✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sebelum tu, agak agak... kontroversi tak title macam tu?😂 well... you decide!
p/s ENR = Egyptian National Railways
awas, entry panjang!
ISKANDARIAH
sebenarnya berat hati jugalah nak tinggalkan tempat ni. tapi apakan daya. nama pun pelancong. suka atau tak, lambat laun kena 'pergi' juga.
Will (cousin anies) beritahu, 'ammu (driver tramco) akan datang pada jam 8.15 pagi. ni bermakna, lepas solat Subuh kami mesti get ready.
dalam sekitar 7.45 pagi, luggage mula dibawa turun satu persatu. syukur homestay ni ada lif. kalau tak patah kaki tangan kami nak angkat luggage yang beratnya mengalahkah bongkah Piramid tu😂😂
dari homestay, luggage dibawa ke tepi jalan sebab tramco tak boleh masuk celah-celah lorong perumahan. ni pun satu masalah juga sebab jarak agak jauh. so kami bergilir-gilir angkat luggage sampai selesai.
sebelum 'ammu sampai, kunci dan duit sewa homestay kami dah tinggalkan atas peti ais. bukan kami sengaja buat macam tu. tapi owner homestay yang suruh. BTW thank you owner sebab sudi terima kami (owner ialah student al-Azhar dan berasal dari Indonesia).
bila semua luggage dah masuk dalam tramco, kami pun bertolak ke stesen Sidi Gaber. Alhamdulillah perjalanan kami lancar pagi tu walaupun kenderaan agak banyak.
setiba di stesen Sidi Gaber, kami terpaksa guna khidmat porter. ni kerana jarak dari parking lot ke platform agak jauh dan terpaksa turun naik tangga. charge yang dikenakan adalah EGD300 per troli. kami minta bantuan seorang lagi porter sebagai pembantu (tanpa troli). so tambah lagi EGD150 (total EGD450).
tiket kereta api ke Kaherah. sebelum ni (masa kami datang pada 2014) harganya EGD25 sahaja.
tiba di platform jam menunjukkan 9.35 pagi. it means kami ada masa kira-kira 2 jam++ lagi sebelum train sampai. jadi kami ambil peluang tu untuk rehat dan bersarapan. tadi tak sempat nak makan kat homestay sebab sibuk mengemas. semua makanan kami masukkan dalam plastik. so, lepas makan boleh terus buang. tak payah nak cuci bagai. kalau ada yang kena beli, cuma minuman jelah.
ni laa kereta api yang akan bawa kami ke Kaherah. BTW, i ❤ this photo. tapi terpaksa crop sikit sebab ada 'makhluk asing'😂
tepat 11.35 pagi kereta api pun sampai. kalau korang nak tahu lebih lanjut fasal kereta api ke Kaherah ni, klik je SS di bawah.
tempat duduk kami di gerabak paling belakang. that's okay sebab ada ruang besar untuk simpan luggage. FYI, tempat simpan luggage tu penuh dengan luggage kami semata😂
suasana dalam air-conditioned 3rd class coach. kerusi ni boleh dipusingkan 90°.
lepas dapat seat, kami dah tak buat apa da... 💤💤 jelah. perjalanan ni akan ambil masa lebih kurang 3 jam 45 minit. ia akan berhenti di stesen-stesen tertentu dan berakhir di Stesen Ramses, Kaherah.
tetap pakai mask sebab tak confident lagi bila berada dalam ruangan sempit macam ni.
ma'as salamah wa ilal liqo' Iskandariah!😭😭
KAHERAH
kami tiba di Stesen Ramses, Kaherah tepat jam 3.15 petang. lepas kumpulkan luggage, kak ngah dengan Will keluar seketika untuk cari tramco. bila depa dah dapat tramco, barulah kami beredar dari stesen.
disebabkan gerabak kami yang paling belakang, maka terpaksalah kami menapak jauh untuk ke station concourse.
nampak macam lengang, kan? haa jangan terpedaya sebab kat luar stesen, hiruk-pikuknya tak boleh bawa bincang!
short video - suasana dalam stesen Ramses
depan stesen Ramses. kalau korang nak naik kereta api ke mana-mana destinasi dalam Mesir, di sinilah permulaannya. oh ya, sebelah stesen ni ada Egypt's Railway Museum yang dibina pada 1932. terdapat lebih 700 items termasuklah model kereta api, foto, lukisan bersejarah dan lain-lain.
suasana depan Stesen Ramses pada hari tu sangat-sangat sibuk dengan orang ramai dan kenderaan (hakikatnya setiap hari macam ni). anies nyaris kena langgar sebab driver bas tak sempat break. fuhhhh...
dengan luggage di kiri kanan tangan, kami meredah kesibukan tu dan melangkah laju untuk dapatkan tramco. mengah dibuatnya sebab jauh!
bila sampai, driver terus capai luggage kami dan susun. dia kena buat segera sebab tempat dia parking tu, kawasan larangan. jadi dia tak boleh berhenti lama. selesai semua perkara, tramco pun meninggalkan kawasan stesen. fuhhh legaaaa...
dari stesen ke homestay mengambil masa hampir sejam. sepanjang perjalanan, Will tak henti-henti WA dan call ustaz yang nak sewakan homestay pada kami tu. tapi sikit pun dia tak balas! anies ulang: TAK BALAS!!!
ustaz tu sebenarnya student Malaysia. dia yang berurusan dengan Will. dari Iskandariah lagi Will dah inform dia yang kami akan sampai Kaherah pada waktu sekian sekian. tapi dia cuma balas "okey" je. sebelum naik train pun Will dah inform dia. lepas tu... dia langsung tak respon.
bila kami sampai di Saabi' (area homestay), Will cuba lagi WA dan call sampai bateri kong dibuatnya!!! tak cukup dengan tu, kak ngah pula try WA dan call. jawapannya tetap sama. tak ada respon!!!😡😡😡
akhirnya tersidailah kami kat tepi jalan sampai azan Maghrib berkumandang! korang boleh bayangkan berapa lama kami kena sidai macam orang bodoh kat situ tanpa makan minum?!!
fikir punya fikir, akhirnya Will buat keputusan. dia terpaksa tebalkan muka minta pertolongan daripada kawan-kawan sekuliah untuk tumpang tidur seketika kat rumah sewa mereka.
benarlah... doa orang musafir ni Allah makbulkan dengan segera. kawan-kawan Will sudi tolong kami.
mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa kami tak tumpang kat rumah sewa Will? ni kerana, Will tinggal bersama 7 penghuni lain. so agak susah untuk diorang pindah sementara kawan sekuliah Will tu, rumah sewa mereka cuma ada 3 penghuni sahaja.
kami beri masa sejam untuk kawan-kawan Will mengemas dan pindah. suasana sekeliling dah makin gelap. perut dah lapar. sebelum beredar, kami decide untuk berpecah seketika. ni kerana tiada pengangkutan khusus untuk ke area tersebut.
dalam bas. bas ni saiznya kecil je. lagi kecil dari saiz bas mini KL dulu.
anies, Will dan Chia naik bas. mama dan kak long naik kereta sewa manakala kak ngah, mak cik dan pak cik naik teksi. luggage yang berat dibawa naik teksi dan kereta sewa. luggage ringan kami bawa naik bas.
atas tuk tuk. seram ooo bila kiri kanan kenderaan laju.
short video - atas tuk tuk
tiba di suatu area anies, Will dan Chia sambung naik tuk tuk sebab bas tadi cuma berhenti tepi jalan je. nak masuk ke dalam memang tak larat kalau jalan kaki. jauh! tambah pula waktu dah malam dan banyak anjing liar.
ni laa tuk tuk kami naik. Will tengah bayar tambang.
setiba di 'rumah sementara', hati dah lega sikit. tapiiii... cerita kami belum tamat lagi! sebabnya kami kena naik tangga sampai ke tingkat 4! bayangkan, dengan luggage berat... dengan kepenatan sedia ada... fuhhh... syukurlah kami tak pengsan berjemaah.
Alhamdulillah kawan-kawan sekuliah Will sudi tolong angkat luggage. kami sangkakan diorang dah pindah. rupanya diorang tunggu sampai kami tiba.
bila semua luggage dah dibawa masuk, masing-masing terbaring kepenatan. tak tahu nak cakap apa dah masa tu. lepas tu, Will dengan kak ngah try order makanan online. kami tak larat nak masak even Maggi semangkuk.
tapiiiii... tunggu punya tunggu punya tunggu... makanan tak sampai-sampai. last last kami 'korek' peti sejuk 'rumah sementara'. kami bukan curi ya. tapi kami dah minta izin daripada kawan-kawan Will untuk pinjam telur, beras dan bawang. kami masak and makan apa yang ada.
sudahnya sampai kami masuk tidur, makanan still tak sampai-sampai. entah pukul berapa agaknya Will bangun sebab terdengar orang ketuk pintu. alahaiii... kalau macam ni dia punya service (kat Malaysia), confirm bungkus ikat tepi! (bankrup)
sebelum jam 12.00 pagi kami kena bangun untuk teruskan aktiviti. kenapa kami kena bangun awal? sebabnya kami akan pergi ke suatu (antara) tempat paling masyhur di Mesir selain Piramid.
nak tahu apa nama tempat tu? stay tuned, guys! anies akan sambung on the next sharing.
thats all. thanks for reading.
daaaa
klu cik nor mau menangis kena sidai mcm ni..huhu
ReplyDeletekami bleh je nk nangis tp siapa nak pujuk😁
DeleteSibuk kah ustaz nya..sampai tak jawab telpon?..perut lapar,mata mengantuk ,makanan yg di pesan tak kunjung datang...lengkap sudah 🤭🙏..foto ke dua, bus merah dan orangnya cantik sangat,pas lah merah"😀👍
ReplyDeletetak tahu. tiada khabar berita. sampai kami pulang ke malaysia tiada satu pun mesej or call or permohonan maaf dari ustaz. kesal sungguh. dia tak tahu, dia tu sedang belajar. adakah berkat belajarnya tu kalau buat kami begini???
DeleteW'salam.. Seronok baca pergi melancong ke negara luar tapi masalah sampingan seperti kena sidai dan turun naik transport tu agak mencabar..
ReplyDeletetu laa setiap cerita jalan2 mesti ada dramanya... syukur laa kami x kena sidai smpi pg...
Deletebaca tajuk je sy terdetik biasanya orang malaysia je buat kerja sidai menyidai ni,baca smp bawah eh betul la ustaz org malaysia...dugaan musafir tmpt org kan anies...
ReplyDeleteya... kalau x sudi or busy sekali pun beritahu laa. kami x mrh pun. kami boleh cari hotel or alternatif lain. bla senyap mcm ni sapa x mrh
DeleteYg rumah sewa tu dah bayar ke? Teruknya tak reply mesej, kesian orang tunggu berjam-jam.
ReplyDeleteNext entry pergi petra keeeee? Wishlist saya tuuu
syukur kami x byr lg. depo pun x letak.
Deletetu laa... dia sendiri rosakkan reputasi dia sbg tour guide.
nope Petra. ke 'jiran' Palestin. wishlist sy jg tu
wah sudah pergi keluar negri lagi
ReplyDeleteini cerita tahun lepas mas😁
DeleteGreat Post!
ReplyDeleteBjxxx
Ontem é só Memória | Facebook | Instagram | Youtube
thanks dear
DeleteEspero que te hayas divertido. Te mando un beso.
ReplyDeletesi lo soy. gracias✌️
DeleteYa Allah kaaaak, tebayang laah kesalnya karena ulah si ustad itu .. jadi sampai kapanpun tak balas2 juga tuh orang? Kalo memang tak niat utk terima orang, tak usah janji macam2 kan 😅
ReplyDeleteCapek sangat apati bawa koper ke lantai 4. Iyalaah, dan bersyukur kalian tak pingsan selama angkut koper 😅
Ditunggu cerita selanjutnya kak..
ya sampai kami balik malaysia pun TIADA SATU satu mesej or call untuk minta maaf dari dia. betul. kalau takampu or busy, beritahu kami. bukan buat kami macam ni.
Deletetu laa syukur kami tak pengsan sama2😁
Boa tarde, bom sábado e um ótimo final de semana.
ReplyDeleteCom certeza um passeio maravilhoso, minha querida amiga. Infelizmente nunca saí do Brasil.
Luiz Gomes.
Cada país tem sua própria singularidade. seu país também. sem exceção
Deletesaya baca sampai habis dan kisahnya sangat menarik..
ReplyDeleteterima kasih✌️
DeleteAllahu.. penat sy baca anies... apatah lagi anies yg menaip dan mengalaminya.. apa cerita ustz tu?? sampai hati dia buat mcm tu
ReplyDeletexde khabar berita smpi kami blk mas lgsg xde mesej call dr dia nk minta maaf ke apa. biar laa dia buat org. dia tahu laa nnt akibatnya sbb dia tgh study kan...
DeleteSaya jadi penasaran makhluk asing di keretanya Cik :)
ReplyDeleteBtw selamat berpuasa Ramadhan ya, semoga senantiasa sehat dan kita semua menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
Dah lama tak bertegur sapa nih
haa gambar penumpang kereta api. dia 'termasuk' dalam foto so sy crop sikit😁
Deleteselamat berpuasa utk mas sekeluarga di sana
Wah..kalau aku kena sidai gini nangis dah. Tapi...tetap nak ikut kalau next time ko ke Egypt lagi. haha. Nak tengok piramid. huhu
ReplyDeleteinsya allah boleh2
Deleteget ready $$ thn dpn jalannnnnn!!!
Sampai sudah tak tahu apa cerita ye ustaz tu.. Dugaan betul..Mujurlah ada rakan-rakan Will yang baik hati..
ReplyDeleteya sha. smpi kami blk mas pun xde 1 mesej pun dia hntr. 😡
DeleteSampai hati ustaz tu buat begitu. Fuhh, tak dapat bayangkan kepenatan tu… angkut luggage berat, makanan lambat sampai…
ReplyDeletetu laa... kalau x mampu ckp je. kami boleh cari yg lain. giler penat. mlm tu tido mati semuanya sbb penat😁
Deleteapa punya ustaz lah bt perangai mcm tu.. dugaan bila travel. nasib ada yg masih sudi tolong
ReplyDeletetu laa... kalau x sudi or busy ckp je. kitorg x mrh. bla senyap mcm ni mmg kena maki laa jwb nya
Deletemakanan apa yg lama sgt nk dimasak tu? curios jugak nk tahu. kalau kt mesia sah2 dh kena viral
ReplyDeletenasi mandy... entah apa laa yg dia mandi lama sgt. mandi bunga kot😭😂
DeleteAduh tidak baik menganiaya orang. Kalau tidak boleh cakap awal-awal.
ReplyDeletedia tgh bljr so dia tahu laa akibatnya...
Deleteustaz oh ustaz, kalau baca tulisan saya ni, silalah call and say sorry ek. Anies and the gang tak marah. just, terkilan :( ustaz jgn buat lagi kat org lain ye.
ReplyDeletesekian :)
kami akan buat kenduri kalau dia call/mesej minta maaf😁
Deletecantiknya gambar anies dgn kereta api merah tu
ReplyDeletepecaya x ms tgh snap tu kereta api tgh bergerak?😁
Deleteuh seram dengan banyak anjing liar, syukur Allah jaga akak dan kawan-kawan
ReplyDeletekat sana nampak liar tp bagus tak kejar orang😀bujan dgn kawan kawan tapi family
Delete