Prishtinë, Kosovo: di sebalik dingin malam ada kisah meruntun hati
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
hujan makin lebat. jadi, mahu tak mahu langkah ni terpaksa dilajukan sebab satu badan dah kesejukan. winter + hujan = sejuk kuasa dua. ada juga niat nak tumpang berteduh tapi tu laa... cuma ada restoran dan bar di kiri dan kanan. terasa segan laa pula...
dari jauh kedengaran sayup-sayup orang menyanyi. tak tahu laa lagu apa yang didendangkan. mungkin lagu berbahasa Albania yang tengah popular masa tu. dan anies memang tak ambil 'port' pun fasal bunyi tu sebab dalam kepala cuma nak sampai homestay secepat yang boleh.
suara nyanyian tanpa muzik dan memang tak merdu tu kedengaran semakin dekat. tapi kelibat si penyanyi masih tak kelihatan. mungkin tu bunyi dari speaker yang terpasang dari dalam pub?
tak lama kemudian, tiba-tiba suara tu jadi senyap. dan kira-kira 7 - 8M didepan, tiba-tiba suara tu muncul semula!
haa... suara peminta sedekah rupanya... dalam keadaan hujan sangat lebat tu, dia duduk berseorangan kat tengah-tengah laluan pejalan kaki, tadah tangan dan menyanyi. tak ada payung, tak ada baju hujan. tak ada topi. total basah kuyup!😭😭😭
memang tak dapat nak bayangkan kesejukan yang dia rasai masa tu. sedangkan anies yang, pakai 3 lapis baju + glove ni pun masih rasa sejuk. apatah lagi dia yang cuma berbaju kemeja lengan pendek, duduk tanpa sebarang pelindungan sambil menyanyi😭😭😭
pada mulanya anies lalu je depan dia. tapi beberapa langkah sebaik melepasinya, hati meronta minta untuk toleh ke belakang. dannn... terus nampak dia tengah mengesot sambil kedua tangan menompang badan untuk maju ke depan😭😭😭
ya Allah! rupanya dia tak ada kedua-dua kaki, guys😭😭😭 terus tak jadi nak melangkah. dalam keadaan sejuk tu, tangan seluk beg dan beberapa keping not 1 USD pun berpindah tangan. tanpa berlengah, laju je beredar dari situ sebab tak sanggup nak tengok dia. sedih sangat😭😭😭
ni bukan kisah nak tunjuk baik atau nak pancing pembaca. tak! anies share kisah ni sebab nak beri peringatan pada diri sendiri sebenarnya kalau kita rasa susah dan diuji, ingatlah! kat luar sana ada yang jauhhh lagi susah dan terseksa daripada kita. sentiasalah bersyukur, jangan jadi umat yang kufur.
ternampak tugu ni sebaik sahaja melepasi lelaki tu😭
semoga dia sentiasa dalam jagaan Allah hendaknya. aminnn


Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
19 Words of Lo♥e
Allah kesiannya dia kesejukan begitu. Semoga ada yg membantu skrg ni..
ReplyDeleteThank you!
ReplyDeleteAllahuakbar. Kalau saya kat situ agaknya terus banjir air mata 😭 Sejuk winter + hujan lagi. Tu pun dia tetap berusaha cari rezeki halal dgn satu2nya kelebihan yg dia ada - suara dia. Sebaknya baca perkongsian Anies ni.
ReplyDeletesedih kisahnya sumbangan anies merahmati hidupnya n anies juga insyaAllah
ReplyDeleteI absolutely love your rainy night picture!!!
ReplyDeleteJap-jap... suara tu dari peminta sedekah betul atau dari tugu tu?
ReplyDeleteBello lugar. Te mando un beso.
ReplyDeleteThank you! Deus caritas est!
ReplyDeletebahagian masing2 kan. semoga allah bagi la kekuatan utk dia.
ReplyDeleteBom dia minha querida amiga Anies. Infelizmente, o tradutor do Google, não funciona. Já ouvi falar sobre o Kosovo. A Casa Pacheco Leão é maravilhosa. Uma excelente manhã de segunda-feira, para você e todos os seus familiares na Malásia e um grande abraço do seu amigo carioca.
ReplyDeleteOh very photo
ReplyDeletesaya rasa lebih seksa jadi peminta sedekah kat negara 4 musim daripada negara musim panas cam kita ni. sana kalau sejuk, kat mana lagi dia nak duduk kan...
ReplyDeleteBegitulah kehidupan.manusia yang hakiki...semoga memberi manfaat kepada penerima dan pahala kepada pemberi...aminnn
ReplyDeleteMemang tak tega kalau jumpa pengemis seperti itu 😭😭. Macam mana dia bisa kuat dengan dinginnya yaa?
ReplyDeleteLangsung overthinking pula, di mana dia tinggal, baju ada yang kering tak etc... apalagi hanya ada tangan untuk melangkah 😭
ReplyDeleteTuh lah kak, kita memang hrs sering lihat ke bawah. Supaya tahu ada banyak lagi orang2 yang butuh bantuan dan jauh lebih menderita . Biar banyak2 bersyukur dengan apa yang dipunya .
ReplyDeleteDengan cuaca yang sangat sejuk, kesian sangat kan. Moga dipermudahkan segala urusan nya dan dimurahkan rezeki buat Anies
ReplyDeleteSim temos que ser sempre gratos, pois tem pessoas que sofrem bastante, feliz dia bjs.
ReplyDeleteOlá, ótimas e importantes informações, abraços!
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆