✿ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI .
hari ketiga kat Iskandariah, kami keluar jalan-jalan lewat sikit sebab hari Jumaat. kebanyakan premis-premis perniagaan di sini (di Mesir secara amnya) dibuka selepas solat Jumaat. jadi, suasana sekeliling pun tak berapa nak meriah.
pada mulanya kami tak plan pun nak makan ais krim. niat asal nak lepak-lepak tepi laut. know know je dah sampai sini. 𝅘𝅥𝅮entah siapa yang salah ku tak tahu🎵𝅘𝅥𝅯
meanwhile, kedai ais krim Azza ni antara kedai ais krim famous di Iskandariah. so kalau korang ke sini suatu hari nanti, jangan lupa beli, tau!
kedai ni terletak di A'sofirah. kami cuma naik tuk tuk je untuk sampai ke sini. nak jalan kaki boleh je. tapi kalau larat nak berjalan sejauh 1.5KM, silakan!😁
setiba di lokasi...
"hey! kedai ais krim tak tutuplah!"
so, tunggu apa lagi? kami terus serbu dan order ais krim masing-masing.
lepas dapat ais krim kami pun melintas jalan. di seberang jalan ada pondok rehat yang menghadap Laut Mediterranean. kalau nak makan ais krim tepi pantai, boleh!
tapi kena bayar EGD15 per pax! yeah, tak ubah dah macam kat Pantai Port Dickson yang pasang khemah tu kekdahnya. tapi kat sini lagi dahsyat! kau masuk je kawasan pantai, kau kena bayar!
tapi ada je kawasan pantai kat sini yang tak kena bayar. kami ada singgah masa datang sini tahun 2014.
klik SS untuk baca cerita picnic kami di tepi pantai.
back to the title. jadinya... kami makanlah ais krim sambil menjamu mata dengan kebiruan laut dan dihiburkan dengan bunyi kenderaan yang lalu lalang. lama juga kami lepak kat sini. sampai ais krim habis pun, kami masih lepak lagi sampailah kedengaran azan Zohor.
lepas orang balik solat Jumaat, kami pun beredar ke stesen kereta api.
haa... boleh baca tak menu yang ada kat sini? 😂
ni ais krim pilihan anies. mix 5 flavours: vanilla, strawberry, oren, lime & coklat. harga? cer teka?
tong ais krim... kalau nak makan dalam cup pun boleh...
kami sempat usik Will: "ooo... patutlah Will beria nak study kat Mesir. rupanya nak buka bisnes ais krim kat sini!" FYI nama kedua Will adalah Izzah. kalau ikut tulisan Arab, ejaannya sama. Azza & Izzah😂
close up ais krim Azza. macam mana rasanya, anies? korang pernah makan ais yang dikisar halus? haa macam tulah rasanya ais krim ni. tapi tekstur ais krim ni lebih halus dan tak ada telur dalam ingredient nya. so bila dah beli kena makan segera sebab cepat cair. oh ya lagi satu ais krim ni guna perisa asli tau! sebagai contoh, flavor strawberry diambil daripada perahan buah strawberry. so, korang akan dapat rasa ais krim yang asli.
lokasi kedai ais krim Azza. bangunan atas - rumah penduduk. photo ni di snap dari seberang jalan.
short video - pantai / laut Mediterranen
oh yeah... kenapa kami ke stesen kereta api? kami nak ke mana lepas ni? tungguuuu...
p/s pemenang GA telah anies umumkan. klik di SINI untuk mengetahui siapa pemenangnya.
thanks for reading.
daaaa
Pasti sedaplah es krim pilihan Anies..warna warni cantik...masuk pantai bayar ...sepertinya sama saja dimana"😁
ReplyDeleteada pantai masuk free. tapi jauh sikit. kena naik kereta api
DeleteMakan aiskrim masa cuaca panas mmg sedap. Pertama kali tengok aiskrim sampai 5 perisa 😅 lidah anies tak confuse ke dgn rasa berbeza2 tu?
ReplyDeletecuaca sejuk sbnr nya sbb ms ni winter. alhamdulillah x confuse sbb 'perisa' setiap ais krim tu agk kuat. mungkin sbb dia guna perisa asli.
DeleteMenariknya ais krim di sana... tertariklah! Teringin nak rasa pula.
ReplyDeletejom kak ikut sy g mesir thn dpn🤭
DeletePulun semua flavors tuuu, bestnya! 😆👍🏻
ReplyDeletedtg jauh2 kan jd pulun selg boleh pulun😂
DeleteRicos helados te mando un beso.
ReplyDeletesabe bien👍👍👍
DeleteHave a great day 💕💖✨
ReplyDeletethanks dear🫰
DeleteWah es krim favorit saya, apalagi rasa strawberry. Sepintas mirip gelato ya. Pas dikonsumsi saat panas terik. Merek tersebut masih belum ada di Indonesia? Thx ulasannya
ReplyDeleteya mirip gelato tp bukan gelato😁 ketika ini winter di mesir.
Deletemungkin akan datang...😀
kalau semasa cuaca panas memang layan untuk makan ais krim....nampak macam sedap dan rasa juga pasti sedap kan
ReplyDeletems ni tgh winter. kami bantai je ais krim mcm biasa🤭
Deletewow sedap tu makan aiskrim tepi pantai xdan cair dh hbs
ReplyDeletebelum seberang jln dah abis separuh kak😂
DeleteSaya bisa bayangin rasa es krimnya. Apalagi pakai perisa asli. Suka sangaaaat es krim tanpa kandungan telur macam ini, Krn memang lebih sehat juga dan rendah kalori 😄
ReplyDeletekalau mcam tu jom.ikut saya ke mesir thn depan. boleh mkn ais krim azza🤭
DeleteMurah sangat ke sampai 5 perisa Anies pilih.
ReplyDeleteya NA. dlm rm3++ je
DeleteBetol, macam ais kisar 😍
ReplyDeletetapi yang ni versi.lebih lembut😀
Deletesedapnyaaa makan waktu panas.. perghh 5 perisa. hahah dasyat
ReplyDeletems ni winter.. sesekali mix 5 flavour skali😁
Deletedlm video pantai memang cantik warna lautnya
ReplyDeletemmg lawaaa sbb tu.msk kn byr😂
Delete