✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Peningkatan harga beras pada akhir-akhir ni amat membimbangkan kerana, seperti yang ramai sedia maklum, beras (nasi) merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. hampir setiap hari kita makan nasi dan pastinya kenaikan harga beras ni sedikit sebanyak akan mengganggu perbelanjaan isi rumah terutama mereka yang berpendapatan rendah.
apabila perkara ini berlaku ia secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan inflasi.
apa itu inflasi?
inflasi merujuk kepada situasi di mana harga barang-barang dan perkhidmatan meningkat sepanjang masa.
contohnya, pada tahun lepas harga sebuku roti adalah RM2.50 tetapi sekarang harganya RM3.
inilah tanda inflasi dan ia bermaksud, (wang) anda tak dapat lagi membeli sebanyak yang anda beli seperti sebelum ini.
mengapa inflasi berlaku?
Ia berlaku kerana pelbagai sebab, antaranya:
1. permintaan tinggi
2. peningkatan kos pengeluaran
3. pertumbuhan ekonomi yang baik
4. pertukaran mata wang yang tak stabil
apa kerajaan boleh lakukan?
kerajaan ada pelbagai cara untuk uruskan inflasi:
bank pusat - bank pusat seperti Bank Negara Malaysia boleh mengubah kadar faedah. kadar faedah yang lebih tinggi boleh menggalakkan orang ramai menyimpan wang dan mengurangkan perbelanjaan sedia ada sekaligus dapat membantu mengawal inflasi.
pengawalan harga - kerajaan boleh mengawal harga tertentu seperti harga minyak atau bahan mentah untuk membantu mengekang peningkatan harga yang mendadak.
kawalan mata wang - dengan mengawal nilai mata wang, ia juga dapat mengelakkan harga barang import meningkat secara tiba-tiba yang mana ia turut menyumbang kepada inflasi.
dasar fiskal - mengetatkan dasar fiskal yang melibatkan cukai dan perbelanjaan negara juga noleh memberi kesan terhadap inflasi.
pendidikan & kesedaran - kerajaan juga boleh memberi pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai tentang cara mengurus kewangan untuk mengelakkan inflasi merosakkan kuasa beli mereka.
jadi secara ringkas, inflasi merupakan peningkatan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku secara berterusan. ia boleh disebabkan pelbagai faktor dan kerajaan boleh menggunakan 'peralatan ekonomi' untuk mengawal inflasi agar ia tidak membahayakan ekonomi dan kehidupan kita.
kredit dan diubahsuai daripada: Telegram Market Demon (TRADERS)
dessert & pastri turut mengalami peningkatan harga mendadak dalam tahun ni...
barang atau perkhidmatan apa yang korang rasa, perubahan harganya sangat mendadak sejak kebelakangan ni?
jom share!



Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam