#share 1

12:24 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kalau tak ada kerja, anies suka cari qoute / doa menarik kat soc med dan lepas tu print screen. kadang, sebelum tidur anies akan belek2 semula qoute / doa ni pastu tidur sambil tersenyum hahaha... tak ada laa sampai macam tu.

cuma ye laa kan... kita penat seharian dengan macam2 hal... kita perlukan 'sesuatu' untuk ceriakan diri sendiri. walaupun ada rancangan lawak dan hiburan, tapi tu laa... ia sekadar lawak dan hiburan sahaja. still kita rasa kosong dan 'perlukan' sesuatu agar sedikit sebanyak kita boleh tersenyum.

so, kat bawah ni anies share sebahagian quotes / doa pilihan...

"DO NOT CORRECT A FOOL OR HE WILL HATE YOU; CORRECT A WISE MAN, AND HE WILL APPRECIATE YOU." (BRUCE LEE)

"YA ALLAH, KAMI TAHU USAHA KAMI TIDAK SETANDING DENGAN APA YANG KAMI INGINKAN, TAPI KAMI MOHON YA ALLAH, DENGAN KEBERKATAN DAN KEREDAAN DARI-MU, BERIKAN KAMI KEJAYAAN. AMINNN..."

"MEMANG PEDIH TAPI SAMPAI BILA NAK DIMOMOKKAN DENGAN RHETORIC SEPERTI INI? SELAGIMANA KITA SENDIRI PRACTICE ISLAM SEBENAR-BENARNYA, FULL TIME, TIDAK AKAN SESIAPA PUN BOLEH MENGANCAM DAN MENGAMBIL ISLAM DARI KITA-INSYA ALLAH."

"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA... SELAGI MELAYU BERAMAL DENGAN AJARAN ISLAM" - HANG TUAH. SELAMA NINI HANYA AYAT PERTAMA YANG DISEBUT-SEBUT ORANG KITA...

"P.RAMLEE PUN PERNAH CAKAP: 'KALAU SEMUA KESILAPAN BOLEH DISELESAIKAN DENGAN PERKATAAN MAAF, MAKA TIDAKLAH TUHAN JADIKAN SYURGA DAN NERAKA'."

"JANGAN SEDIH KALAU KAU TEXT SOMEONE TAPI DIA TAK REPLY. MUNGKIN DIA TERLALU KAGUM DENGAN TEXT KAU HINGGA DIA SPEECHLESS, PENGSAN DAN LAIN2"

"NAK TAU TAK RAHSIA DIA MAKBUL? DOALAH LEBIH 3 KALI. RASULULLAH SAW SENDIRI BERDOA SEKURANG-KURANGNYA 3 KALI. SELAIN ITU DOALAH WAKTU HUJAN, ANTARA AZAN DAN QAMAT, DALAM SUJUD, SELEPAS BACAAN TAHIYAT, SELEPAS SOLAT, DOA IBU AYAH KEPADA ANAK, SELEPAS ASAR SEBELUM MAGHRIB."

ADA 3 TANDA HATI KITA BERMASALAH. PERTAMA, TINGGALKAN SOLAT TAPI KITA RASA RILEKS SAJA. KEDUA, BILA DAH LAMA TAK BACA AL-QURAN, SAMPAI JADI TAK PANDAI NAK BACA. KETIGA, BILA MENCARUT JADI KEBIASAAN, MALAH DIJADIKAN LAWAK PULA.

"THE HUMAN MIND CAN ONLY MAINTAIN COMPLETE TRUST ONCE FOR EACH PERSON. ONCE BROKEN, IT'S NEVER BE THE SAME."




so, apa quotes / doa pilihan korang? share laa dengan anies...

p/s belum sempat BW...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

32 Words of Lo♥e

  1. saya pun suka ss quotes tapi biasanya ambik kt pinterest je. thanks sudi share

    ReplyDelete
  2. As salam. Bagusnya Anies sbb suka kongsi quotable quotes dgn kitaorang. Keep it up!
    Btw, buleh je join GA abam kie jika x de fb n youtube.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. sila sila kak masuk... ada jemput2 durian ni haaaa ;-)

      Delete
  4. Thank you for sharing this! Kita banyak juga kumpul quotes tapi tak dan nak share dekat sini sebab semua quotes yang kita suka ada dekat dalam buku dekat Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Suka baca qoute yang Anies share ni...

    ReplyDelete
  6. Yg first tu, do not correct a fool, so trueeeeeee.

    ReplyDelete
  7. Do'a gua cuman satu, semoga kita semua masuk surga bersama sayyidina Muhammad SAW hehe

    ReplyDelete
  8. Ungkapan yang bermakna. Islam tidak boleh diambil untuk dijadikan hak milik khusus kepada mana-mana bangsa atau pertubuhan. Islam itu sememangnya dipelihara melalui wahyu dan sunnahnya. Namun akhlak Islam seringkali dipakai oleh non muslim di negara bukan umat Islam seperti Eropah, Barat dan Jepun. Umat Islam hanya ada Islam pada nama dan IC, namun kebanyakannya masih gagal menyatukan akhlak dalam amalan kehidupan, hanya memetik satu contoh - KEBERSIHAN.

    ReplyDelete
  9. Sha suka yang ini "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA... SELAGI MELAYU BERAMAL DENGAN AJARAN ISLAM" - HANG TUAH. Kena share ayat yang panjang barulah betul maknanya.. kan Anies..

    ReplyDelete
  10. Kalau semua kesilapan boleh diselesaikan dengan perkataan maaf....maka tiadalah tuhan jadikan syurga dan neraka.

    Peringatan..supaya berhati-hati selalu. Boleh jadi kita buat salah dan orang tak nak maafkan kita...aduhai

    ReplyDelete
  11. Menarik quote hang tuah tu.. org asyik sebut frasa yg pertama je selalu.

    ReplyDelete
  12. Menyenangkan ss quote saya juga masih aktif di sosial media seperti Facebook Twitter Google plus LinkedIn Pinterest.

    ReplyDelete
  13. baca quotes antara yang boleh mengisi jiwa kita. terus hati kita sejuk.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆