✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Pejam celik pejam celik... 23 Mac ni kita akan sambut Ramadan. korang dah ready ke?
rasa macam kejap je kan? terasa lagi 'kezutan' raya kelam kabut tahun lepas. tup tup sekarang tinggal dua hari je lagi nak masuk Ramadan. Alhamdulillah... mudah-mudahan Ramadan tahun kita dapat meraikannya sampai ke hari terakhir.
so untuk puasa tahun ni anies tekad nak sahut cabaran makan makanan sihat terutamanya masa bersahur supaya dapat kekal cergas selama 13-14 jam berpuasa.
sebelum ni dah pernah buat tapi kurang berjaya. mungkin makanan yang diambil tak sesuai dan akibatnya, baru pukul 10.00 pagi, perut dah berdangdut kelaparan. lepas tu bila buang air besar, 💩 macam tak normal je 'kejadiannya'. aisehhh...
selain tu, pengambilan makanan ni juga didorong oleh faktor masa. kadang terlajak tidur, tahu tahu je tinggal 5 minit je lagi sebelum azan Subuh. akhirnya sempat meneguk segelas air dan sebiji kurma je. ya, nampak macam okey tapi 'sengsara' tahan lapar tu... Tuhan je yang Maha Tahu.
jadi, untuk sahur tahun ni anies pilih untuk makan....
organic instant oat. cara penyediaannya sangat mudah. cuma campurkan oat dengan air panas. biarkan seketika dan lepas tu boleh makan. oat ni anies beli kat Watsons dan berharga: RM9.90 sepek. beratnya 500g dan anies percaya ia boleh bertahan untuk tempoh sebulan berpuasa (orang pompuan puasa mana cukup! 😂)
untuk tambahkan kesedapan 'menu' ni, anies pilih:
Original Horlicks. kenapa Horlicks? macam yang semua tahu, Horlicks ni kan minuman malt dan ia dapat memberi tenaga tambahan. Horlicks dibancuh dengan air panas sebelum ditambah oat. pada mulanya anies nak beli Horlicks 3 in 1 tapi disebabkan yang 3 in 1 ni ada gula dan krimer, jadi anies pilih yang kosong je. harga: RM11.59 sepeket. beli kat 99Speedmart.
tapiiii!!!! 2 'bahan' ni belum cukup lagi. anies tambah:
natural mixed nuts and dried fruits. kekacang dan buah kering ni anies akan masukkan dalam bancuhan oat. so secara tak langsung ia akan menambahkan kesedapan hidangan. tak laa rasa hambar je kan? harga sepeket ni RM14.90. kalau beli 2 paket, RM24. anies beli kat Watsons.
harap-harapnya cabaran makan sihat untuk sahur ni akan kekal 'istiqamah'nya sampai bila-bila. bukan bulan puasa je. bulan-bulan lain pun sama.
kita makan bulan untuk diet. tapi untuk kesihatan di masa depan. kalau tak jaga sekarang, bila lagi, kan?
so, apa makanan pilihan korang untuk bersahur nanti? share tau!
thanks for reading.
daaa
lain pula dengan saya anies...tak boleh lari dari nasi..sahur pun nak juga makan nasi dasar tekak orang kampung kot hahaha
ReplyDeletebukan. ni mmg perut melayu asli🤭
DeleteSemoga puasa kita semua di lancarkan..amiiin🤲...kalau ga makan nasi saat saur sepetinya ga kuat menahan..😁.jadi walau sedikit saya tetap makan nasi...oat memang menyehatkan...dan lebih enak yg ada rasa..campuran buah keringpun bisalah menambah rasa
ReplyDeleteTapi saya lebih pas makan nasi....maklum sajalah perut suka berbunyi kalau tengah hari🤣
saya faham sangat tu.
Deletesebelum ni pun saya makan nanti. cuma mahu cati kelainan sikit tahun ni. kalau tak berjaya, nampaknya memang kena makan nasi juga😁
Saya suka buat overnight oat. Campur susu dgn buah-buahan mcm pisang, anggur, epal, betik & mangga. Nak bagi manis sikit letak madu / maple syrup / gula perang. Tambah cinnamon utk bagi rasa lebih manis walaupun kurang gula :)
ReplyDeletenak try jugalah buat mcm ni. sesekali tukar selera kannn
DeleteWah! bagusnya semua menu sihat ni. Btw selamat berpuasa Anies.
ReplyDeletePilihan Mrs. A dulu kini dan maybe selamanya adalah nasi Anies.
Dah memang set kat minda ni kalau tak dapat nasi. #matilamak
sis mmg tekak melayu👍👍👍👍
Deletemasa time bujang mkn mcm ni juga. senang je. kadang minum susu dengan kurma je. hehe. senang simple
ReplyDeletedan x de sapa nak marah kalau x sempat nak bersahur😁
Deletemasa saya kurus dulu...kelaparan lebih terasa berbanding masa saya gemuk sekarang ini...mudahan bulan puasa ini lebih banyak ibadah berbanding makan hehehe
ReplyDeletedulu x de org bgn msk kan sahur 😁🤭
DeleteRamadhan is coming :) mubarek all the world...
ReplyDeletehappy ramadan dear🫰
DeleteVery good ideas.
ReplyDeleteyou may try for your daily breakfast
Deletemmm i love nuts:D
ReplyDeleteme too🙋
DeleteFanny dah stok menu makanan yang tinggal di panaskan kak 😄. Kayak rendang dikirim mama, kebetulan restoran Padang di sini ada jual lauk yg sudah divacum. Jadi tinggal dipanaskan juga.
ReplyDeleteTrus ada stok kue2 macam risol yang Frozen. Tinggal goreng. Memang serba cepat dimasak ajalah 🤣. Karena asisten Fanny yang biasanya bertugas masak, dan resign. Jadi tak ada lagi yg masak di rumah hahahaha. Terpaksa lah perbanyak stok makanan
risol frozen murah tak kat sana? lama tak makan risol sejak pindah tempat ni
DeleteTergantung sih. Ada yg murah, tapi tak premium bahannya. Ada juga yg mahal, tapi dijamin memang sedap 😄👍.
Deletekalau yang premium tapi tak sedap, siaplah penjual. kita viral kan dia 😂😂
DeleteSeams very good!
ReplyDeleteBjxxx
Ontem é só Memória | Facebook | Instagram | Youtube
thats right✌️
DeleteGracias por la recomendación Te mando un beso.
ReplyDelete🫰✌️
DeleteWah sahur sihat!
ReplyDeleteSaya minum air putih letak sebelah katil. Minum boleh sambil tutup mata.
dasat!!! minum smbl tutup mata😁
DeleteSha doakan semoga Anies terus istiqamah dengan cabaran ini walaupun lepas puasa nanti.. Sha sahur kena makan nasi.. kalau tak memang lembiklah.. hehehe.. cumanya kurangkan kuantiti je..
ReplyDeleteterima kasih sha
Deleteperut melayu wajib nasi...🤭
Selamat bpuasa
ReplyDeleteselamat berpuasa CCL✌️
Deletebuat lah resepi sekali.. nk tgk mcm mana kejadian tu.. haha
ReplyDeleteok nnt rajin sy share😁
Deletesedap pulak tgk kacang2.. nanti nk terjah watson
ReplyDeleteg cri sementara ada offer tu
DeleteSaya ingin sekali cuba makan sihat macam oat, tapi hati masih saja memilih nasi.. hehehe
ReplyDeletesaya fahammmm🤭
Delete