As-Suwais, Mesir: Ahmed Hamdi Tunnel (Terusan Suez) dan military check point

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI,

kira-kira dalam pukul 11.30 malam anies terjaga. masa tu keadaan sekeliling senyap sunyi. semua orang tengah nyenyak tidur. dalam hati mengagak, mungkin plan nak bergerak keluar pukul 12.00 pagi dah cancelled. so, anies pun sambung tidur.

bila terjaga semula dalam pukul 5.00 pagi, anies terus tanya kak ngah. nampaknya tekaan anies memang betul! ustaz (our tour guide) dah tukar plan ke pukul 7.00 pagi. tanpa berlengah, kami pun mula bersiap.

jam 6.40 pagi, semua luggage dah dibawa turun. kali ni kami bawa barang-barang penting je. selebihnya, kami tinggalkan kat rumah kawan sekuliah Will.

tepat jam 7.00 pagi, tramco pun sampai. dalam kedinginan pagi, kami meninggalkan bumi Kaherah dan menuju ke destinasi yang sangat menarik. kenapa menarik? sebab pada 2014, kami tak pergi ke sini jadi keterujaannya tu... boleh sampai ke langit ke tujuh!😂

suria pagi menyapa kami... kenderaan agak lengang sebab kami baru masuk highway...


perjalanan dari Kaherah ke As-Suwais a.k.a Suez mengambil masa kira-kira sejam setengah. sepanjang perjalanan, anies ralit perhatikan suasana atas jalan raya dan kawasan berpasir.


ni bukan blur sebab kamera ya? tapi kawasan di luar sedang berdebu


bila ternampak signage Ahmed Hamdi Tunnel, hati dah melonjak gembira. masa kan tidak? sejak zaman sekolah lagi, kita dah tahu / dikenalkan dengan Terusan Suez / Suez Canal. dannn pada hari ini anies bakal melintasinya!!!

soooo excited! ya... walaupun sekadar menyusuri terowong sahaja, hati ni tak mampu berbohong.

The Ahmed Hamdi Tunnel is a 1640m long car tunnel UNDER the Suez Canal, located in Shallufa. The tunnel is named after Ahmed Hamdi, an Egyptian engineer and general killed in action during the October War.

It has 2 lanes of traffic, one in each direction, and connect the Asian Sinai Peninsula to the town of Suez on the African mainland. (Wikipedia)


lokasi Ahmed Hamdi Tunnel. 


walaupun tak nampak Terusan Suez yang sebenar, tapi dapat lalu di bawahnya pun dah cak kun cak!😂


sebelum masuk terowong, kena lalui military check point dulu. mulanya anies sangkakan plaza tol. rupanya...

dah lepas check point pertama... belum habis lagi ya...


FOTO-FOTO SETERUSNYA ADA  GARISAN HITAM. NI BUKAN WATERMARK. TAPI TINTED CERMIN PINTU BELAKANG TRAMCO. SINCE ANIES DUDUK DI KERUSI BELAKANG, JADI, HAL MEMANG TAK DAPAT NAK ELAK. MAAF YA!🙏🙏🙏


dah masuk terowong.

video - dalam terowong


tak ada apa-apa yang menarik sepanjang kami menyusuri terowong ni. cumanya kalau bertuah, sebaik melepasi terowong ni, korang akan nampak kapal-kapal sedang melalui Terusan Suez. sayangnya masa kami lalu tu, tak ada sebarang kapal kat Terusan Suez.


FOTO-FOTO SELEPAS KELUAR DARI TEROWONG


mural yang terdiri daripada lukisan bangunan dan binaan popular di Kaherah.

selain terowong ni, ada tak cara lain untuk merentasi Terusan Suez ni, anies? yes, ada. korang boleh lalu jambatan The Suez Canal Bridge yang terletak di di El-Qantara, Mesir. reka bentuk jambatan ni hampir sama dengan Jambatan Pulau Pinang.

keadaan masa ni agak lengang sebab masih awal pagi.

snap foto ni dengan harapan ada kapal-kapal sedang melalui Terusan Suez. tapi nan hadooo

boleh berhenti ke kat tepi jalan lepas keluar dari terowong ni? tak boleh! sebab ada askar yang menjaga selain ratusan CCTV dipasang di sekitar kawasan ni.

semakin jauh...



sebaik melepasi terowong, maka bersiap sedialah untuk menghadap beberapa check point lagi, ya. sama macam sebelum masuk terowong - military check point. kali ni lebih ketat daripada sebelum ni sebab kena serahkan passport atau apa-apa dokumen yang ada.

2 foto di bawah adalah 2 daripada military check point yang kami tempuhi sewaktu pulang ke Kaherah.


seram juga laa masa snap gambar ni sebab CCTV is everywhere!

bila sampai sini kami kena turun dan keluarkan semua barang yang dibawa. passport diserahkan kepada pegawai bertugas untuk pemeriksaan. kat sini paling lama kena check. lagi ramai penumpang lagi lama kau kena check. luggage pun kena buka dan check.


apa maksud military check point ni, anies? maksudnya (untuk bagi senang faham)... sekarang kami dah berada di suatu kawasan yang sangatttttt dekat dengan sempadan Palestin! (Israel). boleh faham?

pegawai bertugas akan minta passport. kalau disuruh declared apa-apa yang patut, buat je. jangan tunjuk sangat muka cuak tu. nanti lagi lama korang kena tahan. buat relaks je. nak sengih-sengih ke nak main-main mata ke nak kenyit-kenyit ke... buat je. tunjukkan kita happy. lagipun kita bukan buat salah, kan? buat apa nak takut bagai?

sebaik selesai check point, kami dah lega. tapi...!!! tak boleh juga nak puas hati sangat! sebab, kami akan jumpa lagi check point yang kecil. tak tahulah berapa banyak. kak ngah kata, mungkin lebih 5 check point! pengsannn... 

apa nak buat? terima jelah. yang penting kami selamat sampai. 

okey tu jelah perkongsian untuk hari ni. kalau korang ada apa-apa nak tanya fasal military check point ni, drop je soalan kat bawah ya. anies akan cuba jawab sebaiknya.

lepas ni ke mana destinasi kami? uiiii kali ni tempat yang kami tuju adalah tempat yang kami tak plan langsung! paling best ia ada kaitan dengan 'konflik' antarabangsa.

so, stay tuned! nanti anies cerita lagi minggu depan. insya Allah. BTW, anies tak habis lagi BW. kerja tengah banyak...💆

thanks for reading.
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

42 Words of Lo♥e

  1. wahh jalan2 masuk israel tuuh., seramm kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak wak. cuma dkt2 sempadan je tp x de laa smpi ke Rafah

      Delete
  2. nk hadap 5 check point azab oii... mungkin awal pg kapal pun tak lalu lg kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn 5 tp 8😂😂

      kapal sentiasa ada. cuma nk tgk yg sebijik lalu tu mmg x jumpa melainkan pegi ke tepi laut

      Delete
    2. jenuh la nk tunggu kapal lalu tepi pantai.. hahaha

      Delete
    3. tp nak g tepi laut pun prob jg sbb byk askar... 'kawasan sensitif' kat mesir mcm tu laa...

      Delete
  3. tp perasan juga ada sekeping gambar tu nampak kontena

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya nmpk kontena je kapal yilek

      Delete
    2. ohh maknanya mcm port la jugak

      Delete
    3. bkn. kedudukan terusan tu mcm ke bwh/tenggelam sikit. so dr jauh nmpk susunan kontena je. kalau port area 'pangkal' terusan dkt dgn laut mediterranean

      Delete
  4. Wow..terusan Suez..itu pelajaran saya jaman sekolah 😀..serem ngebyangin berada di daerah militer ga sih...bagaimana rasanya dekat banget dengan dua negara berkonflik yg biasanya selalu kita lihat di tv atau berita

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya zaman sekolah kita sama. subject Geografi lah kami tahu tentang terusan suez

      tak tahu nak kata. tapi tu laa... banyak check point menandakan betapa sukar untuk hampiri negara2 bergolak

      Delete
  5. ecah kalo lalu tempat checkpoint mcm ni gigih la nak bertenang buat muka x gelabah. haha. tapi memang berdebar sokmo. takut pun ye kena tahan ke, kena tanya macam2 ke. haha. btw dalam terowong tu biasa berapa minit? ke sekejap je feeling2 mcm terowong smart?hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ua ecah. even kt kaunter imigresen tu pun. boleh gigil. pd hal bkn buat slh apa pun😁

      Delete
  6. Hebatnya, terowong bawah laut. Kalau saya pun, teruja juga, nak lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bla sy tgk gmbr rupanya terowong ni dlm tanah bwh terusan suez. kiranya terusan suez ni mcm longkang besar dan terowong dikorek utk buat laluan

      Delete
  7. Susah jugak ye nak masuk Palestin (betul ke tekaan saya ni?). Baru tau bawah terusan Suez ada terowong utk kenderaan darat lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum ada rezeki lg ke Palestine. insya allah ada rezeki thn dpn...😀

      ya ada terowong dan jg jambatan utk lepasi terusan suez ni

      Delete
  8. walaupun takde buat salah, tapi tetap akan rasa saspen bila lalu checkpoint macam ni. melibatkan polis ke askar ke I olls seram

    ReplyDelete
  9. Lengang je lalu bawah terusan As-Suwais.
    Ketat sebab takut kita seludup senjata?

    ReplyDelete
  10. saya taunya terusan suez waktu sekolah pelajaran sejarah,

    ReplyDelete
  11. Boa tarde de domingo e bom início de semana minha querida amiga.

    Luiz Gomes

    ReplyDelete
  12. Salah satu negara yg pengeeen sangat saya datangin. Termasuk palestin juga. Rasanya kalo bisa visit negara yg tak biasa, dengan banyak konfliknya, apalagi checkpoint ketat, tak bisa dibilang dengan Kata2, tapi rasa hati tuh puaaaas sangat ❤️.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di sini nak masuk palestin boleh dengan cara umrah ziarah. kalau sekadar nak melancong sahaja banyak prosedur harus diikuti

      nasib negara bergolak. terpaksalah kita ikut peraturan mereka...

      Delete
  13. it is something automatic, Nies. lalu je military checkpoint, seram! :) ha ha...
    akak yg kastam ni, tiap kali lalu kaunter kastam kat border as passenger pon kecut perut walaupun takde bwk brg salah.

    one thing nak kongsi, akak penakut terowong!
    tiap kali nak masuk terowong, akak akan tutup mata. terasa sesuatu yg amat menakutkan. anak-anak tahu la ketakutan akak yg satu ni. akak terasa mcm akak dikurung dlm bilik gelap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke? faham2... ni namanya claustrophobia ya...

      Delete
  14. Aduh!! Sha lemah betul kalau kena tempuh check point.. Cuak tu.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuak tu mmg x leh elak tp kita x buat salah kan? relaks je😀

      Delete
  15. First time dengar pasal terusan suez ni memang masa zaman sekolah dulu. Tapi boring jugakkan sebab dia kira lalu dalam terowong je, tak nampak pemandangan laut sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. terusan suez ni kawasan yg agak sensitif. kawalan pun ketat. sbb tu ia x dijadikan kawasan tumpuan pelancong (tgk laut)

      Delete
  16. ingatkan kabus rupanya berdebu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bla angin kuat siap laa berdebu. kawasan berpasir kan...

      Delete
  17. wah, ketatnya sampai harus check luggage pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya naia sebab kawasan ni dah dekat sangat dgn Palestin

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆