✿ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
harap korang tak jemulah ya. cerita ceriti ceritu kat Mesir ni, tak tahulah bila akan menemui noktahnya. so, bertabahlah...😁
BTW, kenapa dipanggil kereta api 'ayam'? haa... nak tahu kisahnya? klik je SS di bawah ya!
lepas makan ais krim, kami beredar ke stesen kereta api 'Asofirah. jauhnya lebih kurang 500m. tapi kepenatan berjalan tak terasa sebab kami ralit perhatikan gelagat jemaah lelaki yang baru balik dari solat Jumaat dan juga kemeriahan pemilik bisnes yang mula membuka kedai masing-masing.
signboard stesen 'Asofirah. simple je... ya betul. belakang stesen ni adalah rumah-rumah penduduk.
setiba di stesen benda pertama kena buat of coz laa beli tiket. sebenarnya boleh je beli tiket dalam gerabak. tapi harga tambang jadi mahal sikit berbanding beli di kaunter.
tiket kereta api 'ayam' ke Sidi Gaber. cer teka... berapa harga tambangnya?
suasana di stesen 'Asofirah. simple je kan stesen ni? bila kami sampai, masing-masing perhatikan kami. pelik agaknya sebab kami masih pakai mask sedangkan diorang dah lama tak pakai mask lagi.
ya betul... orang ramai memang boleh melintas or pijak landasan kereta api 'ayam' ni sebab tak ada langsung pagar keselamatan or apa-apa yang berkait dengannya. nak kuak lentang atas rel pun tak ada siapa nak marah😂😂
ni laa kereta api 'ayam'😁 BTW i ❤ this photo! siapa geng dengan kite? sila🙋🙋
dalam gerabak... kerusi gerabak ni keras noks! sebab tu mak jemah rela berdiri sampai ke sudah😂
dari stesen 'Asofirah ke stesen Sidi Gaber (SG), masa yang diambil kira-kira 40 minit dan kereta api berhenti di beberapa stesen kecil sebelum tiba SG.
since anies berdiri tepi pintu, dapatlah snap gambar ni. sebenarnya memang sengaja berdiri sebelah pintu sebab dalam kereta api tak ada air cond😂
dah tiba @ stesen Sidi Gaber... untuk beli tiket, kena naik tingkat atas. BTW, rata-rata stesen public transport di Mesir ni, anies perhatikan mereka belum bersedia untuk gunakan mesin tiket seperti mana di tempat-tempat lain. don't know why.
dalam stesen Sidi Gaber berhampiran kaunter tiket.
short video - suasana dalam stesen Sidi Gaber
setiba di SG, kami terus ke tingkat atas untuk beli tiket. kenapa kami beli ticket? sebabnya esok kami akan bertolak ke Kaherah😭😭
selesai beli tiket, kami lepak-lepas sekejap dalam SG. anies sempat masuk kedai baju Waikiki tapi tak beli apa-apa pun.
dalam gerabak. OTW balik dari stesen Sidi Gaber.
dalam pukul 2.30pm kami naik kereta api 'ayam' sekali lagi dan turun di 'Asofirah. mama, mak cik, pak cik dan Will turun di stesen Mandarah sebab dekat dengan homestay kami.
sebaik turun dari gerabak, kami singgah kedai kek Papa Marvel. masa datang sini pada 2014, kami ada beli kek kat sini. memang sedap sangat! selain kek, kami beli juga coklat untuk oleh-oleh.
homestay kami pada 2014. ikut lorong belakang kedai runcit. (kiri foto)
lepas beli ayam golek (setengah jam kami tunggu ayam siap masak😡) kami tahan tuk tuk untuk balik ke homestay. kami tak singgah mana-mana lagi sebab perut dah lapar.
tiba homestay, nasi pun dah masak. so, masing-masing yang kebuluran tak tunggu lama untuk ngap ayam golek dan nasi panas.
foto (atas) kek yang kami beli di Papa Marvel dan sebelah bawah, ayam golek Mesir😁 tak sama macam ayam golek kat sini. patutlah menunggu kemain lama lagi... BTW kek ni dibeli sempena meraikan birthday Will yang ke 23 tahun. bertuah betul Will ni. masa kami datang 2014, kami celebrate birthday dia juga kak sini.
Alhamdulillah... aktiviti kami di hari terakhir di Iskandariah biasa-biasa je. sebelah malam kami mula kemas baju dan homestay. sebab seawal 8.15 pagi kami dah kena beredar.
ticket ke Kaherah jam 11.30 pagi. nak elak jammed, jadi better kami keluar awal.
so, nantikan cerita anies di Kaherah pula ya. ada 'drama' bakal berlaku kat sana.
thanks 4 reading.
daaa...
p/s BW tak habis lagi🙏🙏
comel sangat kek papa marvel...
ReplyDeleteanies....souvenir dah sampai,TQSM anies..tapi belum buka lagi saya outstation baru smp rumah
tu laa dah laa comel sedap pulak tu😀
DeleteAlhamdulillah🫰
wahh.. best dapat tengok suasana di tempat orang..
ReplyDeleteAlhamdulillah👍
DeleteDi sini pun ada istilah kereta api ayam..di daerah Jakarta sepertinya masih ada..tapi saya lupa nama tempatnya...tak ada jarak apalagi sekat..dan kiri kanan rel ada rumah penduduk bahkan mereka berjualan di sepanjang rel kereta...😀
ReplyDeleteooo ya ke? menarik tu...
Deletesaya ke Padang beberapa tahun lepas. begitu laa... mereka melintasi rel seperti tiada apa2😁
nampak terang n panas suasananya sedapnya kek besday wil
ReplyDeletecuaca mmg terik kak tp angin sejukkkk sbb winter
DeleteThanks for your sharing with us ...
ReplyDeleteyou're welcome🫰
DeleteAnies macam sudah faham selok-belok Iskandariah.
ReplyDeleteAyam goleknya letak bahan apalah itu?
Alhamdulillah faham dah sikit2 sbb kak ngah 😀dia byk tlg bla anies tanya itu ini...
Deletex tau laa NA tp serius ckp naik bosan kitorg tggu siap msk. yg pasti x de saffron😁
Boa tarde de sexta-feira e bom final de semana.
ReplyDeleteUma viagem maravilhosa, minha querida amiga.
Luiz Gomes.
Obrigado Luiz!
DeleteGenial viaje me gusta conocer nuevos lugares. Te mando un beso.
ReplyDeleteManténganse al tanto! lo compartire todos los viernes
DeleteOhhh train ini tak pakai aircon kak 😅? Saya pun lebih suka berdiri kalo tak pakai. Apalagi kalo sedang ramai, pasti panas kan.
ReplyDeleteWaikiki ini maksudnya Lc Waikiki toko pakaian yg dari turkiye? Saya juga suka belanja di sana, ya ampuuun bajunya murah2 sangat 🤣, apalagi winter coat
tak ada. tren rakyat. tiada air cond. 'free air'😂
Deleteya betul. LC waikiki. tp kat sini winter coat mahallllll
luv jgk gmbr photo keretapi tu. tapiii actually kbnykan gmbr anis amik suka semua. cantik. pandai amik gambar ^_^
ReplyDeleteterima kasih atas pujian. rugi kalau dah dtg jauh2 tp amik gmbr so so. nnt x de kenangan
DeleteKisah perjalanan begini sesuai sangat dibukukan...boleh jadi panduan dan kenangan generasi yang akan datang nanti
ReplyDeletenak bukukan x de masalah. nak cari pembeli tuuuu🤭
Deletemak jemah x sakit lutut berdiri xper lahh., hehe
ReplyDeletex sakit tp lenguh wak😂
DeletePergh!! Lenguh berdiri tu Anies tapi berangin, kira okaylah.. Mengancam nampak kek dia.. sedap pula tu ye.. tapi lama sangat ayam tu.. hehehe..
ReplyDeleteCantiklah gambar masa keretapi tiba tu Anies..
memang lenguh tapi sy pindah2 pintu walaupun org lain pandang je😁
Deletekan... snap spontan je tu✌️
alaaa mcm tak biasa berdiri dlm train kan.. hahaha. ayam golek letak tomato ke tu sampai 30 minit baru masak. haha
ReplyDeletekannn banding 2 jam berdiri😂😂
Deletedia tunggu tomato kecut kot baru consider ayam dah msk😂😂
kek comel.. kalau boleh bawa balik dh kirim kot
ReplyDeletenak tahu tak bekas kek comel tu adalah pasu! ya pasu kecik bleh tanam pokok
Delete