Kubu Salahuddin Al-Ayyubi @ Kaherah : apabila teknologi mendahului masa

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Rasanya, kalau datang ke Mesir
ikut agensi pelancongan... pasti
yu ols akan dibawa ke sini selain
Piramid, Sungai Nil dan sebagainya.

istimewanya kubu Salahuddin ini
bukan kerana ianya dibina di atas 
bukit, tetapi kerana 'teknologi' yang
terdapat padanya yang dikhabarkan
telah melangkah lebih ke hadapan
tatkala ianya dibina.

so, siapa kata Islam tak hebat?

agak terkejut juga masa mula2 nampak binaan kubu ni. dalam hati terdetik, macam mana pulak masjid ala2 senibina Turki boleh berada kat situ? blogger Pangkin Nenek dan ummiross boleh tolong jawab tak? ;-)

pic di snap dari dalam tranco... sekali tengok kubu ni macam berada di sebelah jalan kan? sebenarnya ia berada di atas bukit...

kami 'mengelilingi' bahagian luar kubu ni terlebih dahulu (dengan tranco). dalam hati dah tak sabar nak tengok lebih dekat lagi...

bila dah sampai, ingatkan masuk ke sini FOC. rupanya kena bayar. EGD60 (RM30)... mmm mahal juga... tak pe laa... mungkin sekali seumur hidup dapat datang ke sini...

kubu ni juga dianggap sebagai salah satu muzium ketenteraan.

sedikit penerangan / map tentang kubu ni. nampak tak ayat pertama kat papan kenyataan ni? IT IS THE LARGEST CITADEL IN THE ISLAMIC WORLD... terkedu sekejap!

close up sikit bahagian dinding kubu ni. kalau ikut perkiraan anies, ketinggian dinding kubu ni adalah bersamaan bangunan 4 tingkat. ada sesiapa nak try panjat? ;-)

dari atas kubu, yu ols boleh saksikan panorama bandar Kaherah. oh, ya... masa ni baru pukul 2 petang dan bacaan suhu adalah 18 darjah celsius!! sejuk tau cik Tipah oiii....

dalam kawasan kubu ni, terdapat 2 buah masjid, muzium dan macam2 lagi. tak larat rasanya nak tawaf semua tempat dalam 1 masa. so, anies just melawat kawasan2 yang bersejarah je... macam 2 masjid yang kat belakang tu... 

tentang 2 buah masjid tu, anies 
akan share on my next entry, okey!

p/s happy birthday to Una! yeaaaayy... 
you're 1 year old today, sweetie... 
how time flies...

ada meeting lepas ni... arrghh malasnya nak attend...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

27 Words of Lo♥e

  1. yup tamadun islam zaman dulu byk lahirkan ilmuwan2 yg terkenal.. islam hebat. :)

    ReplyDelete
  2. hebat..Islam memang hebat.harap umat Islam akan sedar benda tu ;)

    ReplyDelete
  3. Tgk seni binaan kubu tu, mmg tak syak lagi, hebatnya tamadun Islam satu masa dahulu...Kagum saya.

    ReplyDelete
  4. Betapa kukuhnya binaan kubu tu yer sebab ia kekal hingga kini... Besar lak tu...

    ReplyDelete
  5. kubunya seteguh jiwa pembinanya kekal menjadi tatapan sejarah generasi kmudian..

    ReplyDelete
  6. pernah dengar orang barat cakap ada alien tolong buatkan.. apa pun percakapan tu sebab terpegun dengan kehebatannya.. memang amazing, bertuah Anis dah ke sana..

    ReplyDelete
  7. Mahal pun tak pe anies.. bukan selalu pun dapat pergi sana kan.. =D

    ReplyDelete
  8. Wah kak anies pasti lama berada di sana :)

    ReplyDelete
  9. Kagum dgn kehebatan Salahuddin Al-Ayubi...

    ReplyDelete
  10. betapa hebatnya tamadun islam zaman dulu..sehingga kini senibenanya masih kukuh dan di kagumi.
    tak sabar nak tunggu entry masjid ala di Turki tu Anies..

    ReplyDelete
  11. Tamadun yg hebat utk kita semua jadikan contoh tauladan... semoga Islam kembali bersinar dan gemilang di seluruh alam... aamiin.

    ReplyDelete
  12. maaf lama tak datang sini. wow best nyer

    ReplyDelete
  13. Hebat betul tamadun islam zaman dulu..

    ReplyDelete
  14. subhanallah hebatnya tamadun islam dulu kak Anies. berbaloi jugaklah byr mahal pon kan sbb nk pergi lagi entah bila kan.. ana ni lg x prnah pegi lagi :')

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum.. cik ash da follow anies.... subhanallah cantiknya... turki ke tu,,, bila ekin aan sampai ni... semoga suatu ari nanti ekin smpai la... :)

    ReplyDelete
  16. Subhanallah....terima kasih berkongsi yer...Alhamdulillah, masih ada lagi peninggalan tamadun Islam dulu...boleh dijadikan semangat untuk menjadikan Islam agung kembali...^_^

    ReplyDelete
  17. As'salam subahanallah,,,teruja nak pergi anies

    ReplyDelete
  18. Hebat...kagum tgk kubu tu..senibina nya masih kukuh

    ReplyDelete
  19. tq for sharing info2 kat sini anies

    ReplyDelete
  20. Hebatnya senibina Islam! Untung Anis dpt g sana....

    ReplyDelete
  21. Menariknya kubu ni. Rasa kegemilangan Islam satu masa dulu. Dan insyaAllah kegemilangan tu akan kembali semula selepas ni.

    ReplyDelete
  22. Memang hebat senibina islam zama dulu.. tertanya hebat org yg membina kubu ni

    ReplyDelete
  23. kukuh sampai sekarang bangunan tu... mmg cantik... subhanallah...

    ReplyDelete
  24. as'salam datang lagi tengok makan alayubi..terbaik perkongsian..

    ReplyDelete
  25. as'salam datang lagi tengok makan alayubi..terbaik perkongsian..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆