Pages

Tuesday, 1 October 2013

Ucu's wedding vol. 2 : solemnization & bersanding

...السلام عليكم

Sambungan daripada ucu's wedding vol. 1.

detik2 bersejarah dalam hidup ucu sampai ke kemuncaknya.
dan detik itu diraikan dengan hujan yang turun melimpah ruah.
bak kata orang, hujan rahmat.

majlis dijadualkan berlangsung pada pukul 9 pagi.
kami sampai di rumah pengantin perempuan kira2 5 minit sebelum majlis bermula.
tapi masa tu tok kadi belum sampai lagi.

bila kami berkira2 nak masuk ke dalam rumah, tok kadi pun sampai.
cepat2 dia minta maaf sebab kelewatannya.
almaklumlah, dialah orang paling busy hari tu.
katanya, hari tu je dia ada 2-3 orang yang bakal nak dinikahkan.

sebelum majlis bermula, wakil pihak pengantin perempuan tiba-tiba tanya kami:




"err... minta maaflah. kami nak tanya sikit. berapa mas kahwin yang nak dibayar ni?"

masa tu, memang terkuzat la kami.
yelah, dah la tak prepare awal2 dengan soalan ni tetiba kena pulak tembak sebegini.
tambahan pula, mas kahwin kami tak letak dalam dulang hantaran.
mungkin sebab tu pihak pengantin perempuan dok tanya.

syukurlah, masa tu masing2 ada bawa tab and HP.
cepat2 la kami dok google nilai dinar emas kelantan yang terkini!
(FYI, ucu menggunakan dinar emas kelantan sebagai mas kahwinnya)

nak jadikan cerita, dalam hujan lebat tu, satu signal pun tak ada.
jenuh jugalah menenyeh tab dan HP sampai pengantin pun dah naik resah.

akhirnya, dapat juga jawapan.
sebaik sahaja borang siap diisi, maka bermulalah majlis nikah ucu.
Alhamdulillah...

p/s pic terlalu banyak sampai naik pitam nak pilih.
so yang ni je la yang sempat anies share untuk tatapan yu ols...

penyerahan mas kahwin.
time ni kami berebut2 nak snap gambar sebab ruang sangat2 terhad.

upacara menyarung cincin dan membatalkan wuduk.
now, you're husband and wife... officially...

there are 2 ucus in da house!
beza umur depa ni cuma 2 tahun je.

masa majlis bersanding, cuma yang ni je yang ada.
yang lain2 semua dah balik rumah sebab ada kerja lain nak kena bereskan.

diorang baling gula2 dengan duit siling.
apa lagi...
naik sawan la budak2 dan mak budak dok kutip gula2 dan duit.
(anies dapat RM0.25 je...)

makan beradap.
punyalah sedap lauk sambal udang tu.
pastu siaplah...
bersin sampai senget rahang...

semua lauk-pauk memang sedap2 belaka.
then kami pun bantai sampai tak ingat dunia.
pada hal, lepas majlis nikah, kami dah mengadap nasi beryani sebelum tu...


kek pelangi yang sedap.
konon2 nak minta kat ucu patung pengantin tu.
tapi awal2 lagi tuan rumah dah amik...

dan sebelum balik, mestilah ada berkat kan...
tak kan la tuan rumah sampai hati nak biarkan kami balik dengan tangan kosong...
^_^

to be continued...

32 comments:

  1. Ucu tu sape? abg Anies? ke pak sedara? sorry la akak tak baca entry sebelum ni. Google account akk takleh komen kalau akak tengok di tablet dan S3 akak. Ni yg jarang blog walking ni...huhu...frust sgt.

    ReplyDelete
  2. ha ah siapa ucu tu?..ha ni nak tya..bila lagi ni..

    tak sabar nak pg melaka..

    ReplyDelete
  3. hihi~gambar berpusing2..:)

    p/s: Tq bagi sedikit info sakit lutut tuh...

    ReplyDelete
  4. Ala2 ucu dia.. Auni pun tggu ucu dia kawen jgakkk ..hhahhaa

    ReplyDelete
  5. Sedapnya lauk kenduri....cuti sekolah lambat lagi...

    ReplyDelete
  6. moga jodoh mereka berkekalan...

    ReplyDelete
  7. Selamat Pengantin Baru buat Ucu Anies.. Moga kekal bahagia hingga akhir hayat.. Ammiinn

    ReplyDelete
  8. tahniah buat ucu awak.. memang meriah, makanan pun nampak sedap2.. hehe

    ReplyDelete
  9. selamat pengantin baru buat mereka

    ReplyDelete
  10. selamat pengantin baru..semoga berkekalan selamanya..
    acik pun beza 2 tahun juga dengan suami acik tu anies

    ReplyDelete
  11. sweetnyer pengantin...moga bahagia hingga ke jannah..

    ReplyDelete
  12. selamat pengantin baru buat mereka , semoga berbahagia hingga ke syurga...:)

    ReplyDelete
  13. Tahniah dan slmat pengantin baru utk pasangan pengantin....

    ReplyDelete
  14. waa seronoknya 'bekwah'(berkenduri, lauk pauk tu Anies, memang menggoda betul,macam2 ada. tahniah buat pasangan pengantin..

    ReplyDelete
  15. ucu senyum sampai ke telinga.. bahagianya kan jadi raja sehari..

    berkat?? eheee...satu kapal dengan kak anim ke? haha..

    ReplyDelete
  16. sedapnya menu yang disajikan.. comel pengantin perempuan..

    ReplyDelete
  17. kek pelangi tu paling paling palingggggggg menangkap!

    ReplyDelete
  18. tahniah dan selamat pengantin baru..muga kekal bahagia hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  19. dtg lagi.... nk bagitau Aed tuh mmg cepat jln tapi dh 3 thn baru leh bercakap... ha ko... camno tuh? igt dh bisu... ;p

    ReplyDelete
  20. tahniah...untuk ucu Anis...moga berbahagia untuk selamanya....

    ReplyDelete
  21. Tengok lauk lauk tu,mmg nampak sedapnya....1st time saya tgk kek pengantin guna rainbow cake :)

    ReplyDelete
  22. tahniah untuk ucu anies.. neway rainbOw cake tu menggOda la..ihikss

    ReplyDelete
  23. Selamat Pengantin Baru..yg bab dok google ramai2 mas kahwin tu mmg kelakor..haha

    ReplyDelete
  24. selamat pengantin baru buat kedua mempelai...semoga berbahagia selamanya...amin...

    ReplyDelete
  25. semoga kedua pengantin tu bahagia sehingga akhir hayat...

    ReplyDelete
  26. Selamat pengantin baru Ucu :)

    Meriah pengantin baling coklat dan gula2

    ReplyDelete
  27. Cam ner boleh terlepas entri ni entah...

    Kek? Sedapnyaaaaa....

    ReplyDelete
  28. tahniah buat pengantin. semoga nagahia hingga ke syurga.

    alahai ko anies, siap nak tender patung kat kek tu lagi. Ngalahkan anak anak akak le pulak. adoi...

    pelangi oh pelangi.. kek pelangi memang sedap. nyum nyum

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆