Ucu's wedding vol. 2 : solemnization & bersanding
9:17 am
...السلام عليكم
Sambungan daripada ucu's wedding vol. 1.
detik2 bersejarah dalam hidup ucu sampai ke kemuncaknya.
dan detik itu diraikan dengan hujan yang turun melimpah ruah.
bak kata orang, hujan rahmat.
majlis dijadualkan berlangsung pada pukul 9 pagi.
kami sampai di rumah pengantin perempuan kira2 5 minit sebelum majlis bermula.
tapi masa tu tok kadi belum sampai lagi.
bila kami berkira2 nak masuk ke dalam rumah, tok kadi pun sampai.
cepat2 dia minta maaf sebab kelewatannya.
almaklumlah, dialah orang paling busy hari tu.
katanya, hari tu je dia ada 2-3 orang yang bakal nak dinikahkan.
sebelum majlis bermula, wakil pihak pengantin perempuan tiba-tiba tanya kami:
"err... minta maaflah. kami nak tanya sikit. berapa mas kahwin yang nak dibayar ni?"
masa tu, memang terkuzat la kami.
yelah, dah la tak prepare awal2 dengan soalan ni tetiba kena pulak tembak sebegini.
tambahan pula, mas kahwin kami tak letak dalam dulang hantaran.
mungkin sebab tu pihak pengantin perempuan dok tanya.
syukurlah, masa tu masing2 ada bawa tab and HP.
cepat2 la kami dok google nilai dinar emas kelantan yang terkini!
(FYI, ucu menggunakan dinar emas kelantan sebagai mas kahwinnya)
nak jadikan cerita, dalam hujan lebat tu, satu signal pun tak ada.
jenuh jugalah menenyeh tab dan HP sampai pengantin pun dah naik resah.
akhirnya, dapat juga jawapan.
sebaik sahaja borang siap diisi, maka bermulalah majlis nikah ucu.
Alhamdulillah...
p/s pic terlalu banyak sampai naik pitam nak pilih.
so yang ni je la yang sempat anies share untuk tatapan yu ols...
penyerahan mas kahwin.
time ni kami berebut2 nak snap gambar sebab ruang sangat2 terhad.
upacara menyarung cincin dan membatalkan wuduk.
now, you're husband and wife... officially...
there are 2 ucus in da house!
beza umur depa ni cuma 2 tahun je.
masa majlis bersanding, cuma yang ni je yang ada.
yang lain2 semua dah balik rumah sebab ada kerja lain nak kena bereskan.
diorang baling gula2 dengan duit siling.
apa lagi...
naik sawan la budak2 dan mak budak dok kutip gula2 dan duit.
(anies dapat RM0.25 je...)
makan beradap.
punyalah sedap lauk sambal udang tu.
pastu siaplah...
bersin sampai senget rahang...
semua lauk-pauk memang sedap2 belaka.
then kami pun bantai sampai tak ingat dunia.
pada hal, lepas majlis nikah, kami dah mengadap nasi beryani sebelum tu...
kek pelangi yang sedap.
konon2 nak minta kat ucu patung pengantin tu.
tapi awal2 lagi tuan rumah dah amik...
dan sebelum balik, mestilah ada berkat kan...
tak kan la tuan rumah sampai hati nak biarkan kami balik dengan tangan kosong...
^_^
to be continued...
32 Words of Lo♥e
Ucu tu sape? abg Anies? ke pak sedara? sorry la akak tak baca entry sebelum ni. Google account akk takleh komen kalau akak tengok di tablet dan S3 akak. Ni yg jarang blog walking ni...huhu...frust sgt.
ReplyDeleteha ah siapa ucu tu?..ha ni nak tya..bila lagi ni..
ReplyDeletetak sabar nak pg melaka..
hihi~gambar berpusing2..:)
ReplyDeletep/s: Tq bagi sedikit info sakit lutut tuh...
Ala2 ucu dia.. Auni pun tggu ucu dia kawen jgakkk ..hhahhaa
ReplyDeleteSedapnya lauk kenduri....cuti sekolah lambat lagi...
ReplyDeletemoga jodoh mereka berkekalan...
ReplyDeleteSelamat Pengantin Baru buat Ucu Anies.. Moga kekal bahagia hingga akhir hayat.. Ammiinn
ReplyDeletetahniah buat ucu awak.. memang meriah, makanan pun nampak sedap2.. hehe
ReplyDeleteselamat pengantin baru buat mereka
ReplyDeleteselamat pengantin baru..semoga berkekalan selamanya..
ReplyDeleteacik pun beza 2 tahun juga dengan suami acik tu anies
sweetnyer pengantin...moga bahagia hingga ke jannah..
ReplyDeleteselamat pengantin baru...
ReplyDeleteselamat pengantin baru buat mereka , semoga berbahagia hingga ke syurga...:)
ReplyDeleteTahniah dan slmat pengantin baru utk pasangan pengantin....
ReplyDeletewaa seronoknya 'bekwah'(berkenduri, lauk pauk tu Anies, memang menggoda betul,macam2 ada. tahniah buat pasangan pengantin..
ReplyDeleteucu senyum sampai ke telinga.. bahagianya kan jadi raja sehari..
ReplyDeleteberkat?? eheee...satu kapal dengan kak anim ke? haha..
sedapnya menu yang disajikan.. comel pengantin perempuan..
ReplyDeletekek pelangi tu paling paling palingggggggg menangkap!
ReplyDeletetahniah dan selamat pengantin baru..muga kekal bahagia hingga akhir hayat..
ReplyDeleteselamat pengantin baru ucu
ReplyDeletegambar dok pusing2... he3
ReplyDeletedtg lagi.... nk bagitau Aed tuh mmg cepat jln tapi dh 3 thn baru leh bercakap... ha ko... camno tuh? igt dh bisu... ;p
ReplyDeletetahniah...untuk ucu Anis...moga berbahagia untuk selamanya....
ReplyDeleteTengok lauk lauk tu,mmg nampak sedapnya....1st time saya tgk kek pengantin guna rainbow cake :)
ReplyDeletetahniah untuk ucu anies.. neway rainbOw cake tu menggOda la..ihikss
ReplyDeletesmoga bhagia..
ReplyDeleteSelamat Pengantin Baru..yg bab dok google ramai2 mas kahwin tu mmg kelakor..haha
ReplyDeleteselamat pengantin baru buat kedua mempelai...semoga berbahagia selamanya...amin...
ReplyDeletesemoga kedua pengantin tu bahagia sehingga akhir hayat...
ReplyDeleteSelamat pengantin baru Ucu :)
ReplyDeleteMeriah pengantin baling coklat dan gula2
Cam ner boleh terlepas entri ni entah...
ReplyDeleteKek? Sedapnyaaaaa....
tahniah buat pengantin. semoga nagahia hingga ke syurga.
ReplyDeletealahai ko anies, siap nak tender patung kat kek tu lagi. Ngalahkan anak anak akak le pulak. adoi...
pelangi oh pelangi.. kek pelangi memang sedap. nyum nyum
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆