Thong Bowl @ Berjaya Times Square, KL
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Lama juga laa simpan 'hasrat' nak makan kat sini sejak restoran ni viral disebabkan teh ais boba gelas gergasi tu beberapa tahun lepas.
dannn sekarang lepas dah dapat sijil halal JAKIM ni, anies pun plan laa nak makan kat sini.
kenapa kena plan? sebab anies tengok restoran ni sentiasa penuh. so kena laa datang bukan on weekends or public holiday.
dannn kebetulan anies cuti pada Khamis, so apa lagi? laju je langkah ni ke Berjaya Times Square.
restoran ni kat level LG, sebaris dengan Richeese... anies datang lepas lunch hour. so tak ramai sangatlah pelanggan masa tu...
kat setiap meja dah ada condiment set yang terdiri daripada chili oil, sos ikan (botol) dan serbuk perasa...
kalau dah makan kat restoran masakan Thai ni, Thai ice tea wajib order. walaupun ada je minuman lain tapi tu laa... peminat Thai ice tea kannn😁
shredded chicken & chicken ball noodle (soup). anies pilih glass noodle dan add on beef soup, beansprout dan boiled egg. untuk level kepedasan, anies pilih level 1. so, macam mana rasanya? supnya sedap dan tahap kepedasan tu, masih terkawal. tapi once makan bersama taugeh, kesedapan tu bertambah! anies ni jenis kalau makan mi, mesti nakkan taugeh yang rangup. so, memang ngam sangatlah gabungan suhun + sup + taugeh tu bila masuk mulut. portion yang banyak dan padanlah dengan harganya: RM19.90 (tak termasuk add on).
short video - inside the restaurant
korang yang dah pernah makan kat sini, acu recommend menu yang best👇👇





Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
23 Words of Lo♥e
selesa tempat jamu selera menu sedap
ReplyDeleteKat Seremban ada satu cawangan..kar Seremban Gateaway..Kak SA x sempat explore lagi sebab penuh sentiasa..benda viral kan
ReplyDeletetk pernh try lg mkn sini..tula tgk dlu sbb air boba thai tea yg beso tu...tp bc feedback ada ckp noodle die biasa2 je
ReplyDeleteTak pernah lagi. Baru tau jugak pasal Thong Bowl ni sebab hari tu baca anak Tun M salah seorang investor rangkaian restoran ni.
ReplyDeleteTak pernah makan tapi nak drop komen juga :D
ReplyDeleteTak pernah makan kat situ.
ReplyDeleteAkhirnya tercapai juga hasrat selepas bertahun simpan sejak viral teh ais boba gelas gergasi tu. 😄 Bagus strategi datang hari Khamis, kalau restoran memang sentiasa penuh, weekdays macam ni lebih tenang nak menikmati makanan.
ReplyDeletePernah makan Thong Bowl and sedap! Tapi belum pernah try yang Beefucino tu, nampak menarik
ReplyDeleteThai ice tea ni kena minum kat Thailand... baru puas hati! Hahahaa
ReplyDeleteLast masuk berjaya time square 8 tahun lepas huhuu.. Meriah makanan tu RM19.90 kira not bad la..
ReplyDeleteOk nanti try makan sini boleh kasi comment lagi 😅
ReplyDeleteMe dio hambre. Te mando un beso.
ReplyDeleteÉ um bom restaurante pra fazer uma refeição, passando pra desejar uma ótima terça-feira bjs.
ReplyDeleteDear Anies, thank you for sharing this! That shredded chicken noodle soup looks delicious, especially with the extra bean sprouts for crunch. Adding Thong Bowl to my travel list for whenever I get the chance to visit Malaysia!😁
ReplyDeleteOh, tak jadi minum ice tea boba tapi thai tea, Kak Anies?
ReplyDeleteCuaca panas sekali, memang cocok minum ice.
Kita teringin nak rasa gak makan sini, cuma takde geng nak teman makan hahahaha
ReplyDeleteBom dia minha querida amiga Anies. O Parque Estadual dos três picos é sensacional. Nunca comi, nenhum prato típico da Malásia. Uma excelente manhã de quarta-feira, para você e todos os seus familiares na Malásia e um grande abraço do seu amigo carioca.
ReplyDeleteTak pernah try lagi, kalau ada kesempatan ke sini nanti cheq nak order teh ais boba gelas gergasi 😆
ReplyDeleteTak pernah makan tapi kawan2 Dania dah pernah cuba.
ReplyDeletePernah makan shredded chicken and chicken meatball tu memang sedap
ReplyDeleteTrakhir ke Berjaya times square 2024. Dah buka belum yaa tempat ini? Tak lihat pula saya restoran thong bowl 😅
ReplyDeleteTapi pernah baca review nya di blog kak sk kalau tak salah. Katanya memang sedap. Sebagai penyuka Thai foods, saya memang sukaaa kalau menu2 Thailand
ReplyDeleteTapi kita terbalik kak. Saya suka tauge, tapi tak suka kalau dicampur dalam masakan mie berkuah 😂😂😂. Memang tak suka. Jadi kalau beli mie ayam, atau bakso, tiba2 dimasukkan pula tauge, memang tak nak makan 😅
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆