...السلام عليكم
Hari yang ditunggu2, tiba akhirnya.
kalau sebelum ni rasa macam lambat je.
bila dah tiba harinya, barulah terasa...
ya Allah...
esok ke majlisnya?
tapi, apasal macam banyak je kerja yang tak selesai / tak buat ni??
rasanya, yu ols pun rasa macam tu juga kan esp. bila berhadapan dengan hal2 macam ni.
penat tu tak payah cakaplah.
tapi, kalau asyik fikir penat je..
hey, anies!
orang lain pun penat juga!
bukan kau sorang je...
ekekeke...
okey... okey, back to the title.
sehari sebelum majlis kahwin ucu ni, mak cik anies telah mengadakan kenduri aqiqah untuk anaknya.
kenduri ni buat kat rumah opah.
oleh kerana ramai yang balik kampung, so kata mak cik masa tu lah yang paling sesuai.
bila ramai dah ada, maka nak buat kerja pun senang kan...
kenduri berlangsung selepas maghrib.
jemputan pun tak ramai.
orang masjid, saudara mara dan jiran2 tetangga.
tapi yang mengejutkan, kami terpaksa masak nasi sampai 2 kali sebab tak cukup!
syukurlah lauk masih banyak.
agaknya, masing2 tengah lapar kot masa tu...
tu yang makan sampai bertambah2.
apa pun yang penting, family kami berpuas hati sebab makanan licin!
malam tu juga dah boleh gantung periuk belanga.
^_^
menu of the day:
rojak, gulai kambing, ikan cencaru + kicap dan kambing masak bistik.
yang berbungkus ketupat tu, berkat telur.
paling best, daging kambing ni tak berbau langsung.
agaknya, tu yang makan laju je...
then, acu yu ols tengok sudu tu.
mama anies cakap, sudu ni boleh gantung kat telinga.
ekekekeke...
antara orang masjid yang hadir.
pada mulanya, kami ingatkan tak ramai.
sekali datang, 20++ orang!
apa lagi...
'bersilat'lah kami kat dapur masa tu!
^_^
petang, sebelum kenduri aqiqah...
saudara mara datang menolong and buat mana2 kerja yang ada.
salah satunya, hiris daun pandan untuk buat bunga rampai.
okey, tu je dulu.
tunggu next entry ye untuk cerita yang lebih panas lagi sensasi (kek dah nyer...)
tgk lauk pauk tu sedap jer..tgh lapar plak ni..hehe
ReplyDeletewahhhhhh...kambing msk bifstik?mcm menarik je bunyinyer....:))
ReplyDeletewahhhhhh...kambing msk bifstik?mcm menarik je bunyinyer....:))
ReplyDeletesedap tu anies..sebab tu 2 x masak
ReplyDeletenampak sedap lauk pauk tu !
ReplyDeletewah makan-makan sist. enak bisa makan bareng-bareng :)
ReplyDeletewah! kambing...saya suka daging kambing
ReplyDeletehujung mggu yg sibuk ye anies...sedap lauk pauk tuh..
ReplyDeletesyukur kalau ramai yg datang, bila x ramai tu sedey je kan... akak biasanya nasi ada lagi, lauk plak yg cepat habis... org suka ratah lauk leer..
ReplyDeletekami pun nak buat aqiqah utk Aleesya school holiday ni. I'allah nak cari kambing jugak ni
ReplyDeletelauk dalam talam tu yang marvellous anis..
ReplyDeletekena pulak nasi panas2..mana tak licing..heeee
p/s rindunya maakan lauk dalam dulang ni. selalu jumpa buffet aja
membuka selera betul.boleh licin ni kalau akak yg hadap
ReplyDeletemasakan yang simple tapi sedap.. :)
ReplyDeleteAnies kalau bab makan2 pas tu kat kampung pulak memang lah nikmat!
ReplyDeletesedapnyer..best knduri kat lg sb ade gotong royong kan
ReplyDeleteuntung buat kenduri kawin + aqiqah
ReplyDeleteSalam Anies..ada lauk daging kambing tu yg nasik cpt habih..sedap!!
ReplyDeletekalau bersilat kat dapur ramai2 riuh rendah jadinya kan...hehe
ReplyDeletenampak sedap semua lauk tu anies.. :D
ReplyDeletemau tak bertambah Anies, lauk pauk tu sedap semuanya, rasa nak tumpang bersila juga ni, bak mai sepinggan nasi, hehehe..
ReplyDeletemau tak bertambah Anies, lauk pauk tu sedap semuanya, rasa nak tumpang bersila juga ni, bak mai sepinggan nasi, hehehe..
ReplyDeletesudutu kesukaan akak tau.. .sekarangni sentiasa ada dalam handbag.. sebab kalau nak hirup sup tak bestler sudu biasatu.. kedai2 tolongler tukar sudu sangkut telinga untuk sup atau tomyam...
ReplyDeleteterpanjang lak komen pasal sudu.. memang sedapler menu haritu mana tak kena masak lagi...
biar sederhana.. makanan meriah hihihihi
ReplyDeletepart best bila kenduri mesti part memasak gotong royong.. hehe
ReplyDeleteSedapnya tengok menu... :)
ReplyDelete