Ke 118 Mall

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Tahun lepas masa anies singgah Menara 118 (baca kat SINI), pada salah satu dinding bangunan tertulis 'Opening Soon January 2027'. 

tapi bila masuk Januari, tak nampak pun tanda-tanda mall ni akan dibuka. sebaliknya 'yang kecoh' adalah fasal signage Maybank yang diletakkan kat puncak menara tu😂

2 minggu lepas baru laa anies dapat tahu yang mall ni bakal dibuka pada 1 Nov. maka dengan ini bertambahlah lagi sebuah mall berprestij @ KL selepas Pavilion, The Exchange etc😁


sebaik keluar dari tren, dalam kepala dah set: cari pintu A (untuk ke entrance mall). tapi bila sampai kat Concourse, mata terus tertancap pada entrance ni👆wah! ini sangat bagus! dah sama macam Ombak KLCC. keluar stesen MRT terus boleh masuk mall! mantop pak abu!



suasana di dalam mall👆👇tingkat paling bawah adalah B5 dan tingkat paling atas adalah Level 4. so korang rasa 118 Mall ni ada berapa tingkat? acu teka?



kemudahan tandas terdiri daripada tandas lelaki, wanita dan OKU. manakala di sebelahnya ada tandas kanak-kanak, nursing room dan diapers changing room. di dalam tandas pula ada banyak cubicle dan bidet yang digunakan merupakan jenis toilet seat bidet. untuk surau, anies tak sempat nak jenguk. maybe next time laa kot...

suasana di dalam mall... yang bertanda ⭐ tu adalah entrance dan kaunter tiket untuk ke puncak 118... manakala foto bawah, kiri adalah entrance mall dari Jalan Hang Jebat. kiosk Madani pun ada kat sini (kanan, atas)...

antara kemudahan lain yang disediakan: digital directory, mesin ATM / CDM, money changer, lif dan foodcourt...


walaupun banyak lagi kedai yang belum buka, tapi anies berasakan yang 118 Mall ni hampir sama (konsepnya) macam The Exchange TRX. ada pelbagai butik mewah antarabangsa serta kedai-kedai dari jenama tempatan 'mengisi' ruang pusat membeli-belah terbaharu ini.


video - inside the 118 Mall


nak ke sini naik public transport, senang je. sama ada naik Monorel dan turun kat Stesen Tun Sambanthan atau naik MRT Laluan Kajang dan turun kat Stesen Merdeka - Maybank.

that's for today
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

20 Words of Lo♥e

  1. Wah dh smp mall baru...tgk org share 118 mall ni view mcm overseas

    ReplyDelete
  2. wahhh.. menarik ni. akak teringin nak ke sana or i mean tour KL dgn wheelchair with family. nak keluar makan masuk mall, balik hotel. nak enjoy. ok kan.

    ReplyDelete
  3. Persoalannya banyak - banyak Mall sangat ni nak buat apa? ha ha ha. TRX pertama dan terakhir kot pergi. Rasanya bukan level B40 seperti saya ke sini. 118 Mall ni dalam sebulan dua lagi la kot baru jejak kaki. Ombak KLCC hanya memandang dari luaran sahaja.

    ReplyDelete
  4. TRX Mall pun tak pernah jejak lagi ni...pernah transit kat MRT je. Yang ni lagilah ntah bila.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah siap dah Ombak. Bertahun-tahun lalu lalang sebelahnya ketika masih under construction. Nak sangat pergi nanti.

    ReplyDelete
  6. lengkap juga kemudahan tandas di Menara 118 ni, siap ada tandas kanak-kanak, bilik menyusu dan ruang tukar lampin! 😊 Bagus untuk keluarga yang bawa anak kecil. Menarik juga penggunaan toilet seat bidet. Nanti bolehlah Anies kongsikan kemudahan surau pula.

    ReplyDelete
  7. mall baru buka biasanya banyak free gift menarik pelanggan

    ReplyDelete
  8. Banyak betul mall2 baru sekarang ni.

    ReplyDelete
  9. Tahniah, dah pi rasmi mall baru :)

    ReplyDelete
  10. Anak no. 2 dgn asben dah pergi melawat 118 Mall ni Ahad lepas. Saya tak ikut sbb kurang sihat. Dieorg kata best tapi entahlah, skrg mmg tgh takde mood nak keluar rumah.

    ReplyDelete
  11. What a lovely mall! I enjoyed this tour with your beautiful photos! Thank you so much for sharing.

    ReplyDelete
  12. Bom dia minha querida amiga Anies. Tenho certeza que na Malásia, possui centros culturais maravilhosos. Infelizmente, nunca saí do Brasil. As vezes vou a um shopping. Uma excelente manhã de sexta-feira, para você e todos os seus familiares na Malásia e um grande abraço do seu amigo carioca.

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah jika ada masa sy akan melawat mall yg terbaharu ini...

    ReplyDelete
  14. Cantik sekali mall-nya. Adakah discount khusus saat pembukaan mall?

    ReplyDelete
  15. rajin betul kak anies jadi antara org terawal yg review mall baru around KL ni hehe

    ReplyDelete
  16. Belum sampai ke sini lagi. Tapi tuhlaah, saya nih bukan penyuka mall 🤣🤣. Jadi memang jaraaaaang sangat nak masuk mall kecuali nak jumpa kawan

    ReplyDelete
  17. Tapi agaknya masih banyak kosong ya kak. Nanti kalau dah ramai sajalah saya datang 😅

    ReplyDelete
  18. Tapi memang laluan transportasi dia baguus sangat. Mudah nak kesana

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆