Chào mừng bạn đến Đà Nẵng

10:00 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Syawal @ Da Nang!

sebenarnya trip ni tak plan pun... tapi, kalau dah nama rezeki... Syawal ke... Zul Qaedah ke... ku tetap terima dengan hati yang terbuka... cewah!

Alhamdulillah... sekali lagi dapat jejakkan kaki di negara bekas jajahan Perancis lepas kali pertama 'mendarat' di sini kira2 3 tahun lepas (2016) (boleh baca kat SINI). trip 2016 anies ke Ho Chih Minh (a.k.a shopping sakan) bersama rakan2 blogger: Nina Mads dan Farah.

p/s: nina, farah... bila nak repeat jumpa aunty Moon?😆😆😆😆😆😆😆😆

trip ke Da Nang ni bukan pergi dengan kawan2 or rakan blogger, sebaliknya pergi dengan mak cik dan pak cik berserta 'pegawai-pegawai pencen'. jangan tak tahu, anies yang paling muda dalam trip ni hahahaha...

tapi segan doh dengan diorang. masing2 dah berjalan satu dunia. yalah, lepas pencen takkan nak duduk rumah je kan? paling dahsyat, belum lagi habis trip ke Da Nang ni, diorang dah plan nak pergi tempat lain pula. yalah... duit dah tak jadi masalah untuk diorang. cuma kudrat tu jelah yang membataskan. tapi diorang bagus. tak banyak komplen, tak merungut. semua happy je walaupun cuaca kat sana panas giler!!!

terpanjanglah pula mukadimahnya...

kami bertolak pada 24 June lepas. pagi 24hb, sama seperti sebelum2 ni, anies pilih naik ERL / KL Transit ke KLIA 2 sementara mak cik dan pak cik order grab. flight pukul 10.30 am, jadi 7.15 am anies dah sampai KLIA 2. ingatkan anies yang sampai paling awal. rupanya anies yang paling lewat. hahaha...

sebaik tiba, anies terima khabar tak menggembirakan. flight kami delayed dari 10.30 am ke 12.30 pm!! waduhhh... kematu punggoq! so melangutlah kami kat KLIA 2 tu. nak tidur pun tak lena. nak jalan2 pun tak larat. lepas check in luggage, kami terus masuk ke departure hall.

hati makin resah bila tengok jam dah hampir pukul 12.00 pm, tapi flight masih belum kelihatan. tak kan nak delayed lagi kot? penat dah ni...

itu ini itu ini, akhirnya flight kami selamat berlepas dari KLIA 2 jam 12.35 pm.

kami selamat mendarat di Da Nang International Airport (DNIA) jam 2.00 pm waktu Da Nang (3.00 pm waktu Malaysia). proses kastam dan immigration berjalan lancar. selesai semua tu, kami terus cari tourist guide kami.

our tourist guide ni orang Champa Vietnam tapi sekarang tinggal dan menetap di Pulau Pinang dan berkahwin dengan orang Penang juga. dia dah biasa dengan Malaysia (sampai cakap pun macam orang Utagha) sebab dulu dia pernah belajar kat Kelantan. so, bila ada trip dari Malaysia, dia akan balik ke Vietnam. insya Allah nanti anies share fasal tourist guide kami ni.

since kami sampai tengah hari, jadi kami terus dibawa ke hotel. jarak hotel dari DNIA dekat je. lebih kurang 6 KM dan jalan pun straight je. no jammed. tu paling penting.

lepas check in, rehat dan solat, barulah kami keluar semula dan menuju ke destinasi pertama...

ke mana kami pergi lepas ni? tunggu....

2 benda wajib ada...

macam biasa... ERL lah kita lepas subuh...

memang memenatkan bila flight delayed ni... penat menunggu...

flight meal. nasi beriyani katanya... susah payah anies nak telan nasi dengan sayur tanpa daging or ayam ni...aduhhh... nak buat macam mana? orang lain yang tolong order. kita pasrah jelah...

since tekak and perut rasa macam tak kenyang je, anies beli butter cake ni. RM6 per slice... bertabahlah bila beli meals dalam flight ni...

Alhamdulillah... kami dah selamat mendarat... suka tengok DNIA ni... sebab bangunannya masih baru lagi...

suasana dalam DNIA menuju ke pintu keluar...

masa ni, kami tengah tunggu salah seorang ahli rombongan yang tercicir cermin matanya dalam airport...

halaman DNIA... walaupun kecil tapi bersih dan menyenangkan...

mini bus yang berkhidmat untuk kami selama 4D 3N di Da Nang... bus baru dan selesa... driver (local) pun baik orangnya walaupun tak tahu berbahasa Inggeris...

suasana dalam bas. bersih dan sejuk... bus baru kan... seorang satu seat. tapi anies and the gang conquer seat belakang dari hari sampai hingga hari balik hehehe

okeylah, tu je dulu untuk mukadimah trip ke Da Nang. kalau rajin anies sambung lagi. kalau malas tahap Gaban, tunggu jelah tahun depan anies continue... hahaha...

thanks 4 reading...
daaaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

68 Words of Lo♥e

  1. Mewah juga airportnya, memantulkan cahaya, silau :)

    Jangan malas ya, ditunggu cerita berikutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... airportnya masih baru dan cantik...

      saya tengah transfer gambar ke pc... banyak kena edit dulu hehe

      Delete
  2. Mesti seronokkan bila jadi peserta yang paling muda dalam trip ini.. hehehe..
    Suka Sha baca aktiviti-aktiviti orang pencen ini.. Ye lah, dah penat kerja.. masa nielah nak berjalan pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok sbb rs muda belia sangattttt hahahaha... betul, diorg bila sembang semua psl trip diorg je. yg dgr ni jelessss hahaha

      Delete
  3. Menunggu hari juga ke utara vietnam

    ReplyDelete
  4. judul nya bingung tapi pas dibuka ternyata pergi ke vietnam
    wah asyik klo sama orang tua bisa ditraktir😃

    ReplyDelete
  5. semoga sukses trip dan selamat kembali ke Malaysia habis kontrak kerja nanti nak rencana arround the world macam Anies

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah vietnam salah satu tempat yang belum aku visit,

      Delete
    2. wajib pergi mas... complete kan semua trip ke negara ASEAN😆

      Delete
  6. Da nang ini masuk wilayah mana yah...? asyik sekali bisa jalan jalan kesana kemari, ajak ajak saya dong, hahahah......

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat berjalan-jalan..seronok kan, sy ni entah bila lah dpt

    ReplyDelete
  8. Waahhh
    Ditunggu kisah perjalanannya di Da Nang, Kak Anies

    Such a pity for the delay
    And yes, even in indonesia the meals on the flight is very expensive :(

    Alangkah baik bila membawa bekal snack di dalam tas hehehe

    P.S.
    Maaf terlambat membalas ya Kak. Adapun tempat wisata di sumatera barat yang tidak membayar uang masuk :
    1. Kota Padang
    - Pantai Padang (dekat pusat kota)
    - Gunung Padang (Tak jauh dari pantai padang, but you must pay IDR 10.000)
    - Jembatan Siti Nurbaya
    - Transmart mall
    - Plaza Andalas

    2. Kota Bukit Tinggi
    - Kawasan Jam Gadang (Big watch tower)
    - Pasar Atas (traditional market that sell souvenirs)
    - Pasar Lereng (Secondhand clothes market with extremely cheap price)
    - Kebun Binatang Kinantan (Zoo. But you pay IDR 20.000)
    - And many more

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok saya akan sambung lepas transfer gambar..

      btw terima kasih atas info di padang / bukittinggi

      Delete
  9. Melancong kemana ya siss...ikutan donk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ke Da Nang, Vietnam, mas.. tp sy sudah pulang😄

      Delete
  10. saya pernah melancong ke kota kinabala indah kota itu dan pokoknya the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ke? jadi bila mau datang ke KL pula?

      Delete
  11. mantap kalau sudah rejeki dapat aja trip jalan2 keluar negeri

    ReplyDelete
  12. Nama dia nak sebut pun mama x pandai.. seronok juga jadi yg termuda tentu dpt byk pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergaul.dgn org berumur Ni cepat matang Dan dpt byk tunjuk what.. best

      Delete
    2. betul. mungkin kalu ada trip dgn diorg lg xrs segan lg kot😊

      Delete
  13. Seronok anies dapat kerap jalan2

    ReplyDelete
  14. Baca pembukanya, jadi tahu nih bandara dan transportasinya..

    ReplyDelete
  15. awesome article :)
    have a nice day

    ReplyDelete
  16. Wah... keren sekali nih Kak, bisa ke Vietnam, aku saja masih di Indonesia terus selama ini.
    Hehe...

    Semoga next bisa ke negara-negara lain juga ya Kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput datang ke kuala lumpur mbak... i'm waiting...

      Delete
  17. Kalau jena delay, hati sangat resah dan gelisah.

    ReplyDelete
  18. Ialah kan rezeki jangan ditolak hehehe...

    Seronoklah dia paling muda dalam rombongan

    ReplyDelete
  19. wahhh kak anies jalan jalan.. hati hati kak:)

    ReplyDelete
  20. wah bestnya
    blom pernah gi Vietnam

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah 1 hari nnt pasti akan sampai

      Delete
  21. Asyik sekali liburan ke Da Nang. Kok nasi Beriyani tak ada daging or ayamnya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... rasa macam makan nasi tanpa lauk

      Delete
    2. tanpa lauk tak sedap rasanya

      Delete
    3. betul. sebab tekak dah biasa dengan lauk

      Delete
  22. Sambung lagi please Anies. Sy nak pegi Sa Pa insyaAllah bulan 9 ni. Nervous sebab first time pegi sendiri lepas tu first time jugak jejak tempat kurang Muslim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah akn sambung sy nk transfer gambar dulu ya

      Delete
  23. Its a nice trip, hope i can go there like you do :)

    ReplyDelete
  24. Wah, rajin jalan dengan pak cik mak cik yang dah pencen eh :D

    ReplyDelete
  25. Pesawat delay, lelah menuggu jadinya. Bolehlah di kenalkan dengan tourist guide-nya mungkin nanti ada rezeki bisa ke sana. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa diatur mas. nanti saya akan share tour guide kami di sana

      Delete
  26. senyap2 sampai danang.. hahaha. patut dpt FM sana! cepat2 habiskan nanti boleh travel sana. org viet dh jd org utara

    ReplyDelete
  27. Wahh bestnya... terasa lama pula tak travel sejak anak2 semua sekolah ni. 2 tahun lepas, wife je prgi dgn kawan2 dia.. segan nk ikut sbb geng perempuan semua hehee. Happy holiday Anies! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa ikut je laa... dlm trip kami 2 org je lelaki

      Delete
  28. kiranya da nang ni bukan tempat shopping ekk, anies?
    tak sama mcm ho ci min?
    teringin nak ke sini sebab rata2 yg share pasal da nang is the view.
    cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap bkn tmpt shopping. da nang lbh kpd tmpt nk tgk view cantik dan santai2 sbb dkt dgn laut

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆