✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sinopsis ringkas:
Tanil meminati Dalah tapi dia tak tahu macam mana nak tawan hati si gadis. manakala Kajorn yang pandai menulis dan romantis, 'telah dipergunakan' Tanil untuk menulis surat kepada Dalah sebagai langkah terakhir untuk mendekati gadis itu.
akan tetapi surat-surat tersebut tak mampu menawan hati Dalah kerana pertemuan pertamanya dengan Kajorn sebenarnya telah berjaya mengucar-kacirkan perasaannya.
sementara itu, Bota telah menemui surat-surat cinta milik ibunya dalam sebuah peti. penemuan itu diceritakan kepada rakan baiknya, Poppy. tanpa pengetahuan Bota, Poppy telah menghantar proposal berkenaan surat cinta milik ibu Bota untuk dijadikan sebuah pementasan (teater). bila proposal tersebut diterima, Poppy menyuruh Bota menulis skrip untuk pementasan tersebut.
adakah Bota menerima cadangan tersebut? bagaimana pula nasib Tanil? mampukah dia menawan hati Dalah yang lebih menyayangi Kajorn?
poster. credit
review:
sebenarnya tak plan pun nak tengok filem dari Thailand ni. anies jumpa pun secara tak sengaja kat Youtube. disebabkan durasinya cuma 124 minit, so why not layan sekejap, kan?
bila baca komen, ada yang mengatakan filem ni lebih kurang sama dengan filem Korea yang berjudul The Classic (anies tak pernah tengok lagi).
so, kalau korang dah pernah tengok filem ni, mungkin ia tak sebagus atau mungkin ia lebih baik serba-serbi daripada The Classic. apa-apa pun bergantung pada taste masing-masing.
bagi anies, filem ni menarik dan ada certain part, sedih. since ia mengangkat tema cinta, jadi penonton tak perlu fikir banyak, apa jadi kat hero seterusnya... bitter ke watak antagonisnya... kesampaian ke cintanya... dan lain-lain. dari mula sampai akhir, just enjoy saja mesej yang disampaikan.
anies tak pandai nak ulas lebih-lebih. jadi lebih baik korang tonton video di bawah dan nilaikan sendiri.
ada English sub, ya. credit
oh ya sebelum terlupa, anies nak annouced siapakah peneka paling tepat untuk soalan di bawah yang mana anies ada kongsikan dalam entry sebelum:
jom main teka-teka!korang rasa, anies dapat vaksin apa?a) AstraZanecab) Sinovacc) Pfizerd) Sinopharmdan jawapannya adalah: 🅱
#SinovacClan #gengSinovac #lepasnibolehcakapMandarin
dannn... peneka paling tepat dan terpantas adalah...
tahniah ezy.fia! kita serupaaaa
disebabkan hanya 2 orang saja yang meneka jawapan #Sinovac, jadi sukacitanya anies nak beri satu lagi saguhati kepada peneka ini👇👇👇👇
tahniah Sha!! #kitaSinovacClan
so kepada blogger ezy.fia tolong bagi details seperti nama penuh, alamat surat menyurat dan no. telefon melalui link ini:👇👇👇
yang dah meneka tapi kurang tepat, jangan sedih sedih tau! insya Allah dalam entry akan datang, anies akan buat lagi. manalah tahu... rezeki korang bakal menyusul?
BTW, terima kasih kerana sudi 'menyertai' dan terima kasih juga kerana membaca perkongsian anies hari ni.
daaaa






Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam