnya n anies juga insyaAllah

    ReplyDelete
  4. I absolutely love your rainy night picture!!!

    ReplyDelete
  5. Jap-jap... suara tu dari peminta sedekah betul atau dari tugu tu?

    ReplyDelete
  6. bahagian masing2 kan. semoga allah bagi la kekuatan utk dia.

    ReplyDelete
  7. Bom dia minha querida amiga Anies. Infelizmente, o tradutor do Google, não funciona. Já ouvi falar sobre o Kosovo. A Casa Pacheco Leão é maravilhosa. Uma excelente manhã de segunda-feira, para você e todos os seus familiares na Malásia e um grande abraço do seu amigo carioca.

    ReplyDelete
  8. saya rasa lebih seksa jadi peminta sedekah kat negara 4 musim daripada negara musim panas cam kita ni. sana kalau sejuk, kat mana lagi dia nak duduk kan...

    ReplyDelete
  9. Begitulah kehidupan.manusia yang hakiki...semoga memberi manfaat kepada penerima dan pahala kepada pemberi...aminnn

    ReplyDelete
  10. Memang tak tega kalau jumpa pengemis seperti itu 😭😭. Macam mana dia bisa kuat dengan dinginnya yaa?

    ReplyDelete
  11. Langsung overthinking pula, di mana dia tinggal, baju ada yang kering tak etc... apalagi hanya ada tangan untuk melangkah 😭

    ReplyDelete
  12. Tuh lah kak, kita memang hrs sering lihat ke bawah. Supaya tahu ada banyak lagi orang2 yang butuh bantuan dan jauh lebih menderita . Biar banyak2 bersyukur dengan apa yang dipunya .

    ReplyDelete
  13. Dengan cuaca yang sangat sejuk, kesian sangat kan. Moga dipermudahkan segala urusan nya dan dimurahkan rezeki buat Anies

    ReplyDelete
  14. Sim temos que ser sempre gratos, pois tem pessoas que sofrem bastante, feliz dia bjs.

    ReplyDelete
  15. Olá, ótimas e importantes informações, abraços!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆