Taichung, Taipei: Gan Cheng Bus Station
12:35 pm
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Entry ni dikongsi sebab mem besar rasa geram ya amat! ya... gerammmm sangat2 sebab masa buat itinerary, punyalah payah nak dapat info yang boleh dipercayai fasal Gan Cheng Bus Station (GCBS) atau Gan Cheng Zhan ni. even dah sampai Taichung pun, dalam hati cakap, apa yang jadi... jadilah! maksudnya, wujud ke tidak GCBS ni... kami redah je. sebabnya, masa kat Taipei kami tanya kat Visitor Info. Counter, diorang cakap diorang tak tahu GCBS ni apa? aduhhh... memang tawakal tu 'ala allah laa...
menyesal? tak juga sebab kalau tak silap bukan manusia namanya kan. jadi, harap2 entry ni dapat memberi manfaat kepada mereka yang mahu ke Sun Moon Lake or Qingjing Farm or Puli dan memulakan perjalanan dari Taichung.
setakat anies up entry ni, GCBS masih wujud lagi. kalau 4 - 5 tahun akan datang GCBS dah tak ada lagi disebabkan berpindah lokasi ke Taichung Bus Terminal, anggap sahajalah entry ni sebagai 'sejarah' ya... nak humbang masuk museum pun tak apa hahaha...
okey, berbalik kepada tajuk. lokasi GCBS ni cuma beberapa meter je dari VIP Hotel (anies ada share kat SINI). lepas check out, kami melilau sekejap kat situ. tengok kiri kanan, tengok suasana pagi selain memerhatikan gelagat orang ramai yang berkumpul di situ. rata2 yang tengah tunggu bas tu dalam lingkungan usia 50 tahun ke atas. cuma kitorang je yang muda remaja and pakai tudung kat situ hahaha... remajalah sangat kan...
lepas tu, barulah kami ke kaunter tiket yang terletak dalam bangunan kedai. FYI kami boleh je nak bayar tambang bas menggunakan Easycard tapi kredit yang ada tak cukup. lagi satu nak sedapkan hati pun ya.
masa beli tiket tu, penjual tiket beritahu kami ada masalah sikit kat tempat yang kami nak pergi ni. then anies tanya nina, dia still nak pergi ke? walaupun nampak macam berat hati, tapi nina setuju juga nak pergi. alang2 kami dah sampai ke bumi Taiwan ni, apa salahnya panjangkan kaki ke tempat tu. lagi pun kami bukannya nak bermalam kat situ.
lepas beli tiket, kami pun cari tempat duduk sementara menunggu bas sampai. FYI kami yang bakal kami naik ni nanti adalah bas 1st route. akan bertolak dari GCBS kira2 pukul 8.30 pagi. ada info yang anies dapat masa buat iti. memberitahu, kalau lambat beli tiket bas ke lokasi yang kami nak tuju ni, makanya kami kena tunggu lagi 3 jam untuk bas 2nd route. hmm... tak ada maknanya kami nak tunggu lama2. dan sebab tu jugalah kami bangun dan check out awal.
sambil2 lepak, selfie dan tinjau2 kawasan sekitar, kami disapa dua lelaki Cina dari Malaysia. seorang pak cik dan seorang lagi muda dalam 30an. apa lagi, bersembanglah kitorang sampai yang lain pandang semacam je. ye lah... tengok muka bukan Chinese look tapi cakap bahasa pelik hahahaha... kami bersembang sampailah bas pak cik tu sampai. dia nak ke Sun Moon Lake dengan rombongan dia.
tak lama lepas tu, bas kami pun sampai. Alhamdulillah... terasa lega sangat2. rasa bengang dan geram sebab tak dapat info yang cukup since dari Malaysia tu entah terbang ke mana... dah naik bas, harapan cuma satu, kami selamat sampai ke destinasi yang dituju dan cuaca kat sana baik2 sahaja.
well, ke mana destinasi kami ni? tungguuuuuu...
tapi sebelum tu, silalah belek2 gambar yang ada ni ya... kalau tak faham dan nak tanya, silakan...
macam ni lah suasana pagi kat GCBS... tak ada bumbung, tak ada terminal khusus...bas cuma berhenti tepi jalan untuk ambil penumpang dan lepas tu bergerak ke destinasi masing-masing...
macam anies cakap tadi, ramai orang tua je kat sini... kaunter tiket kat sebelah dalam bangunan...
lepas beli tiket, kami diberi kertas biru ni seorang sekeping. kertas ni jangan hilangkan sebab ia akan diserahkan kepada pemandu bas untuk ditukar dengan tiket.
ni tiketnya. jaga elok2 sebab masa dah sampai di destinasi nanti, tiket ni kena pulangkan balik kepada driver. sebab tu kami simpan dalam ID card badge holder ni supaya senang di kemudian hari. tak perlu nak 'kirai' beg semata2 nak cari kertas cinonet ni...
yang ni pulak, kami dapat kat kaunter hotel. disebabkan tak tahu berbahasa Inggeris, staf hotel berikan info ni kepada kami... sebenarnya GCBS bukan turn right tapi turn left (kalau berada di lobi hotel) ...
mula2 ingatkan ni bas yang bakal kami naik rupanya bukan...
nak tahu tak, kenapa anies snap gambar bas ni? bukan sebab warnanya sama macam bas Rapid KL tapi kerana...
tadaaaa.... dalam bas ni dihiasi pelbagai jenis patung2 comel... mesti ceria je kan kalau dapat naik bas ni... ikutkan hati nak je anies masuk sekejap dalam bas ni and snap gambar tapi seganlah pulak... hahaha...
lelaki yang pakai jaket kuning tu bagus orangnya. masa tanya dia pasal bas, dia tetap jawab walaupun bukan dalam BI. masa bas kami sampai, kalau tak silap dia macam tercari2 kami...
dia siap tolong angkatkan beg... thank you uncle... err... uncle ke? muda lagi kot... hahaha...
bas kami sampai tepat jam 8.20 pagi... dup dap dup dap...
Alhamdulillah... dah naik bas...ramai rupanya... ingatkan kitorang berdua je hahaha...
bangunan yang berbentuk cube tu laa yang anies cakap tadi. Taichung Bus Terminal. andai akan datang GCBS tak ada lagi, carilah bangunan ni ya...
bas kami perlahan2 meninggalkan Taichung... bye2 Taichung... ada rezeki kami datang lagi...
last but not least... haruslah ada gambar kitorang kat GCBS ni walaupun tak glamer mana pun... terima kasih filter 360 sebab jadikan kitorang hari tu cun melecun macam takkan tua sampai bila2 hahahahaahahhaaha.....
okey tu je laa perkongsian untuk hari ni... p/s sebenarnya sistem pengangkutan kat Taiwan ni taklah sesukar mana pun. cuma tu laa... kekurangan info. ada info sebenarnya tapi masalah bahasa pula yang menyebabkan ia 'terbatas'...
thanks 4 reading... daaa
39 Words of Lo♥e
ermm la..percaya anies cantik..hihi
ReplyDeletetu dusta cik nor sbb filter byk tolong hahahaa
Deletebest dapat ke sana :)
ReplyDeletemoga ada rezeki ejulz ke sn nnt aminnn
Deletewah dah sampai taiwan ya
ReplyDeleteterbaik
ya kak ;-)
DeleteBas macam Rapid KL bahagian dalamnya dah macam kedai alat permainan kanak-kanak. Penuh dengan patung comel.
ReplyDeletekalau tipu ckp kedai mainan mgkn ada yg percaya kot hahaha
DeleteSusah juga kalau tak cukup maklumat. Tapi, yang paling penting sampai ke destinasi.
ReplyDeletedlm ms sm = cabaran ;-)
DeleteUniklah bas tu ada patung2 mainan, naik bas pun ceria je. Cuma klu ada anak yg jenis suka sgt smpi tak nak turun bas tu susahlah hahaa :D
ReplyDeletemak ayah dia kenalah beli bas tu nmpk nya hahahaha
Deletehihi, filter 360 tu mmg femes
ReplyDeletesyhhh hahaha
DeleteAlhamdulillah jumpa juga GCBS tu. Dapat juga tinggalkan memeori kat situ walaupun mungkin suatu masa nanti dah tak wujud kan.. Zumal rasa macam nak tau je apa yang ada dalam bas yang ada patung2 cute tu. Hehe...
ReplyDeletetu lah... dah blk br rasa ralat x terjah bas tu hahaha
Deleteklau timm dah nanges, haha!
ReplyDeletejgn nanges timm hilang macho nnt hahaha
DeleteAlhamdulillah..sampai jugak basnye & hopefully sampai ke tempat yang ingin ditujui
ReplyDeletealhamdulillah kami smpi ke destinasinya...
DeleteBesar bangunan basnya tapi tunggu kat luar cenggitu je? Ingatkan macam Jalan Pudu yang dulu naik bas hop in hop out tu tapi bangunan macam TBS.
ReplyDeletex de bangunan sebenarnya... yg ada cuma kauntr tiket. tu pun tumpang kedai lain...
Deletehadoi baca pasal bas ni teringat masa di hat yai, sebab kami pergi naik erl, balik naik bas, memang blur dan tak de idea kat mana nak cari bas nya. nak sedapkan hati sama gak la tawakal. doa musafir memang mujarab. sepanjang kita bermusafir kita hanya ada Dia. Alhamdulillah jumpa.
ReplyDeletebetul tu... nampaknya kena mussafir selalu supaya doa selalu dimakbulkan ;-)
DeleteMembingungkan juga ya kak naik bus disana, apalagi bagi kita yang bukan asli disana
ReplyDeletetapi itulah cabaran sebenarnya mas...
Deletemenarik...
ReplyDeleteartikel saya baca habis..
gambar saya sekodeng habis..
cuma yang terakhir biarpun belum berakhir..
yang mana satu 'mem besar '
masih konfius...hahahahahaha
mem besar terlindung dlm gmbr hahaha
DeleteWkwk...rada pusing gua baca tulisan china hehe,
ReplyDeletefaham ke? ;-)
Delete..ciee ..cieee .. cieee .. kak Anies disapa 2 lelaki tampan Chinnesse dan Malaysia 😁
ReplyDeleteMakin semangatlah keliling-keliling naik bisnya ... hahahaha 😅
Comelnya bus yang ada anak patung bagai tu. Comelnyaaaaaa :D
ReplyDeleteboleh laa farah buat kt kanada sn ;-)
Deletemasalah bahasa memang boleh buat perjalanan satu satu percutian tu jadi sukar kan anies.. Bagus perkongsian anies nie.. boleh jadi rujukan pada yang nak ke tempat yang sama..
ReplyDeletebetul tu... tp syukur org taiwan bkn mcm org mainland or HK hehehe
Deletemana tahu lepas ni dh bertukar ke bangunan baru.. harap2 org still dpt faham
ReplyDeletetu laa stesen keretapi pun dah cantik
Deletestesen train pun mesti dh baru
ReplyDeletekan...x de laa jln jauh lg
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆