✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Niat asal nak singgah Kieda Crepe HQ kat Kepala Batas, Penang. hmm... last last kat sini juga yang kami singgah.
kat sini konsepnya order dan bayar di kaunter. jadi anies pilih untuk makan nasi goreng biasa (biasa, maksudnya?😂) dengan air limau suam je.
manakala abang pula order nasi kandar berlaukkan telur goreng. ni kerana ayam goreng dah habis. yang tinggal ayam yang bersaiz besar je.
masa kami sampai, restoran penuh dengan pelanggan. mujurlah dapat tempat duduk. selesai makan, abang order murtabak daging sebab dia masih rasa lapar lagi. anies yang dah senak perut kekenyangan tu, jamah sikit je murtabak. buat raso raso.
lokasi restoran ni senang je nak cari. landmark nya Pasaraya Billion. confirm jumpa restoran ni.
suasana dalam restoran. stafnya ramai. makanan siap masak boleh dapat sebaik selesai membayar. kalau masakan panas, yes kena tunggu. tapi tak lama. dalam 10 minit dah dapat. apa pun bergantung pada keadaan.
lepas buat order kat kaunter, pelanggan akan dapat plat besi ni. makanan atau minuman akan dihantar ke meja korang merujuk nombor yang tertera. lepas dapat order, staf akan ambil semula plat ni. untuk take away, plat besinya warna merah.
air limau suam. harga RM2.20 per cup
nasi goreng biasa. sedap. rasanya dia ada campur dengan serbuk Maggi kari. masa mengunya boleh terasa macam Maggi😂 nasi ada banyak sayur. harga: RM5.00 sepinggan
nasi kandar kuah campur lauk telur goreng. bila tengok bil... RM13.90! biar betik??? kalau ada ayam goreng entah berapa agaknya.
cawangan lain kalau korang nak singgah. anies snap dari plastik pembungkus je. so far restoran ni cuma ada kat Kedah & Penang je. orang KL, sila cari nasi kandar Pelita😂
okey, tu jelah cerita makan makan untuk hari ni. cerita fasal makan yang terakhir sebelum kita melangkah masuk bulan Ramadan.
thanks for reading.
daaa
Dah nak puasa, salam Ramadan
ReplyDeletesalam ramadan ✌️
DeleteSaya belum pernah mencoba makanan dari Malaysia,tapi terlihat enak nasi gorengnya
ReplyDeletejom datang sini. ikut mbak fannt. dia mahu ke malaysia selepas idul adha nanti. nanti saya bawa makan nasi goreng😀
DeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteterima kasih wak✌️
Deletemahai gak kan anies bagi alamat kat emel kak ya paridah.ishak@gmail.com
ReplyDeletetu laa smpi laa ni sy cari tang mn yg mahal tu
Deletepernah makan kat cawangan di sungai dua penang. ok la, boleh makan...
ReplyDeletebuat raso raso😀
DeleteGenial comida te mando un beso.
ReplyDeletepero tan caro!
DeletePergh!! Telur pun dah segitu harganya.. Tak terbayang kalau lauk lain..
ReplyDeletetu laa psl. kalau tolak air kosong rm1 still mahal
DeleteBaca pagi 1 Ramadhan, terliur je kita tengok hehehe. Salam Ramadhan anies. Selamat menunaikan ibadah puasa 😇
ReplyDeletehehe sabarrrr kejap je lg nk berbuka
Deletesalam ramadan utk sis sekeluarga
Tidak nampak telur gorengnya disamarkan dengan pelbagai kuah.
ReplyDeleteHehe harga boleh tahan mahal.
dah tenggelam dek kuah campur😂 tu laa psl ntah apa laa yg mahal sgt
DeleteAghhhhhh nasi kandar my favourite 😍😍😍😍😍. Iiih kangeeeen banget Ama nasi kandar lah kak 😄🤤. Eh ini ada di Penang kah? Fanny harus coba Juli nanti pas di Penang kalo gitu 😄. Udah Fanny catat pun Bbrp nasi kandar di Penang yg akan Fanny coba, termasuk pelita walopun dulu selalunya makan di sana 🤣.
ReplyDeletealaa asyik nasij kansar pelita je carilah yang rare. tapi hussain ni tak ada di pulau. fanny kena pergi seberang. tapi kat pulau banyak yang famous. hameediyah pun ok
Deletetak pernah makan hussain ni lg.. haha.
ReplyDeletepi aeon perai nnt bleh sggh sini.. not bad laa diorg punya menu
DeleteApa itu nasi dalca, kak? saya baru dengar
ReplyDeletedalca ni mirip kari. di dalamnya ada kacang dal, sayur kacang panjang dan carrot. makan dgn nasi putih
Delete