Đà Nẵng, Vietnam: Bà Nà Hills

10:00 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

Mula2 anies decide nak bahagikan cerita kami di Ba Na Hills (BNH) ni kepada beberapa bahagian. tapi lepas fikir balik, rasa malaslah pula. takut datang angin malas, terus blog tak ber'update'.

since nak cover semua cerita BNH dalam 1 entry, anies rasa better tulis dalam bentuk point. kalau taip panjang2 bukannya korang baca, kan? alaa...tahu daa tektik korang tu bila blogwalking... kan? kan?😁😁😁

so, kepada yang bercadang nak pergi BNH suatu hari nanti, harap2nya entry ni dapat membantu. kalau tak faham, drop je soalan kat ruangan comment di bawah. insya allah anies cuba jawab yang termampu.

💜kami bertolak dari hotel jam 8.00 pagi. saranan En. Rasyid (our tour guide), kalau pergi awal, keadaan di puncak BNH tak sesak.

💜jarak dari hotel ke BNH lebih kurang 27KM dan ambil masa 50 minit.

💜anies tak pasti ada ke tidak public transport untuk ke BNH. kalau taxi tu memang ada. cuma kena sedia duit lebih jelah.

💜sebaik tiba, kami terus ke BNH main entrance. sebelum tu sempat bergambar depan main entrance. kemudian En. Rasyid edarkan admission ticket pada semua ahli rombongan.

💜dari main entrance ke Hoi An Station agak jauh. kalau yang datang bertongkat, sakit kaki tu, harap sabar ya.

💜BNH cable car ada 8 line. ia merupakan cable car kedua tertinggi di dunia selepas cable car di Fansipan, Hanoi, Vietnam. dari 8 line, ia terbahagi kepada 3. group line (saiz cable car lebih besar dan boleh memuatkan 10 orang), transit line (cable car akan berhenti di station tertentu) dan direct line (cable car akan terus ke puncak)

💜since kami datang berkumpulan, of coz akan naik cable car bersaiz besar. dari Hoi An Station ke Marsaille Station memakan masa hampir 15 - 20 minit. sepanjang jalan, mata dijamu dengan view BNH yang sangat cantik dan memukau.

💜setiba di Marseille Station, saranan En Rasyid tadi memang meleset. ternyata di kawasan tersebut penuh dengan para pelancong. sebaik keluar station, kami disambut dengan Golden Bridge (GB).

💜GB dan BNH memang sinonim. ada yang panggil jambatan tangan. yang pasti, orang sangat sesak kat sini. terpaksa berlaga tumit. nak bergambar berselfie agak payah. so terpaksalah lupakan niat nak dapatkan gambar yang cun atas GB ni. and anies snap / record video yang mana sempat je.

💜keluar dari GB, kami masuk Flower Garden (FG). kat sini, masa musim bunga memang cantik. taman bunganya sangat2 luas. kalau nak ronda sejam memang tak cukup. since orang pun ramai, anies jelajah kawasan yang terdekat je. tak larat nak jalan jauh.

💜bila semua ahli rombongan selesai melawat FG, kami ke Bordeaux Station untuk meneruskan perjalanan ke puncak BNH. puncak BNH juga dikenali sebagai France Village (FG)

💜FG ni hampir sama macam Bukit Tinggi Resort, Pahang tapi skalanya laaaagi besar! so, perjalanan dari station 1 ke station 2 cuma ambil masa 5 minit saja.

💜setiba di station, benda pertama yang kami nampak adalah roller coaster. uniknya ia adalah self-controlled roller coaster. anies dengan pak cik memang nak naik sebab roller coaster ni dah termasuk dalam admission fee. tapi bila tengok Q...hmm lupakan jelah...

💜kami bergambar terlebih dahulu sebelum masing-masing berpisah untuk merayau-rayau sekitar FG. pengunjung tetap ramai dan cuaca kat sini nyaman je. walaupun cahaya matahari terik, tapi angin sejuk yang lebih terasa. kata En Rasyid, kalau datang time winter, sila bawa sweater tebal ya.

💜anies terus merayau sampai ke kaki tangga pagoda. tak larat nak naik sampai ke atas. cukuplah snap gambar dari bawah.

💜puas bergambar, kami kembali berkumpul dan bertolak ke station cable car untuk pulang. tiba di Bordeaux Station, kami kena tukar cable car (di Marsaille Station) untuk sampai ke Hoi An Station.

💜ada kedai souvenir BHN sebaik keluar dari cable car. lepas membeli, kami sempat menjamu dessert Vietnam. tak tahu apa namanya. ia terdiri daripada santan, air gula dan pelbagai kekacang. sangat sedap. harganya 33K Dong secawan.

💜lepas makan, kami terus ke parking. diam tak diam rupanya hampir 5++ jam kami habiskan masa di BNH. kata En Rasyid, kalau spend masa seharian di BNH lagi best. huhuhu... ada yang patah kaki nanti hahaha...

dan macam biasa... gambar, gambar dan gambar... bertabahlah...

💜💜💜💜💜💜

sebelum masuk, marilah kita posing dulu. nama posing ni adalah posing sakit pinggang ya tuan puan... eh ehhh beg siapa tu tertinggal? 'sepoil' laa...

entrance BNH yang sangat besar. anies cakap dalam hati, "bangunan apalah yang besar sangat ni. museum ke?"...bila dah masuk ke dalam... (gambar bawah)

ni laa deco dalamannya. bercirikan Cina klasik. ticket counter dan toilet ada di sini. untuk ke station cable car, guna tangga / escalator sebelah kanan gambar. manakala exit BNH sebelah kiri gambar...

admission ticket + pamphlet BNH. sila serahkan tiket kepada staf bertugas sebaik tiba di pintu pelepasan...

laluan menuju ke cabel car station (Hoi An Station). ni laluan khas untuk group tourists. kiri dan kanan laluan ni dipenuhi taman-taman dan kolam ikan. sangat cantik! then, yang berbaju oren / bertudung tu, ketua trip kami, kak Su.

jadual cable car bagi group tourists...

cable car yang bakal kami naiki. lebih besar dari cable car yang kami naiki kat Taiwan. boleh baca kat SINI dan SINI. nina, jom pergi Taiwan lagi! eh ehh...

view sebaik berlepas / dalam cable car. sebelah kanan gambar adalah parking lot, diikuti entrance dan yang berbumbung tu, Hoi An Station. mereka yang menaiki cable car 'transit' dan 'direct' akan ikut laluan berbumbung (sebelah kiri gambar)

ralit tengok view yang superb di bawah padahal... nak posing ajet ajet ayu 😂😂😂😂😂. sebelah anies tu laa our tourist guide, En. Rasyid. oh ya... perjalanan dari Hoi An Station ke Marsaille Station memakan masa antara 15 - 20 minit.


dah sampai Station Marseille. FYI, kat sini ada 2 tarikan utama, yakni Golden Bridge dan juga Flower Garden. jom kita terjah 1 per 1!

Golden Bridge. see? nampak tak betapa ramainya umat manusia kat sini? sangat2 susah nak dapatkan gambar background Golden Bridge yang cantik melainkan kau bawa drone 😆😆 kalau snap gambar macam ni bolehlah. tapi nak selfie, nak bergambar macam kumpulan nasyid... bertabahlah sebab asyik kena langgar dengan orang je... kalau suruh orang ambilkan gambar, mesti ada yang 'prank' kat belakang. you know what i mean, rite? 

view laluan cable car yang kami naik tadi dari Hoi An Station... FYI, untuk naik BNH ni, cuma cable car sahaja laluan yang ada. tiada jalan raya. kalau nak hiking, tu cerita lain.

gambar macam ni jelah yang mampu di snap. tak ada gambar jari jemari tu... 😂😂😂... btw, pagar Golden Bridge ni tinggi tau... tengok tu...separas bahu anies... so jangan mimpilah korang nak buat aksi panjat memanjat semata-mata nak bergambar atas pagar tu...

short video @ Golden Bridge.

lokasi seterusnya adalah Flower Garden (FG). dalam FG ni juga ada tempat pembuatan wine. dari FG juga boleh ke lokasi White Buddha Statue... 

pada mulanya, anies malas nak turun ke bawah tu sebab nanti bila naik semula terpaksa mendaki. so snap dari atas je sambil tengok gelagat orang ramai...

tapi bila rasa macam rugi je kalau tak merayau, jadi anies pun turunlah ke bawah. sebelum turun, moh kita posing ala patah pinggang Che Ta dulu 😂😂😂😂...

sepanjang laluan kat sini memang penuh dengan bunga-bungaan macam dalam gambar ni. oh ya... sebelah kiri gambar adalah tempat pembuatan wine... manakala restoran sebelah kanan gambar...

'hamparan' bunga bungaan... kena tengok dari atas baru cantik... nanti ada masa anies share gambar2 bunga yang ditanam kat sini, okey! oh ya... sebenarnya ni adalah 'ekor merak'. kepala merak tak nampak...

kalau larat nak berjalan, bolehlah pergi ke White Buddha Statue tu... nampak dekat tapi sebenarnya jauh beb!

puas merayau dalam FG, moh kita sambung naik cable car ke French Village. dari GA Bordeaux Station ke Louvre Station cuma memakan masa 5 minit sahaja... FYI, kalau pilih cable car direct line, mereka akan terus tuju ke French Village tanpa singgah Golden Bride / Marsaille Station.

nampak tak yang berlingkar-lingkar sebelah kanan gambar? tulah self-controlled roller coaster. syok ooo... tapi sayang betul tak naik hari tu. padahal dah termasuk dalam pakej tau! then, tiang cable car kat sebelah kanan gambar? itulah direct line dari main entrance BNH.

yeahhh... dah sampai 'kampung' anies... 😂😂😂... jemput masuk ya. buat macam rumah sendiri😆😆😆

French Village (FV) ni sangat2 luas. kiri kanan dipenuhi bangunan bercirikan Perancis... dan bangunan-bangunan ni terdiri daripada restoran-restoran mewah...

marilah kita merayau dari satu tempat ke satu tempat sambil ditemani angin dingin... kalau datang sini ketika winter, sila bawa sweater ya...

kat sini memang ramaiiiiii umat manusia... rata2 pelancong datang dari Korea, Jepun dan China...

since namanya kampung, jadi tak sah kalau tak ada bunga2 macam ni... sekaligus menambahkan lagi seri kampung Perancis ni...

masa ni anies merayau berseorangan. yang lain dah tak larat nak jalan. tambah pula, laluannya mendaki tapi masih landai... oh ya, kepada yang tanya, kenapa namanya French Village. dulu, ketika penjajahan Perancis, tempat ni menjadi lokasi tentera Perancis berkumpul. selepas merdeka, kerajaan Vietnam menjadikan tempat ni sebagai lokasi pelancongan...

anies jalan sampai sini je. kaki tangga pagoda... tak larat nak naik sampai atas... korang nampak rendah je kan tangga tu? sebenarnya ada sambungan lagi tangga sampai ke puncak.

bangunan ni kat area masuk berdekatan station cable car... kalau nampak payung penjaja tu, sama ada jual souvenir atau jajan...kami tak beli pun. mahal lor...

memang dah aim nak bergambar kat sini. konon-kononnya macam bergambar depan globe USS Pulau Sentosa 😂😂😂😂😂 tapi tu laa... memang payah nak dapat gambar yang perfect. mesti ada yang kacau daun grrrr...

bersama ahli rombongan sebelum melangkah pulang... yang baju merah tu, dia kalau posing memang tak sah kalau tak over😆😆😆

sebelum balik, pekena dessert Vietnam ni. tak tahu apa namanya. terdiri daripada kekacang dan santan. ada kepingan kelapa manis yang sangat2 sedap. harga 33K Dong secawan. jangan lupa try kalau korang datang ke BNH ni. kiosk nya terletak depan kedai souvenir selepas keluar dari cable car...

short video dalam cable car OTW balik..

okey tu je perkongsian untuk hari ni.... sebenarnya ada banyak lagi gambar yang anies snap... cuma tak larat nak upload kat dalam blog ni. nanti ada masa anies share... insya Allah...

btw, thanks 4 reading...
daaa...

p/s selamat bercuti panjang bagi yang ambil cuti Isnin😊 + sambung BW

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

76 Words of Lo♥e

  1. Anies bajunya cantik merah, gambar-gambar juga cantik semua, walau tak ada gambar posing ala patah pinggang :)
    French Village memberi kesan yang berbeza tentang native Vietnam yang saya tonton di You Tube.
    Thank you for sharing all beautiful Photos, Anies!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi mba evi...pujiannya melangit heheeh terima kasih

      Delete
  2. Musim bunga nampak semua cantik... Picture pon cantik jugak🌹🌹
    Semoga ada rezeki dpt pi sini🌼🌼

    ReplyDelete
  3. Bestnya... satu hari nanti nak pergi juga la kat sini

    ReplyDelete
  4. Cantiknya view!!! >_< Tapi... cantik lagi gadis berbaju merah dalam gambar tu heheheh :P

    ReplyDelete
  5. Untung kakak tulis, jadi tahu nih suasana wisata disana :D

    ReplyDelete
  6. cantik semua view kat vietnam ini bunganya paaling suka berwarna warni seperti itu

    ReplyDelete
  7. Woow! Nuansa tempatnya menakjubkan sekali bikin kita betah berlama2 Disana..😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. seharusnya kami berada di sini sepanjang hari tapi orang terlalu ramai... so, 5-6 jam sudah cukup hehe

      Delete
  8. seronok die cuti2 vietnam..tk pernh smp lg...adik & parent dh pegi..siap borong kain cotton mcm2 design

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kt sini xleh nk borong kain cotton sbb xsemeriah ho chih minh😁

      Delete
  9. cable car jadi teringat kerjaan ku dulu dipapua
    dulu hampir tiap hari naik tramp (sebutan disana)
    bila sudah diatas bisa lihat puncak gunung berselimut es walau jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ke? masih ada lagi cable car nya di sana?

      Delete
  10. CANTIKNYA KAMPUNG PERANCHIS..BERJAYA HILL RESORT KAT PAHANG BANGUNANNYA BANYAK IKUT SENIBINA PERANCHIS

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak...senibina perancis... tp yg ni lg bsr skalanya

      Delete
  11. Untuk gambar Golden Bridge itu saya tahunya di Instagram, ternyata benar-benar bagus ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang bagus mass tapi orang terlalu ramaiiii

      Delete
  12. Bestnya dapat p vietnam, tempat cantik2 je. Harap ada rezeki satu hari nanti p sana

    ReplyDelete
  13. Waaa syoknya g makan angin 😍

    ReplyDelete
  14. Seru ya kak jalan-jalannya, sayang di jembatan tangan gak bisa selfie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...tak apa... janji kami sudah sampai di sini😊

      Delete
  15. Ini di Vietnam ya mbak Anies? waduh itu jembatan yang di topang sama tangan Budha attraktif banget lho..

    ReplyDelete
  16. Seronoklah tengok lokasi2 kat BNH ni Anies.. klu kat sini ada campuran mcm kat langkawi, fraser hill dan bukit bendera ni. Penat juga nak jalan ni, tp penat2 pun mmg berbaloi.. menarik sgt :)

    ReplyDelete
  17. Bestnya jalan-jalan, tak pernah sampai lagi kat Vietnam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah 1 hari nnt pasti akan smpi sini

      Delete
  18. Yang saya kagumi hanya jembatannya. Sungguh luar biasa indah dan spektakulernya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mas.. tapi orang terlalu ramai dan padat!

      Delete
  19. panjang artikel ini..

    gambar pun banyak..

    kalau blogwalkig banyak sangat..saya tak mahu nak baca habis..

    paling tidak tengok gambar jelah..

    pengakuan berani hidup hahahaha

    ReplyDelete
  20. Yeaayyy.. jalan-jalan lagi. BNH penuh sesak ya, banyak turis. Susah ambil gambar yang perfect.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlalu sesak. kami pun tak menjangka orang seramai ini... tak mengapa. janji kami sudah sampai BNH. mas, kapan lagi? ;-)

      Delete
  21. Replies
    1. sudah pualng ke pangkal jalan, mas hahaha

      Delete
  22. cable car...kebanyakkan sama kan....suka tgk bunga tu, cantik...rietta dan bunga, berpisah tiada...hehehe...

    ReplyDelete
  23. keren sekali tempatnya, bunga2nya cantik dan golden bridge nya keren ada tangannya, vietnam dessert nampak yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara tarikan Da Nang inilah dia... 😊

      Delete
  24. Wih ada desa prancis, jadi bisa nih mencoba pengalaman prancis disana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh feeling feeling French kat sini😅

      Delete
  25. Gigih saya baca macam budak sekolah revision nak periksa hehehe. Dessert tu macam leng chi kang bersantan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. macihhh... ya lbh krg mcm lai chi kang tp lbh byk kekacang..pendek kata semua jenis kacang ada

      Delete
  26. naik cable car kat Langkawi da pucat lesi.. ni nak naik second highest.. pucat muka sebu perut mual gayat semua ada..

    ReplyDelete
  27. Selalu tengok tempat ni dalam TV je :D

    ReplyDelete
  28. Golden bridgenya unik yah, tiang penyangganya berbentuk tangan.
    Cik saat melewati jembatan yang miring bagaimana tuh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rasa apa2 pun mas sebab orang terlalu ramai hehehe

      Delete
    2. Terus apakah tidak terpeleset jatuh? kan miring

      Delete
    3. tak jatuh pun. kalau jatuh, saya mungkin tak tulis entry ini haha

      Delete
  29. Golden Bridge tu rare betul. Syok pegi =)

    ReplyDelete
  30. Eh mana tahu kite tak baca ni. Pakai nujum yer. Panorama naik cable car nampak best laa

    ReplyDelete
  31. ok jelez. emm ray singgah klik ads lg kali ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn jelez ya ray😊😊btw terima kasih byk2

      Delete
  32. Mmmm... Menarik jugak ye jenjalan ke Vietnam nie... ingat syurga shopping jer...

    ReplyDelete
  33. Anies tak amek gambar self roller coaster tu ke? Nak tengok jugak camner jenis. Besar ke kecik?

    ReplyDelete
  34. Wah Kat sini semua gmbar cantik3.. dpt Lah mama.cuci.mata

    ReplyDelete
  35. bestnya jalan jalan cuci mata

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆