Tiranë, Albania: jalan-jalan santai

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

lepas makan dan berkemas, kami pun keluar dan terus ke bus stop yang terletak tak jauh dari hotel. 


bas awam kat sini lebih kurang sama je design nya dengan bas yang kami naik @ Thessaloniki...

bayar tambang kat mesin sebelah driver. boleh guna tunai atau kad (debit/kredit). psstt... tengoklah tu... budak berdua tu... kemain lagi! naik bas je pun. siap berspek bagai😂


dari dalam bas, dapatlah kami menikmati keindahan alam di kawasan luar bandar. yang best fasal winter ni, ketika siang langit membiru dan sangattttt cantik! Subhanallah!


ralit betul bila tengok pemandangan macam ni...


perjalanan lebih kurang 25 minit ni terasa sangat cepat. tahu tahu je kami dah sampai di:

Terminali Lindor | Autobusave

ia bermaksud, East Bus Terminal. masa sampai dari Greece, kami turun kat sini dan kami datang lagi ni sebab nak confirm kan tiket dan bas. kami tak nak daa kejadian kena scam tiket berulang (baca kat SINI & SINI).


kat Tiranë ni ada 2 stesen bas. dan ni salah satunya. kalau korang ke sini dengan bas or nak booking hotel berdekatan stesen bas, make sure check betul-betul lokasinya. stesen bas yang kami pergi ni, jaraknya agak jauh dari pusat bandar...


setiba di stesen, kami terus cari kaunter bas. lega bila tengok nama kaunter bas 'terpacak' kat situ. kami juga ambil kesempatan untuk tanya berkenaan ketibaan bas dan lain-lain. yang bagusnya staf tu fasih berbahasa Inggeris dan urusan kami jadi lebih lancar.

usai semua perkara, kami kembali naik bas untuk ke bandar. tapi di pertengahan jalan, kami turun sebab nak singgah masjid👇


nanti anies share fasal masjid👆 dalam entry akan datang....


dari masjid, kami jalan-jalan santai sambil menikmati ragam warga kota. disebabkan winter, seawal jam 4.30PM suasana dah beransur gelap


kat Tiranë ni ada banyakkk tugu / patung didirikan. ia dibina sebagai penghargaan kepada tokoh-tokoh tempatan yang telah menyumbang  (dalam pelbagai bidang) kepada Albania secara amnya. tapi tugu penyanyi Dua Lipa kami tak jumpa😁 mungkin ada tapi bukan kat area yang kami lalu...

jalan-jalan santai kami berakhir di Dataran Skanderberg, yakni lokasi di mana kami sambut tahun baharu 2026 pada malam sebelumnya (boleh baca kat SINI).

short video @ Dataran Skanderberg...


well, tu je laa perkongsian jalan-jalan @ Tiranë untuk minggu ni. 

p/s mem besar ko cuti! 

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆