Nantou, Taiwan: Chingjing (Qingjing) Farm
1:09 pm
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
disebabkan malas nak taip panjang2, anies buat dalam bentuk point laa ya... (gaya orang macam nak hadap exam. ambil point2 penting je😆)
- perjalanan dengan Nan Tou Bus dari Gan Cheng Bus Station ke Chingjing Farm (CF) memakan masa hampir 2 jam.
- bas berhenti di stesen THSR Taichung dan di Puli Bus Station untuk mengambil dan menurunkan penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke CF.
- CF ni lebih kurang macam Cameron Highlands tapi view dan scenery nya macam berada kat Switzerland or New Zealand gituwww
- CF terletak di atas gunung. laluannya hanya ada satu dan berbengkang bengkok macam laluan drift dalam movie / anime Initial D. kiri gaung, kanan dinding gunung. kalau nak try skill drift bolehlah datang ke sini. kami boleh sponsor kapur barus😆
- CF ni sangat luas dan ada beberapa tempat menarik serta bayaran tertentu dikenakan kalau nak masuk sesuatu kawasan... kalau tak nak masuk tak apa. tapi rugilah dah penat datang jauh2 kan...
- since kami bawa luggage bersama, perkara pertama yang harus dilakukan adalah simpan luggage di pintu masuk. tiada bayaran dikenakan.
- tiket masuk CF boleh didapati di main entrance (walk in) nak beli online pun boleh. Google je.
- sebenarnya ada pass khas iaitu CF 1 day pass. kami terlupa fasal ni. dah balik baru teringat. biasalah tu...
- cuaca kat CF ni memang sejuk. kalau tak silap, masa kami sampai tu adalah 17 darjah celcius.
- tapi disebabkan berkabus, jadi jarak penglihatan sangat2 terhad.
- CF terkenal dengan biri-biri. tapi sayang, masa kami ke sini, semua biri-biri under medical inspection. jadi kami tak dapatlah nak peluk cium muah muah dengan biri-biri (hal ni dah diberitahu masa kami beli tiket bas kat GCBS). begitu juga kami tak dapat nak saksikan persembahan biri-biri.
- tak dapat peluk cium muah muah dengan biri-biri, kami just pusing2 dalam Green Green Grassland dan menghabiskan kodak.
- lebih kurang 3 jam berada kat sini, kami pun pulang. Alhamdulillah, ada staf CF yang boleh cakap BI bantu kami untuk carikan bus stop.
- rata2 yang datang ke CF ni dengan kenderaan. sama macam ke Yangmingshan National Park (anies ada share kat SINI). sebab kalau bawa kereta sendiri, korang boleh explore banyak tempat. parking pula anies tengok agak limited. so kalau ke sini time cuti sekolah contohnya, bersedialah untuk parking tepi jalan ;-)
- nak menginap kat CF pun boleh. ada hotel disediakan. tapi kena booking awal sebab pengunjung sentiasa ramai kat sini, tak kira musim. satu malam harga hotel boleh capai NT4000 untuk sebilik (convert laa sendiri ke RM)
- jangan lupa bawa baju sejuk (sweater) esp. mereka yang tak tahan sejuk achom achom tu...CF ni dah nak hampir puncak gunung tau! no wonder memang sejuk walaupun tak ada salji.
- kata nak tulis point by pont je tapi bila dah taip tak reti2 nak berhenti... ishhhh
p/s gambar terlajak banyak...
snap dari dalam bas... alhamdulillah... akhirnya sampai juga kami kat sini... salah satu tarikan wajib dilawati kalau dah sampai Taiwan...
antara view sepanjang jalan ke CF
see? laluan / jalan raya sangat2 sempit. sebelah sana tu gaung ya tuan-tuan dan puan-puan sekelian...
main entrance untuk Green Green Grassland...banyak rombongan budak sekolah masa ni...
ticket counter...
tiket masuk ke Green Green Grassland. seorang NT160... bayaran masuk tempat lain harganya berbeza...
jom explore CF! jangan betulkan skrin computer / laptop / hp anda ya... memang kelabu asap macam ni suasana kat CF masa kami sampai... berkabus...
jangan lupa bawa note book. nanti boleh dapatkan cop khas CF kat sini... FOC je...
yaa... mata anda tak silap... kat sini memang berkabus...
sejuk ke anies? of coz sejukkk....
memang tak nampak apa...
di persimpangan di lema... kanan berkabus, kiri pun berkabus.. hahaha
sori tak tahu ni pokok bunga apa... main snap je ni....
kalau sesat laa... refer je map ni
masih dalam Green Green Grassland yang berkabus...
nak beli makanan ke minuman ke... ada dijual kat sini...
kalau cuaca elok memang boleh tengok view menarik... tapi apakan daya... dah macam nak masuk maghrib hahaha
'rumah' cinonet untuk biri-biri kot...
laluan menurun ke bawah menuju ke sky bridge...
biri-biri besi hahaha
tak ada kerja cari kerja... kami mencari bunga2 yang tumbuh kat sini...
bunga apa tah...
sibuk cari bunga... nina ternampak makhluk ni...cer teka, apakah makhluk itu??
puas berjalan, kami singgah di sini... CF souvenir shop. depan kedai ni, ruang lapang untuk biri-biri show...
anies cuma beli FM seketul sebagai kenangan... mahal lor...
jumpa dak oyen kat kedai makan dan minum...sombong kemain! menyampah!
posing time!! peduli hapa walaupun berkabus hahaha
sebelum korang nak duduk macam ni, make sure tak ada tahi biri-biri ya hahaha
sky bridge... nak masuk / lalu sini kena bayar ya... tapi kami tak masuk pun... kalau view cantik tak berkabus mungkin kami masuk... ni snap dari dalam bas...
another kedai makan.... tak halal ya...
well it's time to say good bye to CF.. insya allah... ada rezeki kami pasti kembali ke sini... bus stop yang sempoi... agak2 ke mana kami selepas ni?
p/s nak tahu kenapa CF berkabus?? tungguuuu next entry ya....
thanks 4 reading... sambung BW... daaa
41 Words of Lo♥e
hey anies..apasal tak hangkut balik biri2 besi tu utk cik nor sbgai ole2..haha
ReplyDeleteBuat oleh-oleh? saya juga mau dong hehehe.
DeleteAyo buat channel youtube biar lebih mantap.
nak bawa balik tapi luggage tak muat ;-)
Deletewahhhh.. mesti sejuk tempat ni :)
ReplyDeleteya sejukkk
DeleteKalau langit biru, mesti cantik tempatnya! :D
ReplyDeletetu laa bkn rezeki kami dpt tgk langit biru
DeleteWooww!! Pemandangannya begitu memikat hati...Dan ada bunga..bunga apakah itu.. Baru kali ini saya melihatnya.. 😄😄
ReplyDeletengak tahu mas itu bunga apa ;-)
DeleteWah blog pribadi ternyata. Saya menyangka ini blog seputar Anies, Gubernur DKI Jakarta.. hahahaaa... Salam Kenal
ReplyDeleteitu mas anies... ini mbak anies yang syantikkk hahahahahahaahahahhahahahahhahaha
Deleteberkabus sangat tu, musti sejukzzzz amat :D
ReplyDeleteya ann
Deletecantiknya permandangan di Chingjing farm ni
ReplyDeletekalu x kabus lg cantik
DeleteNampak sejuknya tu berkabus teruk
ReplyDeleteu r rite sis
DeleteItu kabutnya tergolong tebal ya, kapan bisa kesana. Jadi pengen nih.
ReplyDeleteinsya allah 1 hari pasti akan sampai ke sana
DeleteSesuai kan bebiri yang gebu dan cute tinggal kat tempat sejuk ni...
ReplyDeletetu laa.. syg x dpt jumpa bibir2
DeleteTu la hairan xde gambar bebiri. Mesti cute. Hehe...
Deletexde rezeki kami aritu..
DeleteSangat sejuk sekali cuaca sedang dingin ya?
ReplyDeletecuaca sejuk tapi kabut itu sebab hutan terbakar
DeletePergh!! Nengokkan kabus itu terasa kesejukkannya.. Sayanglah pula tak dapat bermesra-mesraan dengan kambing biri-biri..
ReplyDeleteapakan daya...tiada rezeki kami ms tu ;-(
DeleteEffek kabus tu menjadikan tempat ni nampak lebih menarik.
ReplyDeletekalu x de lg cun ;-)
DeleteCantiknya pemandangan dia, macam kat Kundasang je..
ReplyDeleteha'ah laa br tingat kundasang ;-)
Deletemesti sejuk kan, tebal betul kabus dekat situ. Sayangnya tak dapat jumpa biri-biri dekat situ.
ReplyDeleteyap sejuk... mgkn bkn rezeki kami aritu
DeleteMenarik tempat ni.. seronok juga kurang penat berjalan sbb tak panas, cuma kena tahan jelah cuaca sejuk. Tp suasana berkabus tu klu jln sensorang rasa seram juga hehee
ReplyDeletekalau mlm seram kot😆
Deleterejeki takdak nk jumpa bebiri... dpt jumpa kucing hutan pun jd la hahhaa
ReplyDeleterugi xangkut kucing hutan tu bw blk mesia😆
Deleterindunyaaa nak p sini lg. bila la dpt main dgn sheep
ReplyDeletejom g lg eh ehh😆
DeleteSubhanallah, comey sangat pemandangan. Berkabus tu lagilah tambah lawa. Love love. <3
ReplyDeleteye ke tp xnmpk hape
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆