✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kalau tak silap tahun lepas roti wap ni kemain viral penangannya. Q pun panjang sokmo. siapa yang sanggup je mampu beratur lama. but not me laa...
sekarang tak viral dah. tapi yang bagusnya owner roti wap ni nampaknya terus berjaya kekalkan bisnesnya. bukan mudah ya nak kekal relevan esp dalam industri F&B ni.
cawangan kat Ampang Park ni dah lama buka. cuma anies je yang tak sempat nak singgah. sampailah minggu lepas... alang alang dah sampai sini, why not singgah beli? kalau nak makan kat situ pun boleh. kerusi meja disediakan dan boleh lepak sambil-sambil hirup angin petang.
lokasi kiosk ni senang je. keluar je dari stesen MRT/LRT Ampang Park, korang boleh nampak kiosk ni... sederet dengan Kedai Mesra dan Gloria Jeans Coffee...
anies beli set 4. RM10. ada 4 keping roti wap dan 4 flavour berlainan.
flavour pilihan: kaya, cookies cream, milk chocolate dan chococrunch. daripada keempat-empat flavour ni, yang ngam dengan tekak anies adalah chococrunch. yang lain-lain tu okey tapi agak manis.
roti wap ni kena makan panas-panas baru sedap. kalau dah sejuk sikit, nanti korang akan rasa filling tu terlampau manis. ni cuma pandangan anies je ya. lain orang lain seleranya.
selain flavour ni ada pelbagai flavour lain yang disediakan. kat sini juga ada jual minuman sejuk & panas selain ais krim kon, roti bakar, croffle.
klik SINI untuk ketahui info lanjut tentang roti wap. oh ya, selain Ampang Park, cawangan rotiwap yang lain ada kat Putrajaya & Bangi.
korang dah pernah makan roti wap ni? acu share👇
well tu je laa untuk hari ni. thanks for reading.
daa
























Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam