Ziarah makam Imam Shafie @ Kaherah : hati dipagut sayu...
12:00 pm
✿...السلام عليكم✿
"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan di akhirat."
"Perbanyakkan menyebut (nama) Allah daripada menyebut (nama). perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia."
"Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan berasa gerun."
"Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran (juga). bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. oleh itu, bersyukutlah kerana syukur yang sedemikian adalah setinggi-tinggi syukur."
"Apabila salah seorang antara kaum kerabat atau jiran / saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah untuk menziarahinya kerana perbuatan ini disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah."
(sebahagian daripada nasihat2 Imam Shafie - credit)
"Perbanyakkan menyebut (nama) Allah daripada menyebut (nama). perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia."
"Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan berasa gerun."
"Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran (juga). bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. oleh itu, bersyukutlah kerana syukur yang sedemikian adalah setinggi-tinggi syukur."
"Apabila salah seorang antara kaum kerabat atau jiran / saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah untuk menziarahinya kerana perbuatan ini disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah."
(sebahagian daripada nasihat2 Imam Shafie - credit)
>>::<<
sebut sahaja nama Imam Shafie,
rasanya tidak perlu diperkenalkan
lagi. seorang ulama' tersohor dan
merupakan pengasas kepada mazhab
Shafie yang menjadi ikutan jutaan
umat Islam termasuklah di Malaysia.
seperti sudah menjadi kelaziman,
sesiapa sahaja yang menjejakkan
kaki di bumi Kaherah ini, pasti ada
rasa terpanggil untuk menziarahi
makam sang pencinta ilmu ini.
dilahirkan di Gaza, Palestin dan
menghembuskan nafas terakhir di
Kaherah sudah cukup memberi
gambaran bahawa sepanjang
hidupnya diabdikan untuk mengutip
ilmu. maka tidak hairanlah jika
sumbangan serta baktinya terus
mekar mewangi sehingga ke hari ini...
sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di halaman masjid, anda pasti akan ternampak papan (batu) tanda ini...
... juga dikenali sebagai masjid Imam Shafie. nampak dari luar macam dua tingkat tapi sebenarnya setingkat sahaja...
nak tahu kenapa kami rasa sayu bila sampai kat sini? sebenarnya, sebelum ni, kawasan di sekitar masjid ni teramatlah kotor. penuh sampah sarap. pendek kata memang tak terjaga laa... di atas rasa kasih dan inisiatif yang tak terhingga terhadap insan yang istimewa ini, pelajar Malaysia di Al-Azhar serta kedutaan Malaysia mengambil langkah untuk membersihkan kawasan masjid ini termasuk makam sekali, pada setiap minggu (kalau tak silap). kami tak dapat nak bayangkan kalau tempat ini terus diselubungi kekotoran sedangkan di situ tersemadinya insan yang bukan calang2 sumbangannya. mudah-mudahan inisitif ini akan berterusan sampai bila2...
di luar masjid - peta dan penerangan kawasan makam - dalam 2 bahasa: Arab dan Inggeris.
sedikit sejarah tentang pembinaan masjid Imam Shafie dan makamnya - juga di luar masjid.
pintu masuk menuju ke makam. sebenarnya nak highlight red circle tu... di atas kubah masjid ni, terdapat replika kapal pada zaman dahulu. ia membawa maksud 'kembara ilmu' yang dilakukan oleh Imam Shafie (merantau ke merata tempat untuk menuntut ilmu). hanya di masjid ini sahaja yang mempunyai kubah bereplikakan sebuah kapal...
ini makam Tuan Abdillah bin Muhammad bin Hikam - ini ke makam Imam Shafie?
yang diselubungi lampu hijau itulah makam Imam Shafie. nampak tak ada sebatang tiang di hadapan makam tu? dikhabarkan, itulah tiang yang sering menjadi tempat Imam Shafie bersandar tatkala selesai menyampaikan kuliahnya. kalau tak silap anies, tiang masjid tersebut diperoleh dari sebuah masjid di Baghdad, Iraq.
close up makam Imam Shafie...
bersebelahan makam Imam Shafie, tersemadi jenazah isteri kepada panglima Islam tersohor, Salehuddin Al-Ayyubi. allahyarhamah dipanggil Malakatush-Sham (Permaisuri Sham)
sesuatu yang tak dijangka! bersebelahan kedua-dua makam ini adalah BEKAS TAPAK KAKI RASULULLAH SAW! (red circle) Subhanallah! macam mana bekas tapak kaki nabi ni boleh berada di sini? menurut ustaz, bekas tapak kaki ni dibawa dari Madinah. siapa dan mengapa ia dibawa ke sini... wallahu 'alam. apa2 pun jika benar ini BEKAS TAPAK NABI SAW, tiada apa yang mampu diucapkan melainkan... Subhanallah...
ruang solat disediakan bersebelahan makam. tujuannya untuk memberi keselesaan terutama ketika solat Jumaat... sayangnya, ruang utama masjid tak sempat nak dirakamkan kerana ketika itu orang agak ramai (sedang solat Zohor)
pintu utama masjid...
sebelum beredar, anies sempat
tanya kat ustaz... makam Imam2
mazhab yang lain ada kat mana
ek? kat Mesir, or luar Mesir?
jawab ustaz, di luar Mesir tapi
tak diketahui di mana lokasinya...
p/s sebarang kesilapan fakta, mohon diperbetulkan...
35 Words of Lo♥e
sungguh..baca tajuk pun dah sayu
ReplyDeletesayangnya anies..acik dapat baca je..gambar tak dapat tengok..kot ada pun keluar separuhnya
ReplyDeletesayangnya anies..acik dapat baca je..gambar tak dapat tengok..kot ada pun keluar separuhnya
ReplyDeletemakam orang orang sholeh selalu di kunjungi umat :)
ReplyDeletesubhanallah...
ReplyDeleteunik la kubah bntuk kapal tu kak anies.. ya Allah sebak baca. moga2 org2 kedutaan & pljr2 mlysia di AlAzhar yg rajin mmbrsihkan kwsn sana sntiasa diberi kesihatan.. subhanallah tapak kaki Baginda pun ada.. seronoknye kak anies dtp tgk live kt sana..
ReplyDeleteteringin nak pergi sana..insyaAllah jika ada rezeki
ReplyDeleteTeruja tgk kembara ke makam Imam Syafie tu..dan saya makin teruja bila tgk bekas tapak kaki Rasul SAW itu...Teringin saya nak ber kembara macam ni...
ReplyDeleteAlhamdullilah, inisiatif student Malaysia & pihak Kedutaan tu....moga Allah membalas usaha mereka sebaik baiknya, Insya Allah....cuma nak tahu, jadi sebegitu ( kotor), adakah sebab kejatuhan Presiden Morsi?
malu nk ckp. sbnr nyer penduduk mesir ni pengotor sikit... (banyak sbnr nyer) bkn sbb pemimpin or org lain tp mmg sikap penduduknya
DeleteSaya sempat melawat 2 minggu lepas. Tapi tak dapat masuk kedalam kerana kerja2 pembaikan tengah berjalan. Sedih tengok tahap 'kebersihan' disekitar masjid dan laluan ke kawasan makam.
Deletebkn kawasan sini je malah hmpr seluruh kawasan mesir😓
Deletesubhanallah pesanan imam shafie penyejuk jiwa yg sakit...moga sejarah warisan imam kita kekal terjaga terpelihara sebaiknya...tahniah anies n3 terbaik...
ReplyDeleteSayu pulak baca ni...
ReplyDeleteCuba bayangkan...betapa banyak jasa beliau pada Islam...
Nice sharing anies..
bestnya sis anies... bila la pula turn sy ye... hihi teringin juga :)
ReplyDeletebestnye,,iqha bila lah dpt ke sana..huhu..btw,,jemputlah singgah.. ;)
ReplyDeletehttp://mylifemiqhaazmi.blogspot.com/2014/12/cara-nak-buat-duit.html
Untungnya Anies dpt sampai dan dpt melawat makam nie.. Moga rohnya dicucuri rahmat.. Al Fatihah..
ReplyDeletesonoknye dapat pegi tempat2 cam ni..
ReplyDeleteSubhanallah... saya yg baca & tengok gambar2 tu pun turut terkesan... sayu..
ReplyDeleteSemoga keberkatan ziarah tu sentiasa bersama Anies & sesiapa jua yg membaca perkongsian ini... aamiin ya Rabbal alaamiin...
Salam anies berapa lama kat Mesir?? bestnya dapat mengenang sejarah dan melihatnya di depan mata
ReplyDeletedua mggu sis
Deleteseronoknya tengok pengembaraan anis..
ReplyDeleteMama Niza
untung Anies dpt melawat makam Imam tersohor.ada rezeki teringin juga kesana..
ReplyDeletebertuahnya Anies dapat menziarahi makam Imam Syafie..
ReplyDeleteSubhanallah...dapat melihat bekas tapak kaki Rasulullah SAW yang yang sangat dicintai pun satu anugerah juga Anies.
Subhanalloh makan aja indahnya luar biasa mbak :')
ReplyDeletesubhanallah
ReplyDeleteSayu bila tau kisahnya.. harap2 pelajar malaysia akan terus buat kerja2 pembersihan. Subhanallah tapak kaki nabi
ReplyDeletesubhanallah..betul ke tu tapak kaki Rasulullah?? kalau betul, bertuahnya akak.. bagus pelajar2 malaysia buat macam tu.. rase bangga.. :)
ReplyDeleteSeronok baca catatan perjalanan Anis. Moga 1 hari akak dapat jejakkan kaki ke sana juga.
ReplyDeleteSalam kenal dari FAMF Tower
Done follow sini :)
Dapat anies tengok tapak kaki Rasulullah real depan mata. Subhanallah.
ReplyDeleteAllahuakbar... saya yg baca entri ni je pun dah bergenang air mata... Allahuakbar...
ReplyDeleteterasa sebak ..
ReplyDeleteuntung anies bpluang jejak kaki ke makam2 ni
Untungnya anies dapat lihat bekas tapak kaki Rasullulah S.A.W
ReplyDeleteSubhanallah.. beruntungnya u anies dapat melawat ke makam Iman Shafie.. farah dapat baca nie pn dah dapat rasa mcmne bestnta suasana kat sana..thanks anies.. =D
ReplyDeletesubhanallah.. untungnya anis dapat pegi.. dapat melawat tempat zaman nabi2 dulu...
ReplyDeletebertuah anies dapat sampai n tengok sendiri makan imam shafie....
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆